tadi cuba upload gambar. mak oi, lama bukan main. sebab internet slow.. tolonglah! saya nak tukar laptop sebab laptop bi tak best! huaaaaa... nak internet laju dengan modem pun lajuuuuuu.. tapi, semua itu hanya angan2..huaaaaaaaa..
sudah2 la berangan kan.. yang penting apa yanga ada depan mata ni gunakan sebaik mungkin. kalau dah tak baik humban je ke longkang. ceh, ayat macam aku ni ade empayar berbilion-bilion.. kaya bebenor. orang kaya pun berkira sekarang ni.
tak tahu nak merapu apa tapi yang pasti aku nak cerita anak kucing aku dulu kecik2 sekarang dah besar2 comel2.. manja2 semuanya. suka sangat menggesel dekat kali. kalau aku keluar rumah je mesti semua ikut aku kesana kemari. semua dekat kaki aku menggesel. sampai selalu sangat terpijak kaki diorang. tapi diorang tak marah pun.. kucing kan, dia sayang tuan..
semalam aku gaulkan kucing2 aku punya nasik. selalu mak aku yang gaul, jadi semua manja dengan mak aku. pantang nampak mak aku mesti ingat mak aku nak kasi makan. tapi kucing2 aku ni kalau dah lapar dan nampak makanan macam sawan semuanya.. tak sabar2 nak makan. ish, dah la makan banyak semuanya sebab ramai jadi beras rumah aku pun makin banyak je nak beli. masuk mak kucing ada 6 ekor.. anak dia 5 ekor dan baru nak membesar mestilah banyak makan kan..
aku janji dengan abah kalau aku balik baru buang kucing2 ni.. ye, buang je. buang dekat tepi laut atau dekat belakang kedai. sebab ramai sangat tak larat nak jaga. lagi pun banyak dia melepas dekat tepi2 rumah. aku jaga kucing bukan siap litter box bagai... aku jaga kucing cara kampung. berak cari port sendirik tu yang merata dia melepas... jadi mak dah bising2 dia melepas dekat mana2 je suka. budak kecik kan.
tapi bila dia main, dia manja2 dengan kita rasa sayang pulak nak buang. nak bela pulak. tapi tak apalah. buang mak dia yang tua tu sebab mak dia dah tak lawa. asyik ada je jantan keberet datang nak mengawan dekat rumah. kencing sana sini. benci. baik si tua tu buang. tak menyusahkan. keji kan aku. aku bukan buang dia tempat yang teruk, dia ada makan kat sana nanti... lagipun kucing aku ni kucing kampung pandai berburu.. setakat burung, lipas, cicak, anak biawak, dan sumpah2 dia dah pro!
nanti ahad bila aku dah balik u aku upload gambar2 terkimi anak2 kucing aku okeh! tata!
1 comment:
hehe~
nk tgk la ~
Post a Comment