Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, October 20, 2010

Tika dan Saat ini Aku Rasa Ketiadaan Kawan.

entah kenapa aku rasa macam ni. bila aku fikir2kan balik baru aku sedar. aku akan diketepikan untuk orang lain. aku tak boleh melawan kamu. kamu, ye kamu amat hebat dalam mengubah hidup seseorang. terima kasih. sekarang beliau telah melupakan aku, dan terus melupakan aku. tak pernah ingat. aku umpama angin dimatanya.



terus terang aku rasa ingin lari dan bersendirian. aku rasa ingin berkenalan dengan orang lain seterusnya membuat satu lagi cerita baru tentang aku dan orang baru. aku tak mahu berkelana menyimpan rasa dengan orang yang lama. cukup lah. aku lelah menunggu. aku lelah menanti kau. walau hanya sekadar kawan, namun aku masih menunggu saat lama kembali berputar. saat kau dan aku dalam alam persahabatan. entah, mungkin aku tak dapat menerima kenyataan barangkali.. aku tak pasti namun yang aku pasti kamu telah tidak perdulikan aku. ye, aku berkecil hati...


tinggalkanlah aku untuk menyimpan sisa2 kenangan kita, walau hanya seketika. walaupun sekejap aku dapat merasainya bahawa kau adalah seorang insan yang baik. sahabat yang baik, namun kau telah melupai aku disini bila kau menemui mereka. kawan2 baru mu. kau yang masih ku anggap kawan, aku masih bersedia untuk berkawan lagi. nombormu masih ku simpan, namun aku tak kuat. sehingga berapa lama lagi aku akan menyimpan nombormu aku tidak pasti, satu hari nanti nombormu pasti akan hilang dalam senarai nombor telefonku. aku tak tahu masa itu bila. maaf jika itu terjadi.


jika kau membaca kau tak akan tahu bahawa ini adalah kau. sebab kau adalah sedetik masa dalam hidupku. perkenalan itu amat bermakna sebab aku tak akan pernah membuang seluruh rasa 'kawan' itu. selamanya 'kawan' itu akan terus menetap dihati..


3 comments:

Nurul SunShine said...

Kenapa ni iza?
tell me. setelah sekian lama kita bersenyap senyapan. meh la kita bercakap cakapan c0z nex sem im no longer be here...

Nour Eyza said...

i dun know.. let me tell u.. after aku fikir tolak tambah banyak perkara aku rasa i am lonely...

Nour Eyza said...

i dun know.. let me tell u.. after aku fikir tolak tambah banyak perkara aku rasa i am lonely...