Happy Cat Kaoani -->

Thursday, March 14, 2013

My Qalam







Assalamulaikum...



huehuehuehuehee.. malam ni malam jumaat penuh barakah katanya. bagi yang dah berkahwin semakin berkat la kannnnn... amboi, kau pikir apa? aku kata lagi berkat sebab boleh beribadat bersama keluarga. mana2 yang single dan dah saparate boleh je baca yasin sendiri. sama je pahalanya. Allah tak pernah lokek dan kedekut kannn.. hehehee


tapi serius klise kan, asal malam jumaat je baru nak beribadat dan baca2 yasin. padahal hari2 lain pun boleh baca yasin dan baca al-Quran. nak baca yasin dan al-Quran tu bukan ada waktu2. semua waktu boleh kann.. bila2 dan dimana je. hehehehe..


sebenarnya bukan nak cerita pasal tu, nak cerita pasal al-Quran Digital yang tengah popular sekarang ni. aku masa dapat benda ni sangat2 teruja. sebenarnya pakcik aku beri kat mak aku hari tu. dia kata hadiah. bagi kat mak aku satu. aku pun dok teruja2 la tanya macam mana nak guna benda tu. dia pun bukak pastu on dan dengarkan dekat kitaorang. aku dengan aku la manusia paling jakun sekali. almaklumla.. tak pernah jumpa benda2 macam ni. so, bila dapat satu amat2 la terujanya. 


aku mengaku, aku pun tak lancar membaca al-Quran. lupa tajwid semua. apa yang belajar dah lupa dan tak aplikasi dalam kehidupan seharian. dan aku juga  mengaku yang aku tak baca al-Quran hari2. sebab kekangan masa, keadaan, tempat dan kehidupan seharian yang sangat sibuk. ish2.. betapa jahilnya rasa diri ini..iskiskkksemua tu alasan klise sekarang. 


nak seribu daya, tak nak seribu dalih kan sekarang. aku yakin, ramai dah pakai smartphone sekarang kan? jangan nak kelentong gua eh! gua tahu lu semua pakai handphone hebat2 kan. aku je paki handphone cikai. tapi masih boleh la pakai hp ni untuk simpan apps al-Quran. sama ada yang tulisan arab sahaja, arab dan terjemahan dan jugak sekali dengan suara. tapi aku dh cakap kan hp aku ni cikai, so, tak dela suara2 ni. just ayat je la. tapi tak pe, its ok. senang jugak bagi aku.


baca al-Quran seharusnya hari2. dengan tu kita terbiasa. apa yang kita buat kena istiqomah. tapi biasalah, manusia biasa selalu lalai dalam mengerjakan ibadah kan. maka, ini semua dapat membantu kita. nak2 kita baca tapi tak de sape semak, tak ada sapa2 nak tegur mana2 salah. tak ada yang boleh dijadikan guru. tapi bila ada pen digtal ni, sekali sentuh je dia baca ayat tu, surah tu. siap dengan bacaan imam mana lagi. perghhh.. dasat beb! memang terpesona la kau dengar iman tu baca. meleleh air liur aku dengar diorang mengaji. sedap sangat! hehehee..


jujurnya, kita sebenarnya malu untuk berguru dan belajar membaca al-quran dengan orang lain. lagi2 kita yang dewasa ni kan? betul tak? jangan cakap orang, aku pun segan jugak. mau tak segan, nak2 cikgu lelaki. ishhh.. tapi macam mana pun pilihan terbaik, kita pilih yang senangkan kita, mudahkan kita, tak memalukan kita.. pilih je Al-Quran digital dan kita belajar dari padanya..






inilah set yang pakcik aku hadiahkan pada mak aku tu. samasebijik!. dalam tu ada al-quran, kertas comel bentuk kubah, pen, charger USB, earphone, buku umrah, solat, dan iqra'. complete set ni dalam RM 300 macam tu. kalau korang berminat boleh ke laman web mereka di My Qalam

teruja sangat tak aku? hahahha.. sabar je ok tengok keterujaan aku. hehehe..



sapa2 yang teringin, boleh pergi laman web diatas dan order melalui pos. InsyaAllah, kalau niat kita baik Allah permudahkan segalanya. 



aminnnn...




wassalam!




1 comment:

nadia farahida said...

tq yang sudi singgah blog nadia. nadia dulu student hotel dekat uitm dungun. awak student hotel jugak eh? kat mana?