Happy Cat Kaoani -->

Saturday, October 23, 2010

Balik Lagi. Gua Malas Doe!

aih, nak kata tak ada pemotivasi mak abah aku depan mata. tapi sebenarnya mak abah depan mata, duduk rumah lagi la aku malas nak study. asyik pikir nak makan ape je. beli ikan pikir nak suruh mak masak ape, beli sayur pikir nak mak masak apa dengan sayur tu, beli pisang pikir nak buat apa dengan pisang tu, beli roti pikir nak buat ape roti tu.. hahaha.. gila la asyik pikir makan je kan.. hakhak!



aiskrim aku beli satu tupperware belum habis lagi, benda lain dah habis.. ape ke aku merepek ni? haha, saje je nak bagi tau, aku makan aiskrim beli yang tupperware tu.. aiskrim vanila.. tapi bukan makan sekali bahis tau. makan sikit simpan, nanti nak makan lagi. erm.. buat stok dekat rumah. aku kalau dekat rumah makan nak macam2 kan.. haiyak!


esok baru aku balik shah alam. sebab isnin nak uruskan surat untuk PTPTN tu. malas betul la. tapi bagus jugak. dekat rumah ni aku bukan study pun. konon buat nota untuk front office tapi hampeh, ingatnya tak jugak. banyak woo nak study ni tapi macam malas je tau. ahhh, dekat rumah lagi la malas. kan. aku kena balik esok pulak, kalau tak nak balik isnin je. malas bersesak2 hari minggu. kalau balik isnin dapatlah aku tumpang menyibuk rumah mak cik aku. makcik aku ada sambut jiran2 dia dari JB datang bertandang ke kampung. jadi makcik aku buat makan2 sikit. banyak kau lauk kampung makcik aku masak dan tempah.. sedap2 belaka! cis! rugi je aku balik esok tak dapat makan dekat sana. 


aku dengar ada sayur gori masak lemak atau sayur nangka muda masak lemak, ikan asam pedas, puyuh gorang, tauhu panas, rojak, ikan bakar, sambal tumis.. perghhhh... sodap - sodap belaka weehhhh... sedihnya meninggalkan makanann yang sedap ni.. kena balik shah alam pulak. kalau shah alam ni dekat kan senang. malam bute pun aku boleh balik.kui3..


ahhh, walaubagaimanapun esok awal2 pagi kena juga pulang ke shah alam.. shah alam tempat menimba ilmu. wakakaka... disaster ke hape ke kena jugak..


1 comment:

ardinihumaira said...

betul3...
menimba ilmu dapat pahal.. berjihad :)