Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, October 12, 2010

Tekanan Yang Hebat!

entry pukul 3 pagi. fresh dari ladang aku baru balik dari Makan Malam Permata Negara dan merangkap rumah terbuka Perdana Menteri di Putrajaya. sangat penat dan lapar. ini tidak tipu. dari pukul 2 petang dah siap2 naik bas pakai kasut siap2. buat kerja dari petang sampai pukul 2 baru sampai bilik. horror gila rasa kaki aku!


ya Allah, nak kata penat memang sangat penat. gila babeng punya penat. berlari2 bergerak dan berdiri je sepanjang masa. tapi best! semua tu pengalaman. walaupun penat tapi banyak benda aku belajar dari situ. 

aku rasa benda pertama perlu beramah mesra dengan orang. selamber dan jangan buat muka. aku nampak ok. dulu masa aku kecik memang aku tak perasan ape muka orang buat tapi sekarang aku sangat sedar ok. aku dah paham dan sangat paham. depan aku senyum belakang aku kutuk kau. biar la.

bukan semua manusia dalam dunia ni sama berfikiran dengan kau. please jangan terlalu sangat buat muka. aku pun boleh buat muka dengan kau tapi malas je. haha. eh, emosi pulak aku pagi2 ni. -_-"

aku rasa tak mengantuk sekarang. serius. sebab penat yang melampau dan kelenguhan kaki yang amat sangat. juga perut yang agak2 manja kerana lapar. maka aku menaip entry ini sambil merendam kaki dalam air suam (panas jugak sebab aku letak kaki angkat, sebab tak tahan) dan buat milo makan dengan biskut. lenguh dari tapak kaki sampai ke pinggang. ceh...dengan segala kuku kaki aku rasa menekan2 kedalam tak dapat bernafas.. hadoi.. 



ppssstttttt :: gambar aku malas upload lagi. malas mau edit2. huhu. esok sahajalah kalau aku rajin.hikhik

2 comments:

ardinihumaira said...

dni malam tadi geram sama internet yang weenggg sampai tertekan lalu tdo. ni baru bangun :D

Nour Eyza said...

haha.. dni tenat jadi tekanan iza tekanan kaki yang saket dan lenguh..hehehe