Happy Cat Kaoani -->

Thursday, January 3, 2013

Rasa Resah Galau Sedih





Assalamualaikumm..


tika dan saat ini aku sangat rasa terpukul dengan segala pandangan orang sekeliling untukku. apa yang orang tengok dan apa yang orang nampak walau bukan itu hakikatnya.


aku telah melepaskan segalanya untuk meringankan bebanku. meringankan kepalaku. meringankan masalahnya. tapi ianya masih berlaku. dan aku sesungguhnya aku amat2 sedih.


aku perlukan seseorang yang boleh mendengar dan menasihatku. memberiku kata2 semangat dan bimbingan untuk aku terus dijalan yang benar dan diredhai Allah. 


untuk sehari dua ini jiwaku amat resah. jantungku berdegup kencang dan hatiku masih terbeban. siapakah yang boleh mendengar keluh kesahku? siapa yang sanggup bersabar melayan karenahku? siapa? 


aku bagaikan hilang seluruh rasa untuk mempercayai sesiapa yang boleh aku sandarkan. terlalu banyak cerita yang aku simpan seorang. terlalu banyak rasa yang aku pendam. rasanya amat perit. sungguh!


masa aku diploma, aku rasa dunia ini bagaikan boleh dipercayai. aku alpa yang orang sentiasa melihat gerak geriku dan mengandaikan pelbagai rasa. aku rasa aku tidak pernah berseorangan. tidak pernah memendam rasa. jika aku ada masalah aku akan berkongsi dengan kawanku. tapi kini? aku jadi tidak mempercayai sesiapa untuk berkongsi masalah. bukan aku 100% tak percaya tapi aku berhati2. 


kerana sikap hati2 inilah jiwaku rasa amat berat sekarang. sangat terseksa memendam rasa tanpa boleh kita luahkannya. Allah.. bantulah hambamu ini ya Allah. berikanlah aku kekuatan dan keimanan untk aku terus berada dijalan yang diredhaimu..


saat ini aku bagaikan mahu satu bahu yang dapat aku lempiaskan satu bebanan yang amat berat yang telah lama aku simpan. yang akan aku luahkan segalanya. akan aku katakan semuanya. segala pandanganku.. rasaku dan perasaanku.. dimanakah bahu itu? dimanakah bakal imamku??


bila keadaan ini mengganggu aku, aku pening dan aku rasa mahu muntahkan segalanya. muntah secara fizikal belum tentu dapat melegakan apa yang tersirat dihatiku..sungguh!






am i too hipokrit?




P/S: banyakkan selawat dan zikir kepada Allah. banyakan membaca Al-Quran dan berselawat. InsyaAllah hati akan tenang.




1 comment:

izan said...

aku paham apa yg ko rasa, and pernah mengalami saat2 mcm ko, sebijik.
rasa penyesalan ttg dosa2, rasa nk jerit kuat2, nk menangis, x mampu nk pendam apa2 lagi. yg aku mampu lepaskan kt Allah jer.