Happy Cat Kaoani -->

Friday, February 11, 2011

Tekak Berdarah



pagi2 aku bangun macam biasalah relax2 dulu sebab dengan bunyi bising dari sekolah ada aktiviti apa ntah. dengan orang bercakap-cakap dan menjerit2 lagi dekat luar rumah. tensen pulak dengar. aku terjaga beberapa kali. depan rumah aku sekolah jadi pagi2 akan ada suara cikgu suruh buat macam2 dan kalau perhimpunan tu memang dah2 dengar kat rumah aku..



tapi lepas pukul lapan lebih dah senyap balik tapi masa tuh dah tak boleh tidur dengan lenanya sebab dah pagi. tatau la kenapa jadi dok pusing2 je atas tilam nih.



seperti yang korang tahu aku sekarang ni saket tekak, selsema dan macam demam2 sikit. jadi for sure pagi2 tu mesti nak buang hingus yang berkubang dalam hidung satu malam tuh..sekali aku tengok je ada darah2 yang keluar..cisss.. ni mesti tekak aku dah berdarah ni. sebab semalam aku rasa perit je tekak beberapa kali jugak la nak pulihkan dengan minum banyakkkk air masak dan air gas pun aku balun..hahhaha



kalau hari ni tak elok2 lagi mestilah kena pergi klinik dan  dapatkan ubat antibiotik dan selsema untuk bekalan masa hadapan masa weekends ni. sebab klinik tutup weekend ni. jadi kenalah bersiap sedia.. aku tak sanggup hadapi kesakitan tanpa ubat. aku suka makan ubat sebab ubat akan buat aku cepat sembuh. bila cepat sembuh aku gembira dengan perubahan itu.




jadi aku akan pasti dapatkan ubat2 untuk sembuhkan saket aku nih..








ok bai!



No comments: