Happy Cat Kaoani -->

Monday, October 11, 2010

Nampak Tilanm dan Bantal

semalam aku tidur lambat, dekat pukul 5 aku baru tidur. bangun pukul 9 lebih macam tu. lebih kurang 4jam lebih je aku tidur. hari minggu tidur lambat tapi bangun cepat. ape hal kan. dah mata tak mau tidur lagi pukul 9lebih tu nak buat guane?

siang lepas makan tengahari lebih kurang camtu borak2 dengan member. pukul 3. ade shooting pukul 4.30 kata cik Fuzz selaku ketua kumpulan. okeh, pukul 3 tu aku dah mengantuk gila. aku baring jap cam nak tidur. pukul 4 bangun. siap2 nak pergi shooting pukul 4.30. bunyi macam shooting drama ke filem je, padahal shooting drama mandarin je woi!

4.30 gerak. carik2 pot nak shooting dah pukul 5 lebih kurang. shooting bodoh2 maka dekat pukul 7 pulang. berbincang pula untuk menambah scene. balik dekat kolej tambah scene lagi. sebab aku dan farah kurang cakap. ah, buat lakonan fake lagi. dah tu balik bilik mandi je aku lelap.

member datang mintak aku pendrive, bagi payung aku, cakap itu, cakap ini semua aku dah mamai. aku dengar tapi dan pergi ambik dan menjawab tapi aku mamai. haiyak, kaki pun lenguh. tu la, siang tadi orang suruh naik bas aku tanak, aku nak jalan kaki, hah! kan dah penat!

ah, sebenarnya banyak benda aku nak buat malam ni, macam lipat baju, gosok baju dan kemas bilik. bersepah bagai. tapi memang tak la sebab mata lagi utama. mata adalah raja! hahaha..

dah la, penat aku taip, nak tidur dah. sok pun aku bizi. pagi kelas petang aku pergi rumah terbuka PM. aku jadi VIP tau rumah PM. kau ada? gila berlagak..hahahaha. nanti2 aku update ye!




psstttt :: boleh gelak guling2 tengok rakaman video mandarin tu. giler fake muka berlakon! 


7 comments:

alinac lover said...

TGK TAJUK TU.MAMAI EK??

Un Phat Lee said...

cerita aper tuh? ehe XD

ardinihumaira said...

hehe... tilanm ke tilam tu dear

Nour Eyza said...

haah, salah la yong..hahaha

cerita apa? hahaha..xde tajuk..heee

hamzah ian said...

cerita ko ke ni??

Amni said...

PM tu ape? Pakcik Mail..=P

Nour Eyza said...

hamzah ian :: cerita aku? cerita mandarin tu mmg aku buat..haha

amni :: PM tu Perdana Menteri la.. ape kelass pak mail..hahaha..gurau saje..