aku tingkatan 5 tahun 2006. waktu tu adalah waktu paling genting dan paling gembira aku rasa dalam hidup aku. happy je bersama rakan2 dan aku happy bersam family aku duduk rumah. yelah.. dulu aku sekolah dekat rumah. aku tak masuk asrama pun.
masa aku tingkatan 5 rasanya itulah waktu paling best walaupun pun berhadapan dengan SPM yang tak sudah2 menjadi igauan ngeri lebih2 lagi bila dapat markah rendah2 dalam ujian. mesti terfikir macam mana aku nak dapat markah tinggi2 dalam SPM ni kalau setakat ujian2 je pun aku dapat rendah.
walaupun tu la masa paling sikit untuk diri sendiri sebab tiap2 hari sekolah then petang ada kelastambahan. sabtu ahad pun ada kelas tambahan jugak. dalam seminggu tiap2 ari ade kelas tambahan. kalau nak kata penat memang la sangat penat. tak ada masa untuk diri dan keluarga. paling banyak masa dengan kawan2 dekat sekolah. banyak sangat momet dengan kawan2 dekat sekolah. dalam macam2 waktu.
waktu senam.. waktu kelas.. waktu dalam lab.. waktu buat eksperimen.. waktu buat latihan.. wktu salin nota.. waktu buat presentation.. semua dengan kawan2 sekelas. aku rasa aku beruntung sebab dapat kelas pertama je setiap tahun. kelas satu dari tingkatan satu sampai lima. aku bukan bangga.. tak bangga sikit pun. tapi aku rasa bertuah je sebab sebab aku dapat kelas yang sama selama 5 tahun tu membuatkan aku mengenali kawan2 aku sendiri dalam jangka waktu yang cukup panjang.
bukan sedikit kenangan yang terpahat dalam hati ini. dulu aku belum pandai buat blog ke hape ni semua. aku mula reti internet lepas aku tingkatan lima. cuti dan masa tu berusaha mohon segala jenis universiti la kolej la guna internet jadi aku dapat tahu macam2 benda. masa umur aku 18 tahun la baru aku aku ada email, ada friendster dan mula pandai chatting MIRC... itu pun kawan aku ajar.. kesian kan aku??
tapi aku tak peduli. tu zaman dulu.. masa zaman kegelapan aku. sekarang ni tiap seminit aku akan update fb dan blog. hahahha..
mari2 tengok gambar aku masa tingkatan 5!
kawan2 yang sangat best zaman2 sekolah. ada kawan2 sekelas yang sama2 5 tahun dalam kelas yang sama. walaupun ada yang tak berhubung lagi tapi still kalau jumpa bertegur sapa. aku harap dengan kenangan semasa sekolah dapatlah menghubungkan semual silaturrahim antara kami..
aku rinduu sangat zaman sekolah. tapi aku suka juga zaman universiti. kerana 2 zaman inilah akan meninggalkan banyak kenangan dan kawan2 yang sentiasa ada disekelining kita dan menolong kita sewaktu kita susah dan senang. semua tu perlu ada dalam diri. untuk kita kenang di masa hadapan..huuuu
okeh2. sedih pulak bila sekarang ni semua dah melanjutkan pelajaran ke menara gading. seua ada jalan hidup sendiri. tapi dari semasa ke semasa, dari hari ke hari kami akan sentiasa update sesama sendiri. selain buat reunion kami akan hangout mana port best. kalau puasa berbuka sama2.. kalau raya konvoi sama2 beraya rumah kawan2...ah!! seronoknya!!
ermm.. aku pasti korang semua ada kenangan zaman2 macam nih kan. semua mesti ada. cuma best dengan tak best je la kenangan tu. terpulang bagaimana kita mencorakkan zaman persekolahan kita. tapi aku rasa mostly zaman sekolah adalah best!
kepada kawan2 saya. saya doakan anda semua berjaya dalam bidang masing2. teruslah berusaha dan keep in touch!
1 comment:
ingat2 balaik zaman sek men mmg best. lagi2 form 5. kenangan amik SPM!! btw, aku form 5 tahun 2003~ (:
Post a Comment