Happy Cat Kaoani -->

Friday, November 12, 2010

Blog Copy Paste


seorang kawan saya ada meng'sound' saya, katanya blog saya blog copy paste. bahawasanya saya tahu beliau ni mulut yang tak ada insuran. maka beliau ni suka cakap sesuka hati beliau. masalahnya beliau cakap sesuka hati, aku ni tak tak suka dengar. walaupun ada sedikit kebenaran yang ada tapi sedikit sahaja la. saya tak tiru orang ye... kalau ada persamaan antara susun atur blog atau persamaan entry ia adalah tidak sengaja..



kita pun nak identiti kita sendiri kan? macam aku, aku pun ada identiti aku sendiri, cuma tak berapa menyerlah sangat. sikit2 sudahlah. sekarang ada macam2 cara nak naikkan nama blog. macam2 tips yang blogger2 otai dah ajar.. semuanya terpulang pada kita untuk melakukannya atau tak..



selain tu la, susun atur blog juga memainkan peranan. lebih2 lagi yang cantik dan kemas. cantik tu sangat subjektif sebab kita yang rasa kecantikkan tu. definisi cantik jugak bergantung kepada seseorang. pasa aku lah sesebuah blog tu macam mana susun atur widget, ada ikon comel2 sikit, header yang menarik, dan warna yang aman je.. tak la bersepah atau warna buat rasa nak pakai spek hitam kan...



cara penceritaan jugak penting. lebih2 lagi gaya macam cakap dengan kawan2. sempoi2 je penting. jangan lah terlalu skema atau terlalu kurang ajar.. tak best la kalau tulis blog cakap kurang ajar sangat kan.. sebab blog ni ramai orang baca. cara berkomunikasi jugak penting. lainlah kalau ada tak tahu macam mana 2 way communication tu..hehehhe



apa pun kita jadikan teladan. apa yang kawan saya cakap tu jadikan sebagai teladan. penangkis dari orang gelar kita blog copy paste. tapi pada akulah, kalau copy paste benda yang baik2 tak apa rasanya.. kan? macam dalil ke, hadis ke.. nasihat ke, kata2 hikmah ke.. harus la copy dari mana2.. tu tak pa aku rasa.. bagus la tu kan.. tapi kalau untuk tujuan tak baik tak payah la..



apa2 pun kita ada cara sendiri nak naikkan nama kita dan blog kita kan... kepada semua teruskan berblogging ye!


salam sayang!



3 comments:

KinosKoko said...

mende la member ko tu..
mcm la org yang ada blog ni seciput je..biasa la kot kalo terrrrsama..

ardinihumaira said...

selamat berblog dengan bahagia :)

Farah-Izzaty said...

jgn putus asa!! teruskan berblogging..!