tadi aku pergi bandar Kota Tinggi. ayat macam nak pergi Bukit Bintang je kan. takkkk... aku pergi KT je bukan BB. sesuai pulak aku nak pergi BB selalu kan..haha.
aku ke Kota sebab bayar bil konvo. konvo diploma bulan sebelas nanti. lepas tu aku jalan-jalan dengan mak aku. aku pun nak masuk pasaraya S****. ala, pasaraya kecik yang jual barang reject tu.. ada la dekat certain2 tempat yang lokasinya busuk dan terpencil. tak best pun. aku singgah pun sebab lalu tepi kedai tu. kalau tak malas ler aku nak singgah. sekali, baru aku menapak je nak masuk kedai sorang minah bajet bagus sound aku,
minah : eh, tak boleh masuk lagi. banyak barang ni..tak nampak ke?
aku : eh? tak boleh masuk ke? (buat2 tak tahu)
minah : tak boleh la, barang banyak lagi belum susun. haaa.. haaa... tengok tu orang nak susun barang. *bercakap dengan aku dengan muka ketat*
aku : oh, tak boleh tak apalah.
aku dan mak aku pun blah. tapi sempat aku sound.. "berlagak nak mampus! tak boleh cakap elok2 agaknya!" biar! biar kawan2 pekerja dia dengar aku cakap macam tu. dah la berlagak, kau hengat kau bagus ke?
dah la ayat dia yang "haaa.. haaa..." macam nak cakap orang nak susun barang then kena mak aku. dengan muka sumpah berlagak, intonasi yang dingin nak mampus. kau boleh untung ke bila tak ada customer? bagi tahu aku? dulu aku pergi barang nak susun pun boleh je masuk? sekarang tak boleh? ohhh, barang REJECT kau tah bertambahlah?? nice.. nice.. aku pun nampak banyak barang REJECT kau jual.. LAWAAAAA...barang REJECT kau..
pekerja macam ni la yang buat pelanggan tak mahu datang lagi, korang tahu tak? kalau aku jadi tauke kedai aku berentikan je pekerja macam ni. orang akan benci. sebab dia cakap tak sopan, tak ada hargai pelanggan... aku pun belajar Marketing.. aku tahu jugak macam mane nak layan customer.. aku belajar customer service aku tau ape customer suka atau tak. kau?? SPM kau pun macam mana rupa tak tahulah.. ntah2, sijil SPM pun kau tak ambik lagi.. dok terperap dekat sokolah lama kau. malu nak ambik, setakat kerja pasaraya kecik macam tu tak ada SPM pun boleh, jadi apa guna kan..
kemudian aku jalan2 lagi dengan mak aku, cehhhh... jalan la kan selepas satu kedai jual barang reject tu kena maki dengan aku pagi2.. aku masuk pulak satu lagi pasaraya kecik namanya PASARAYA**. pasaraya ni pun sama, jual barang reject, murah2 je semua barang. aku dengan konfidennye masuk ke kedai. baru menapak je ade nyonyah pekerja kedai tu kata..
nyonyah : kena letak barang sini.
aku : intro ape nyonyah ni guna? *dalam hati je*
aku : kena letak sini?
nyonyah : kena letak sini kalau mau masuk.
aku : kena letak apa? *tak paham nyonyah ni maksudkan barang apa. sebab aku tak beli barang lagi*
nyonyah : u punya beg..
aku : ini handbag saya. kena letak jugak?
nyonyah : yela, letak sini.
aku : kalau saya tak mau letak sini? tak boleh masuk?
nyonyah : tak boleh.
aku : tak boleh tak payah la masuk. *aku terus tarik tangan mak aku, blah dari kedai bodoh tu*
ni lagi satu kedai cibais. aku tak suka kalau nak masuk handbag aku kena letak dekat rak tingaal barang tu. kalau rak kau lawa tak ape. ni rupa letak kasut boot lepas kerja kuari je. dah la tu aku cakap ni handbeg pun still suh aku letak luar jugak. aku tau la handbeg aku besar, tapi ini handbeg okeh. ade macam2. lagipun kedai kau tu bukannye pasaraya besar sangat sampai beg besar pun tak boleh bawa. lain la kalau aku bawak plastik luar masuk kedai kau harus la kau tak kasi, ni aku bawak beg aku. hello! kalau kau bukak pasaraya dekat bandar besar lepas tu kau tak kasi bawa handbeg besar2 masuk pasaraya kau alamatnya memang orang benci nak datang pasaraya kau. kau tau tak? orang bandar pakai handbeg besar2 tau, walet dah sebesar lengan, belum lagi handphone ade 4 bijik. handpnone tak kecik pulak orang sekarang, lepas tu ade macam2 kunci dengan macam2 lagi benda penting. kau nak suruh dia letak luar ke??
dulu aku datang tak kena pulak beg aku letak luar. aku masuk selamber ke. aku bawak beg besar jugak time tu. ohhh, masa tu mungkin perempuan2 pun belum kerja. perempuan yang berlagak tu pun belum kerja kot. tak pun pagi tadi dia gaduh dengan laki ke pakwe. ada? ada aku kesah??
fine la, beg aku bukan jenama Gucci ke, Prada ke, Lois Vuitton ke. aku cuma pakai beg ada gambar rama2 RM 10 je. beg budak2.. aku rasa beg tu comel je. walaupun agak besar la. aku suka bawak beg besar sebab senang aku sumbat barang dalam beg. aku tak suka banyak plastik nak kena pegang. tapi kau telah menyebabkan aku menyampah. terus aku malas masuk kedai buruk kau. kalau kau nak berlagak tapi pasaraya kau macam Jusco, UO, Giant, Parkson... tak pe jugak. ni pasaraya buruk dekat belakang2 kedai. orang tak tau pun kewujudan kau. nasib baik la boleh beroperasi. lama2 kau buat perangai macam ni makin ramai la orang benci nak datang kedai kau. padan muka tak ada pelanggan. aku ni kadang2 jahat jugak. tapi aku jahat kalau orang jahat dengan aku.
banyak gila aku membebel sebab ketidakpuasan hati aku hari ni. memang nak makan maki sape suruh.gamaknya dapatlah sedas dua dari aku. aku memang benci kedai macam ni. please la, kedai kau bukan best pun. tak besar apatah lagi ternama. jadi kau dengan pekerja kau boleh jangan beragak sangat?
3 comments:
banyak tol mengomel ek
tapi mmg geram gak kadang2 tu kan
msti masa tulis entry ni tngh
meluap2 mrh kn...
sngt2 xstuju kedai yg xbgi plnggn
bwk beg msuk.
merepek...
sepak je beliau meh3 kita sepak berjemaaah hehe
Post a Comment