pagi ni aku bangun aku rasa tekak mula gatal2 macam nak batuk. haish, selain kahak yang berkumpul ditekak menunggu masa untuk aku keluarkannya ada juga rasa gatal2 yang menyebabkan aku batuk2 kecil. cis.. cis.. cis..! tak suka batuk. please jangan batuk sebab dah nak final, selain penat asyik batuk, aku malu nanti nak exam dalam dewan periksa aku asyik batuk je. mengganggu konsentrasi pelajar lain kan. tak baik.
dah bayak dah antibiotik aku telan ni, please janganlah batuk. tak suka. saket tekakpun datang dan pergi sebenarnya. sekejap saket sekejap tak. kalau aku rasa tekak ketat je aku makan la antibiotik biar tak menjadi. esoknya konfem kahakjadi hijau.. ooopsss! sori, ayat kurang sopan tapi tu la hakikat lepas makan ubat. dah aku akan gembira kalau nampak kahak tu jadi hijau.
semalam aku tak ada dekat rumah sekali dapat surat dari PTPTN. dia nak surat pengesahan jangka masa tarikh tamat pengajian dari IPT. kalau tak antar sebulan dari tarikh surat permohonan akan ditolak dan kena bayar PTPTN masa diploma. aku tengok la tarikh surat, kau orang tahu berapa tarikh suratnya? 30/9/2010. dia kata mesti hantar surat yang dia nak sebulan dari tarikh surat. kau fikir sekarang berapa haribulan? 22/10/2010 kau tahu tak?
apesal la pejabat2 macam ni suka peram surat lama2 tapi bagi limit waktu tok orang yang dapat tu buat macam2 urusan. dia tak tahu ke dia bagi orang ni ada macam2 masalah tersendiri. dah la jauh nak pos! bingai! tau tak bingai tu ape? tak tahu? tolong la buat2 tahu sebab aku tengah nak panggil kau bingai ni! saketnye hati aku >.<
PTPTN ni tahu tak? dia bagi surat dah la lambat, lepas tu aku ni ada dekat kampung. nak kena balik u dulu baru leh buat surat dekat fakulti. dah tu buat surat dekat fakulti tu at least 3 hari bekarja baru siap surat tu. dah sekrang 22hb hari jumaat, sabtu ahad tolak la sebab cuti. Isnin nanti baru buat.. dapat surat at least 27/10 hari rabu.. dia nak sebelum 30/10/2010. kalau aku hantar pos laju boleh la, itu pun kalau sampai dekat dia sebelum 30/10 kalau tak? aku kena bayar balik la pinjaman masa diploma tu? cibais la PTPTN ni. haaaaa.... saket hati aku...
korang paham tak cerita aku ni? banyak sangat tarikh kan? sila la paham kesakethatian aku ni. sangat2 la benci dengan perkara yang rushing2 macam ni. benci aku! dah PTPTN ni banyak songeh nak itu la, ini la.. mengade2 pulak la kau ni.. aku tahu la aku ada banyak hutang dengan kau PT! tapi bertimbang rasa la sikit.. aku bukan orang senang, aku ni suka duit, tapi duit je tak suka dekat aku...
ye, PTPTN aku banyak.... banyak kalau campur dari diploma sambung ke ijazah ni..
diploma RM 15,000 + ijazah RM 19, 500 = RM 34, 500.
ini belum masuk bunga lagi.. at least bunga untuk diploma RM 2,000 tengok jangka masa kita bayar. konsisten ke tak. kalau lagi lama lagi tambah... ijazah lagi.. haiyak!! keluar belajar je dah ada hutang keliling pinggang, perut, kepala, tangan dan segala anggota badan..
lepas keluar nak cari kerja lagi.. yeah... kalau dapat kerja dengan cepat.. kalau tak?? aku memang tak suka fikir pasal benda2 ni.. tapi ini semua masa depan.. kena juga difikirkan..
aku kena pulang hari Ahad ni mungkin dan settlekan semua benda hari Isnin.. serabut pale otak.. tapi kawan2 aku yang lain lagi serabut dengan kena re-do assignment, dengan presentation, assesment, dengan segala macam benda yang mereka kena hadapi.. semoga tabah menghadapi dugaan alam ini ye kawan2.. saya tahu anda semua boleh lakukannya!
No comments:
Post a Comment