Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, September 1, 2010

Rasa Macam Nak Balik Zaman Kanak2

sekarang ni aku rasa macam nak balik zaman kanak
zaman kanak2 tu macam mana?
macam aku tak perlu nak fikir pasal nak bayar duit ptptn la
pasal kelas dekat u ni ha..
pasal boleh main mercun dengan bunga api
pasalboleh hepi2 dan suka2 beraya dengan kawan2 naik basikal keliling 2, 3 buah kampung..
seronok wohhh..

lepas tu leh intai2 sampul raya bila orang bagi duit
hahaha..
bawak beg yang penuh beg duit..
padahal duit tu boleh tinggal dekat rumah..
hahaha..

pasal macam2 benda..
pasal bagi kad raya dekat sekolah
bagi kawan sebelah meja pun siap sampul gam kuat2 okeh..
siap pesan jangan baca dekat kelas, baca dekat rumah..
padahal dalam tu bukan tulis ape pun..

dapat bagi2 kat raya
pastu desak2 mak belikan setem dan kad raya dekat pekan
beli yang murah2 je kata mak untuk bagi kawan2
kalau bagi cikgu baru yang elok sikit..

syokkan bila posmen datang akulah terkinja2 depan pintu sebab nak dapat kad raya
dan posmen tu akan sengih je..
bila dapat tu siap gantung2 dekat ruang tamu kasi semua tetamu datang bila raya nanti nampak la kau dapat kad raya banyak..
bangga okeh..hahaha

kalau tolong kemas rumah pun tolong ala kadar je
maksudnya tolong kemas2 habus sikit2 je
agak2 penat chow la pergi main ke hape kan..

sekarang tak bolehhhh..
sekarang ruang tamu aku kemas SORANG...
lap cermin pintu aku SORANG..
lap segala gerobok, tv, sofa dan frame2 gambar semua aku SORANG..
sapu, mop dan bentang karpet semua aku SORANG..
dah tu biasanya cabut langsir dan pasang langsir termasuk la pasang dan cabut segala hook yang ada dekat langsir tu semua aku SORANG..
tukar sarung sofa pun aku SORANG.. (kadang2 aku penat + malas aku tinggal je.. ade la abah aku tolong masukkan kalau dia bangun malam, tapiiiii... abah pasang terbalik okeh! macam nak rabak kain sofa tu sebab masuk dekat angel yang salah)

apa lagi aku sorang2 buat?
kalau cuci balkoni biasa dengan mak aku..
longkang kalau aku rajin aku buat kalau tak aku paksa abah aku buat..
hahaha..

sekarang ni dah tak bagi kad raya..
main hantar ucapan pakai SMS dan emel..
facebook dan blog..
siap ade gambar bling2 lagik..gagagaga..

tak lama lagi semakin berkurang la orang nak beli kad raya
dan syarikat printing kad raya sedih sebab tak ada orang beli kad raya lagik..
kui3..
sila la terima kenyataan..hehehe

aku pun teringin nak dapat kad raya 
tapiiii..
tak ade pun..
sobs!



psssttttt :: kad raya ade kartun kelakar depan tu best kan? huuuuuu

No comments: