Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, January 1, 2013

Happy New Year =D






Assalamualaikum semuaa..


weee... esok merupakan tahun baru bagi kalender masihi. ramai sangat orang dok agong2kan tahun baru masihi ni. sedangkan ramai orang lupa tahun baru hijrah tu. ish2. aku? aku memang tak pernah sambut new year pun. paling2 pun aku dengar orang main bunga api atau pun tengok dekat tv je. tapi biasanya dekat rumah tak sempat pun nak dengar countdown pun aku dah membuta. malas aku nak menyambut hari baru tahun baru ni semua. sama je. hahaha..


tahun ni aku sambut new year dekat Puncak Alam pulak. tempat baru dan bakal habiskan degree aku dekat sini. habiskan sisa2 hidup sebagai student dekat puncak alam tanah terbiar ni. walaupun terbiar pasa aku ok je. sebab aku duduk kampung. cuma aku emosi pasal kenderaan awam la. biasalah. kawasan macam ni kenderaan memang payah sikit. so tu yang aku emosi luar dalam tuh. kahkah. luar dalam, tak boleh blah ayat! hahaha


ni nak masuk tahun baru 2013. maka dengan ini bertambahlah umur aku. umur je bertambah. kecomelan juga bertambah. hiksss.. perasan sungguh. *lawak hambar* foineeee...


tahun ni masuk umur aku 24. OMG! dah 24 dah kau? hahahaha.. belum abis belajar? poor you iza. kahkahkah.. kesian aku kan.. umur 24 belum habis study lagi. orang lain umur 24 dah haus tayar kereta kesana kemari naik kereta sendiri. aku? aku ada apa? laptop cabuk yang mati2 ni. hp dua ketul. seketul dah biol. seketul tak ada charger. ade la tu je. so? sedihh!!! paham tak sedih? hahahaa...


by the way! 4haribulan ni aku first paper. sem ni paper final exam aku ade 4 ketul je. 4 ketul pun. ranap jugak rasanya. tu belum macam kawan2 aku yang ada 10paper bagai. menangis tak berlagu kalau aku. tak cukup tangan. bukan takat tangan je tak cukup. semua benda tak cukup kalau aku. hahaha


buat beberapa hari ni memang aku tak aktif berblog. rasa macam sangat tak ada cerita nak tulis. lagi pun aku  balik rumah cuti study week. so memang tak ada internet la kat rumah. melopong je tengok tv hari2 setiap masa dan detik. nak baca novel aku malas pulak. kenapa ntah aku tak berminat dengan novel sekarang. ish2..











blerghhhh... malas sungguh nak letak caption. rasa diriku amat kosong! kahakahkah...kosong hangguk mu!



k la yep. Happy New Year and selamat menjalankan azam baru 2013!




=)




1 comment:

teah said...

Happy New Year Iza! dari kawan tourism mu. hahahah ;)