Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, January 13, 2015

Sekembalinya Diri Ini








Assalamualaikummm..





lama dah blog tanpa entry. sebabnya? tuan blog cuma duduk rumah je jadi tak mampu nak update blog. dia jadi surirumah so macam tak best gila nak cerita pasal suri rumah yang semua orang buat tu. tak perlu sangat kot. haha. 



kisahnya baru selongkar blog2 blogger famous macam Fatin Liyana. baca entry tunang dia. baru kenal nama tunang dia. pastu google pasal tunang dia. sangat ketinggalan zaman aku ni. baru nak baca diari blog Yuyu Zulaikha. cerita habis semakin bijak. semakin comel babam. semakin semangat. baru baca blog orang ini. orang itu. semualah. sampaikan aku jadi terbawa2 dalam cerita diaorang. sampaikan orang panggil aku tak perasan. bunyi hp tak dengar. sampai rasa aku ada dalam setiap penceritaan mereka. gitu sekali penghayatan. kalau masuk kelas penghayatan mesti dapat A ni. kelas berangan pun aku mesti dapat A. konfem! haha!



jujurnya aku dah lupa apa entry sebelum ni. apa yang belum aku cerita lagi sepanjang setahun dua aku jadi penganggur tegar dekat rumah ni. disebabkan aku dah lupa apa yang aku tulis sebelum ni moh la tengok dulu. tak ada la nanti korang kata " hek eleh dia ni.. asik ulang benda yang sama je. tak ada cerita lain agaknya" lalu lepas tu terus tak masuk2 baca blog aku lagi. haha. hakikat sebenar yang sukar dipercayai dan diakui oleh manusia lemah ingatan macam aku.haha



pasal perkembangan hari ni aku tak ada benda nak cerita. pasal perkembangan badan semuanya dah sedia maklum. haha. tanpa perlu dipertontonkan lagi orang dah tau aku ni semakin gemok. haha. ayat boring je dowh blog ni. dah la blog picisan! blog sedihhh..hahaha. maka aku malu dan menekup mukaku dengan bantal gambar CJ7. hahah. 



hari ni happy sebab BRIM dan masuk. kahkahkah. patutlah happy semacam kan. nampak sangat dalam otak dan terawang2 apa benda nak dibeli tu kan. haha. jadi haruslah menguruskan duit yang ada dengan betul. padahal tuan blog sendiri beli barang online tah apa2. kemain nasihatkan pembaca. kuikui



ingatan pulih sikit lepas baca entry lepas. entry lepas aku cerita pasal BIRTHDAY aku yang ke 25. perghh.. dan tua rupanya kau. dah 25 tahun. tapi malangnya iols belum kerja dan belum mampu menyara hidup sendiri. sedihnya aku nih! hahah. kasi can la wei. penat2 iols belajar selama 6 tahun diploma + degree. kasi can la rehat setahun dua kat rumah. kasi peram bayaran PTPTN tu. kahkah. matiklah PTPTN belum kubayar dengan baik. haha. ampun PTPTN. hhaha.



jadi dengan ini nak mulakan hidup berblog cerita setahun yang lalu. aku abis stdy dalam bulan puasa tahun 2013. seminggu puasa macam tu pindahhhhh balik kampung sebab abis study yang amat ermm... amat best sebenarnya. haha. nampak tak tu cover ke hape?? haha. 



sekarang dah bulan 1 2015. maknaya dah nak 2 tahun. haha




sikit2 kita gain ye cerita2 dulu. hadam balik slow2. walaupun dah basi tahap kulat dan kulapuk tapi ni kira macam kulat berharga la. walaupun sejenis kulat tapi tetap rasa enak dan sedap. 



apelah aku merepek meraban ni woi? nak cerita, cerita je la kan.. ahha




next entry kita up ye sayang2. 




babai.








Saturday, January 3, 2015

Kembali Semula!






Assalamualaikumm...






maafkan diriku kerana terus alpa menongkah arus duniawi,
maafkan aku kerana terus terusan lupa denganmu wahai blog kesayanganku,
maafkan aku hanba Allah yang hina ini..






serangkap sajak untuk kesayangan yang membaca blog picisan dan berhabuk iols ni. jangan muntah baca sajak tu. semamangnya aku suka tulis puisi. nak2 bila rasa dilamun cinta. jiwa bergelora. hahaha. poyo tak sudah mak cik ni. 







belum terlambat lagi rasanya nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2015. permulaan baru bagi setiap insan bergelar manusia. walaupun kita tak pernah melupakan tahun Masihi tapi disebabkan kita hidup dalam dunia ni mengikut tarikh dan tahun georgia jadi haruslah berfikiran positif. tahun baru biasa untuk kelangsungan kehidupan manusia sesama manusia. 







8 Disember 2014 haritu hari lahir aku. alalalallaa.. berapa dah umur kita? hahaha. suku abad. abaikan semua tu. yang penting hidup kita happy selalu. hiksss... penat godek2 gambar tak ada rupanya. sungguh tua aku. sampai tak ingat masa tu keluar ke tak. ada selfie perasan ke tak. haha. tabah eh korang. on that day tak keluar kot. tapi the next day keluar rasanya pergi ISKARNIVAL dekat Nusajaya. kalau tak silap la. haha. 



ini kucing aku. dia tak ada kena mengena dengan cerita birthday aku. tapi aku nak letak jugak. dia ni jenis kucing kampung. baka semua warna macam ni. belah kiri tu bekas litter dia. tak letak bekas poo lawa2 pun sebab diorang ni ganas dan nakal. cepat je jahanam semua benda. jadi beli yang murah2 je. rosak beli lain. hikssss





tak ada celebrate apa pun. pergi Angsana beli kek Secret Recipe 4 keping pastu balik makan dekat rumah dekat seminggu baru habis. haha. punoh diet iols. haha. sebenarnya pernah ke kau diet iza? bincangkan..kuikui




disebabkan lama sangat tak menulis entry ni aku jadi dah lupa macam2. ibarat blog tak penting lagi bagi aku sekarang. tapi sikit2 aku akan mula sekali lagi. bizikan diri sengan blog dan sosial media. haha. nanti aku update mana2 cerita yang aku keluar jalan2 or event apa2 eh. 




walaupun benda tu dah lepas tapi nak jugak cerita. tak kira jugak. hahaha..




tapi bukan sekarang ni. sekarang ni nak edit gambar dulu. lepas tu baru post eh. ok kesayangan. babai!




muah ciked!





wassalam..