bila masuk sekolah menengah saya dah tak rapat dengan beliau sebab saya dan dia kelas lain.. saya pun jarang berbual cuma tegur2 sahaja. lepas habis sekolah dia tak sambung study sebab tolong family dia berjaja pula.. berniaga.. dia pandai mandu motor, kereta malah van yang ayah dia guna untuk berjaja dia pandai pandu juga..
saya dengar ayahnya sakit, jadi dia ganti membeli barang2 keperluan untuk berniaga naik motor dan sekarang naik van dan berjaja barang basah dan barang runcit dia kampung sekitar tempat kami tinggal. dia terpaksa buat macam tu sebab dia anak sulung. dia ada ramai lagi adik2 yang masih bersekolah.. selalu kalau saya jumpa dia ada juga saya tegur..
bila tadi saya dapat tahu saya agak terkejut sebab sebelum ni saya tak dengar dia sakit. mungkin dia sakit tapi tak kecoh2. saya amat kasihankan keluarganya sebab dia adalah tulang belakang keluarga.. keluarganya hidup berdasarkan kerja menjajanya selama ini.. amat kasihan..
ada kawan saya yang lain mesej ajak saya melawat jenazah. tapi saya tak dapat pergi melawat sebab saya masih di Shah Alam sebab lusa saya ada exam..
marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah, semoga rohnya dicucuri rahmat...
1 comment:
Al-fatihah untuk arwah :(
Post a Comment