Happy Cat Kaoani -->

Sunday, October 9, 2011

Toleh Kanan Toleh Kiri




gila kentang la apa yang aku nampak sekarang ni. aku tengok orang sekarang ni banyak je duitnya. nak tahu sebab apa aku cakap macam tu? sebab aku toleh sane ipad, toleh sini, galaxy tab, toleh sane iphone, toleh sini BB, toleh sane apple, toleh sini vaio.. mak aihhhh....


yang beli sendiri dengan hasil usaha sendiri ataupun dengan keinginan sendiri sebab yang lama rosak, hilang atau sebagainya tak apa la. dah kau mampu kan. beli je la apa kau nak. jangan ditahan2 nanti masuk angin keluar asap pulak.


tapi yang aku tak tahan ni bila dapat present. birthday present sekarang mak aih! bukan calang2. sekali hulur dapay galaxy tab, dapat BB dapat ipad dapat apple. berpinar mata weh. bukan murah semua tu nak dijadikan hadiah. kalau aku agaknya dapat time hantaran je kot, kalau tak pun kau kumpul la duit sendiri lepas tu beli sendiri dengan usaha sendiri sebab memang tak ada siapa la nak beri2 aku hadiah cenggitu..


ai bukan orang berada nok... orang biasa. hidup dengan orang biasa. bukan berada mahupun ter ada-ada wang sampingan ni..


pernah aku pergi mcd nak buat kerja dengan kawan-kawan waktu malam. macam biasa la kalau mcd dekat kawasan universiti ni kalau tak penuh tu ajaib! semua seat penuh lepas tu ramai la student dok buat kerja dengan laptop masing-masing terbuka kan. ada satu meja group bebudak ni semua pakai laptop apple. perghhhhh.. warna putih, hijau.. santai je semua. mesti berada kan diorang tu. kami? kalau tak notebook laptop biasa je. tapi tak pe, janji boleh buat kerja..













admire jugak pada sesetengah gajet2 ni. tapi yelah, ukur la kemampuan sendiri kan. kalau beli mahal2 lepas tu kena makan megi hari2 tak guna jugak kan. ukur baju di badan sendiri.



ok. bye!




No comments: