Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, January 4, 2012

Azam yang tertangguh!





Assalamualaikum semua. selamat pagi!


laaa.. dah kena pergi sekolah dah semua kan? muahahahha.. dulu aku masa sekolah teringin sangat nak pergi universiti. tapi bila dah ada dalam alam universiti ni aku rasa cemburu gila dengan budak sekolah. arhhhhhhh! 


aku bangun awal sebab nak baca buku lagi. kononya nak baca spot question dan nak jawap soalan sikit. tapi lepas2 solat je turn on lappy. cam ne? memang dah lumrah tak boleh dipisahkan antara aku dan lappy. apatah lagi internet. hehehehe


rasa macam lapar pulak bangun pagi2 ni. padahal pukul 1.30 bantai nan cheese tau dekat mamak. siap neslo ais lagi tapi lapar jugak bila bangun awal2 macam ni. mari la masak air dan makan roti. hehehehe


memang aku menternak lemak. macam cik epal selalu cakap tu. tapi tak pe, cik epal still maintain tak gemokssss.. aku ni? dah terlebih dan terlalu gemok dah! hahahaha...


eh, eh, eh? perasan tak aku tak ada buat list AZAM TAHUN BARU? perasan tak? ke memang tak ada orang perasan? sebab aku je perasaan sendiri? hahahhaa.. bajet la kau ni diperhatikan sampai orang sibuk2 nak tanya kan? padahal kau tu blogger picisan kot! sob3 T__T


okey. ni nak beritahu azam aku la ni. mula2, tutup mata dulu. eh, kalau dah tutup macam mana nak baca kan? hehehehe..


1. nak lebihkan amal ibadat. bukan bermakna selama ni tak beramal., tapi kurang la. nak lebih dan lebih lagi. InsyaAllah.. =)

2. nak belajar bersungguh-sungguh. ini setiap sem ada azam macam ni. tapi memang forward2 je azam tu tiap tahun dan tiap sem. huahahah

3. nak buat nota awal2. ni pun sama. nak buat notes awal2, lepas tu kalau nak exam dengan bangga cuma baca je. tapi hampagas petronas betol. sama je tiap sem. nak exam baru terhegeh2 buat notes. hehehehe

4. nak lebihkan banyak bersabar. ye, ini aku perlu tingkatkan setiap tahun. dan aku rasa tahap keasabaran aku paling tinggi tahun lepas. macam2 dugaan aku hadapi sorang diri dan rakan2. hopefully, ianya semakin bertambah. 

5. nak dapatkan lesen kereta. okeyyyyy.. sila la jangan gelak sebab aku tahu aku dah tua tapi tak ada lesen. malu okeh. kawan2 lain dah lenjan kete sampai hancur aku baru nak pergi test JPJ cuti sem ni. huaaaaa.. tapi semua ni bukan salah aku. aku dah belajar tau sampai habis. nak QTI je. tapi dapat masuk degree. so, stop sampai situ je. huuuuuuuuuu... sedihnya! tak pe, aku dapatkan tahun ni. lepas ni boleh la belasah kereta abah dekat rumah kan? yeahhh.. tak perlu berpanas berhujan dengan mak nak beli barang dapur! weeeee...

6. nak jadi lebih pembersih. ni memang aku berusaha. tapi kadang2 tu penat dan sibuk menjadi kekangan nyata. sila berusaha lagi. memandangkan aku akan duduk dengan kawan2 yang pembersih sem depan, maka aku mestilah menjadi pembersih juga. *bukan bermaksud selama ni tak pembersih tau. kalau tak caye sila tanya kawan2 aku dekat rumah sewa.heeeeeee *

7. nak lebih banyak blogging la. ni of coz la kan. aku suka menulis dan ini semua akan aku simpan sampai aku mati. ye, la. semua ni kenangan kan. hehehe.. 

8. nak lebih teratur. meas aku kena selalu buat planner. tak kira la planner study ke atau planner hidup. semua tu kena rancang awal2. hehehehe

9. nak menjaga penampilan. maksud aku, aku akan perbaiki diri dan pemakaian aku. kalau sebelum ni ada yang ketat2 atau tak sesuai aku berusaha untuk tukar semua tu. heeeee

10. nak bahagiakan mak ayah aku. tak kira apa bentuk kebahagiaan pun. asal boleh buatkan mak abah aku bangga dengan apa yang aku buat, aku dah puas hati. heeeeeeeee..



perghhhh.. konon taknak buat azam! sekali kau buat sepuluh benda kau listkan. ehhhh.. larat ke buat? insyaAllah. kayuh selow2 la kawan.. yang pasti semua ni ada dalam setiap kali aku berpikir ke arah yang lebih matang.


aku berusaha untuk matang sampaikan ramai yang gelar aku MAK CIK. even akak aku sendiri kata aku membebel gaya macam orang tua. heyyyy.. itu melampau tau! but i'm still young dear..heheheh


ok2. dah melalut tahap gaban dah. sila study balik. hehehehe..



doakan saya dapat jawab dengan baik ye. =)










*gambar tak ada kena mengena dengan entry. macam biasa. hehehe





No comments: