Happy Cat Kaoani -->

Sunday, April 8, 2012

Mengimbau Kenangan silam..






As Salam..


petang2 macam ni hujan2 pulak tu kan kemain sedap kalau layan makan cekodok dengan teh berasap nipis kan? tak pun goreng pisang. ala, minum petang katanya. kemain sedap lagik kalau ada orang lainbuat kita tolong makan. kita tolong habiskan dan tolong sedawa je. waakakkaa.. sumpah tak sesnonoh perengai kau!


petang2 ni sambil aku blogwalking aku terjumpa satu video yang boleh membuatkan kita semua mengimbau masa muda2 dahulu. masa sekolah la. ala, masa sekolah yang kau pakai peniti dekat tudung, malam2 sapu lilin dekat muncung tudung, hujung minggu kau bebel2 malas basuh kasut dan malam2 tersengguk2 buat kerja sekolah karangan esok cikgu nak. 


dulu aku selalu bebel2 idamkan kehidupan ramaja yang universiti dan penuh kebebasan. kebebasan seperti tak payah pakai baju sekolah yang sama je tuh. lepas tu kena paksa pakai peniti, kena paksa tampal lencana dan kena paksa pakai kasut putih kerana aku nak pakai kasut hitam. pemalas basuh kan. 


aku bayangkan kebestan aku jadi budak u yang usung buku tebal2, pakai baju kurung suka2 hati warna apa, lepak2 dekat luar bila tak ada kelas. biasalah idaman yang aku sendiri berusaha sampai aku berjaya masuk u. kecewa woh masa dapat form 6 je. walaupun hampir 80% jiwa aku dah mula redha masuk form 6. 


aku masuk form 6 masa tu selama 18hari je. sebab aku dapat tawaran UiTM di Melaka. masa 18 hari tu aku duduk asrama pusat kawasan tempat tinggal aku. memang rasa lain gila sebab sebelum ni aku tak pernah duduk hostel. aku duduk rumah je. dan2 kena duduk hostel yang ada 40 orang satu dorm! ohhhmaaiigoodiessss... arhhhh... sungguh aku stress dengan keadaan masa tu. dengan senior yang macam tutttttt... malas gila aku nak layan. 


masa tu aku tak tahu nak kata apa. aku nak kata tak suka, macam suka. nak kata tak suka langsung ok je. bab belajar dalam dorm dan keselesaan memang out!. sumpah la tak best. dengan nyamuk yang banyak. dengan tak dapat kipas. dengan tak ada bilik prep. dengan keadaan senior dan junior yang tak best. aku tahankan aje. aku harap aku dapat tukar sekolah dan tukar aliran. aku tak nak ambik kelas sains dowh! bijik pulak aku kannnnnn.. aku rela hafal sejarah yang berduyun2 tu dari belajar matematik T. aku rela!!


ni ada video masa sekolah yang best dan mampu mengimbau kenangan anda semua.






perghhh.. sumpah rasa best gila masa sekolah dulu. nak2 sekolah menengah. kalau sekolah rendah best jugak, cuma tak berapa nak meluas la sangat pergaulannya. kalau sekolah menengah best sikit. hehehhee







ye, aku hitam dulu. jangan tanya kenapa. dan dulu aku kurus. jangan tanya jugak kenapa sekarang tak kurus. tampar kang. hahaha..

ni kawan2 aku masa sekolah menengah. aku tak sure masa ni form berapa tapi berdasarkan tahun camera tu maybe ni tingkatan 4. lol!

masa sukan sekolah jadi jangan tanya kenapa gelap sangat. dah kenapa aku ni semua tak boleh tanya kan..hahahha





ohhhhhh... ni masa tingkatan 2! ramai tak budak kelas aku? hehehe. carilah aku kalau jumpa. sila2.. aku yang hitam tu la kan............ fine!


ok la. kang ada lak kawan2 sekolah aku yang bebel2 cakap, "ala, iza kenapa upload gambar masa sekolahhhh" malu katanyaaaaaaa...hahahaha.. lantakkkk.. sebab aku suka nak imbau kembali masa2 muda aku..hehehee


k la. bai!



2 comments:

BdK_pUnCaK said...

mnekh gmbo aku...aishhh...mr.babang

Nour Eyza said...

sebab masa tu kau tak datang. mane ade gambar kau.hahaha