Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, January 4, 2012

Ombak Rindu??




aku dah tengok filem Ombak Rindu tu. yang orang duk sibuk2 cerita. dan aku pun sibuk2 la nak tengok sebelum ni.


nyata filem Ombak Rindu ni amat mengecewakan bagi aku. tak ada kehalusan dalam pengadaptasian novel ke filem. aku rasa, apa yang aku nampak sebelum ni lakonan si Lisa, Maya dan Julia Zegler tu macam okey dan menghayati watak je. tapi bila aku tengok kali ni punya lakonan macam fake gila. ayat macam disusun2 je. tak smooth la kalau kita tengok.


lagi2 bila aku dah sedia tahu jalan ceritanya dari novel. dah tu aku dah baca setiap novel. maka aku rasa penceritaan dalam filem adalah tidak best. boleh menjadikan ia best dengan cara garapan filem la. aku rasa aku tak perlu ulas sebab ramai je penggiat seni yang lebih arif dalam hal ni.


memang aku mengkritik sebab aku tahu pelakon2 tu boleh buat jauh lebih baik dari apa yang aku nampak dalam filem ni. pelakon2 hebat semuanya. tapi semacam ada tembok yang menghalang mereka dari berbuat se'natural' mereka kerana pengadaptasian dari novel mungkin??  tak tahulah..


aku nampak lakonan Aaron Aziz je yang ok setakat ni. dengan watak Pak Taha. real. dan itulah mereka. bukan diskriminasi tapi kenyataan. apa yang aku nampak aku sebut. 


dan filem ni tak mampu buat aku menangis. bukan setakat menangis, nak buat aku sebak pun tak de. macam mane nak nangis kan?? huaahahahha


tapi aku boleh nangis kalau tengok 3 idiots. lebih menyentuh perasaan. =)


apa pun gud job. cuba lagi. 










*erkkk.. bila aku nak study ni?? idea melimpah2 ni.heeeee





2 comments:

Kira Kekuri said...

sedih lg tentang dhia. huhuhuhu, ombak rindu x berapa sedih sangat sbb da tahu jalan cita dia

Pen Biru said...

dah tgok citer ni.langsung tak rasa nak nanges pun