Happy Cat Kaoani -->

Saturday, October 16, 2010

End

hari ni semuanya tamat. tamat dengan pelbagai cara. 
hari ni aku ada tulis entry tak? 
entah, rasanya takde. 
penat2. 
sibuk.


berakhirnya kelas mandarin tadi bermakna berakhirlah kelas pada sem ini
buat mandarin sampai lewat malam semalam.
pagi2 bangun2 je aku terus pergi bilik faz nak tolong buat skrip.
faz pun pelik asal aku mamai2 datang terus2 masuk dan buat skrip.
aku tolong buat tanda je.
banyak pulak, rasa macam sikit.
terkitai2 aku buat tanda dengan print cover dan cover laptop.
nasib baik faz ada printer kalau tak memang aku berkejar nak print kat bawah.
ahhhhh..
walaupun berazam nak buat assignment cepat tak mahu jadi macam masa diploma lagi tapi semua tu hanya angan2.
tetap jugak last minute juga. -_-"


segala penat lelah dan berakhir hari ni
tinggal final exam yang ada dua paper tu aja
walaupun dua paper tapi aku nampak kesusahannya..
tunggu je la nanti.


banyak suka duka minggu ni.
ada banyak perkara yang membuatkan aku happy dan sedih
tapi mostly happy
nasib baik ada yang memahami.
terima kasih.


esok, aku mahu ke Tanjung Malim
ahad kakak aku konvo
paling aku bengang adalah Shah Alam tak ada bas direct ke TM
dulu Puduraya ada tapi sejak tukar ke Bukit Jalil aku tak tahu
dan katanya tak ada, kena naik monorail ke Stesen Hang Tuah
memang bertuah betul!
emo pulak aku sebab makin menyusahkan kehidupan aku.
haish..




psssstttt :: terima kasih kepada sesiapa yang membuatkan saya gembira dan memahami saya. anda semua begitu berharga. =)

2 comments: