Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, January 5, 2011

Selamat Datang 2011!!

mungkin dah terlambat dan mungkin belum terlambat untuk aku mengucapkan selamat tahun baru kepada semua . Tahun baru sinonim dengan azam baru. tapi bukankah azam boleh ditetapkan bila2 masa?? erm.. mengenai tahun baru ni seperti yang semua tahu, bertambah tahun bermakna bertambahlah umur.. dan setiap tahun semuanya mengenai harapan dan perlaksanaan.. harapan yang diletakkan amatlah tinggi tetapi selalu gagal diiringi dengan pelaksanaan... seperti semua tahu malassss adalah masalah besar bagi diri sendiri..hehehehe


bagi aku, tahun 2011 ni akan menjadikan aku lebih matang, lebih berhati-hati, lebih sensitif pada keadaan, lebih baik dalam pergaulan, lebih baik dalam pelajaran dan lebih baik dalam kewangan... semua tu harapan aku setiap tahun. aku tak tahu mana satu yang terlaksana tiap tahun sebab i am keep learning...lerning and lerning sampailah kita menggembuskan nafas yang terakhir...


mari kita mengimbau perjalanan aku selama setahun pada 2010 yang memberikan seribu makna..


januari. permulaan praktikal untuk sem 6 diploma. mula2 dan rasa tak best bila tak dapat pilihan tempat pertama dan kedua. akhirnya tempat ketiga yang membawa kepada kehidupan aku. cuba untuk redha. dan menerima seadanya. cuba melakukan yang terbaik walau selalu dipandang serong bagi sesetengah pihak. dan apa yang aku nampak... pemikiran orang melayu, jika kita berkawan dengan si penjual minyak wangi, kita juga akan terpalit bau wangi, bila kita berkawan dengan si penempa besi, bau kita serupa dengan si penempa besi... aku rasa peribahasa tu macam dah tak relevan sekarang, sebab tak semua jadi macam tu...


4 bulan disana banyak mengajar aku erti kehidupan. kehidupan bersosial yang semakin luas. tentang segala perangai baik buruk manusia dan erti susah senang serta mengawal emosi. padahal aku selalu fail dalam kawalan emosi.. tapi bukan salah aku seorang sahaja, kerana semua manusia hampir gagal mengawal emosi mereka..


suka duka dan gelak tawa plastik yang selalu jadi permainan hidup masa tu.. namun walau apa pun banyak yang dipelajari waktu praktikal. terima kasih kepada semua yang telah memberikan tunjuk ajar...yang buat aku tersenyum dan menemani aku saat aku kesorangan... pada aku, biarlah tak ada pelajaran asalkan senang dibuat kawan... thanks a lot guys yang teman aku minum neslo sorang2.. makan nasi sorang2.. i really appriciate it..=)


lepas praktikal jadi macam mayat hidup dekat rumah. lepak je tak kerja. nan ado kerja dekat kampung. kalau nak kerja kena pergi jauh sikit.. malasah transport adalah masalah utama selain ketidak bolehan memandu.huhahahaha.. masa ni memang tak ada cerita best tentang diri sendiri. hanya kesukaan duduk dirumah dan kemudian kebuhsanan tahap melampau..


jun. mula pengambilan ke universiti.. terasa sangat excited dan berharap dapat sambung degree. walaupun pada mulanya agak hampa sebab keputusan kemasukkan aku tak keluar2 sampai dah pikir macam2 ikhtiar untuk masuk u semula.. jiwa lara time tu sebab semua family aku bagi desakan yang melampau.. malu beb tak dapat sambung.. lepas menangis dan mengamuk sejam dua aku cuba redakan diri.. bila tengok keputusan petang sikit baru dapat.. maybe dia buat secara berperingkat.. student kan ramai.. (ayat sedapkan hati).. padahal masa tu dah tensen sangat2 sebab orang lain semua dah dapat panggilan. aku je tak... mana jiwa tak merana...huuuuuuu


julai. mula kehidupan aku dekat shah alam. tapi yang sedihnya aku tak dapat kos lama aku. aku dapat kos hotel pulak.. masa tu rasa watdehel.. walaupun register je tapi semangat untuk tukar kos adalah sangat tinggi sebab ketidakpuasan hati mendapat kos lain.. namun setelah berhempas pulas berjumpa ketua program, dekan fakulti dan HEA... keputusannya amatlah mengecewakan sebab tak dapat tukar... ape masalah kau tak mau tukarkan aku ni??? masa tu Canseleri jadi tempat aku ulang alik sendiri... sambil pakai payung turun Canseleri dengan muka sememeh dan air mata bergenang... masa tu aku tengok Canseleri tu kecikkkk je walaupun bangunan tu besar gedabak atas bukit nun.. sebab benci aku rasa cam nak terbakar hati.. terbakar sebab jawapan perkerja2 HEA yang sangat berwibawa tu la.. aku harap satu hari nanti kalau bukan adik2 kau, anak2 kau yang akan merasa apa yang aku rasa..  rasa kecewa yang sangat dalam bila dengar jawapan dari kau.. bagi sesiapa yang mengalaminya, mesti mereka paham apa yang membuatkan jiwa terbakar dengan jawpaan mereka...



setelah hampir 3 minggu bergelut dengan rasa benci, marah, sedih dan sebagainya, aku berusaha untuk redha... berusaha.. ikutkan hati rasa sangatlah tak mahu.. bukan aku tak bersyukur tapi ini kehendak masing2.. orang lain tak boleh halang..tak terpikir ke diorang kalau buat cam tu boleh menderitakan student.. suruh pikir positif je tiap masa...mana boleh bai!


sehingga sekarang aku cuba untuk menyesuaikan diri. nasib baik masih ada kawan yang aku kenali dan boleh bersama2 berganding bahu menelaah pelajaran bersama. thanks to u guys kerana ada je...



2010 banyak beri suka duka dan memori dalam pada setiap tarikahnya. terima kasih Allah kerana memberikan aku peluang untuk merasai kemanisan ini... kerana setiap apa yang Kau aturkan smeua ada hikmahnya...



semoga 2011 ini menjadikan tahun yang lebih memberangsangkan bagi diri sendiri dan orang2 sekeliling kita.. kita selalu harpkan yang terbaik, tapi semuanya ketentuan Allah..



salam akhir dari aku yang telah membebel dari tadi...hehehehee

No comments: