Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, March 12, 2013

Monday Blues!




Assalamualaikum..



hari ni hari isnin kan. selalu dikaitkan dengan monday blues. selalunya aku tak ada la terasa sangat dengan hari isnin ni. rasa macam biasa dan ada je semangat nak menempuhi hari isnin tapi bila menghadapi keadaan ke'tensenan' di hari ini aku jadi paranoid dengan hari isnin. 


apehal aku paranoid sangat dengan hari ni?


sebenarnya sem ni aku ada belajar dengan Datin. Datin la pangkal nama dia. kalau aku sebut pun bukan hangpa kenai dia tu sapa. siapa yang dah tahu atau tahu2 ayam sila diamkan diri anda. haaahha.. sem ni sebenarnya sem akhir aku. baru sebenar-benarnya la ni sem akhir walaupun dalam transkrip aku sem 7 sem akhir aku aku tak kesah. dah lama aku redho dengan keadaan tu. redhoooo sangat.


dan ditakdirkan sem ni belajar dengan Datin. subjek wajib hotel. tapi yang tak best sangat2 adalah Datin ni perfectionist. sangat2 cerewet itu ini. tak dapat jawab bangun! kalau dia tanya cepat2 jawab dengan terang dan kalau boleh betul. kalau dia bagi notes buat notes tu dan jawab soalan dia bagi. semua tu wajib buat. kalau tak buat dia panggil malas la hape la. biasalah kannnn...


tapi yang sedihnya, minggu kedua dah ada presentation. presentation hanya 5 minit je tapi kami semua buat macam  nak final assginment je. bersungguh2 buat presentation dan report. tapi present sekejap je. bukan lama pun 5 minit tu. markah pun tak sampai 5. tapi disebabkan kami sangat takut dengan beliau jadi buat betul2. nak kata betul tak jugak la sebab buat presentation macam biasa la. hehehe..


sekaliiiiiiiii... masa present macam2 dia komen. perghhhh.. sangat cuak ok dia tegur itu ini. lepas tu mana2 kumpulan yang tak menepati citarasa dia dia suruh RE-DO buat presentation dengan dia jumaat ni pagi. kalau nak markah lebih elok dan dia puas hati. nampak tak? presentation 5 min yang 3 orang tu kena buat RE-DO presentation yang perfect sangat. paling2 tepati masa yang singkat tu. pastu nak kena cakap laju2 dan tak salah grammar. 


dah terbiasa dengan lect yang sikit lebih kurang so, bila dapat lect yang terlalu itu ini dengan penuh perasaan aku rasa sangat tertekan dengan keadaan sekarang. takutnya ya Rabbi. sampaikan tak lalu aku nak pergi toilet. kuang3...


selalu belajar lect cakap je then kita dengar je salin2 notes sikit. tapi kali ni aku kena fokus time dia ajar dan buat apa yang dia suruh tu. kalau pikir baik2 pun sebenarnya cara yang Datin ajar tu sangat bagus. merajinkan kita dan study dengan lebih tekun. 


pikir positif je jadi kita nampak dengan lebih positif je. hehehhee.. 


tapi cannot go bila kena re-do presentation dengan dia. rasa macam dunia ni sangat kejam dan tak adil sangat dengan aku. kahkahkah.. kelakar gila kan??


so, mulai hari ini kena la rajin buat esemen pada awal waktu dan segalanya prepare sebelum kelas bermula. kalau tak memang nganga je la masa dia soal tu nanti. matik la.. hehehe..


sampai disnini sahaja la bebelan saya hari ini. hehehe..






tengok budak gemok, debab, manja dan badan keras ni lagi bagus. hahaha.. dapat release tension. comel2. nakal2. gigit2.. ehhehee


k la nak tidur dah.




babai!




=D




No comments: