Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, January 2, 2013

1st Day sekolah dan Final Exam!






Assalamualaikum semua..


selamapt pagi yang indah. aku baru lepas minum2 dengan kawan. kenyang jugak rasanya. tu yang malas nak buat sarapan sekarang tuh. jadi kawan2 yang lain kalau lapar sila la buat makanan sendiri ye. mak2 ni dah malas nak buat breakfast. hikhik..


semalam aku tidur awal gila okeh. pukul 11 lebih dah menungging sambil buat akaun. hahaha.. sumpah mengantok sangat semalam. padahal aku tidur siang kot semalam. adelah dalam 2 jam macam tu. tapi siang tu pun aku rasa tak puas sangat. rasa tak nak bangun. hahaha..


hari ni adalah 2.1.2013. bermulanya hari persekolahan bagi adik2 yang bersekolah! waaaa.. dah naik sekolah dah kan? rasa macam sekejap je kroang cuti sekolah. kami yang tak cuti ni rasa korang punya cuti amat singkat. sebulan je macam tu. 





cumel je budak2 ni alihkan bongkah 2 jadi 3 kan. hahahaha... comel je. padahal aku tak suka sangat dengan danbo kepala kotak ni.tapi bila nampak dia comel macam ni rasa best jugak. hehehee..


aku akan exam jumaat ni. tapi sekarang ada beberapa hari je lagi nak study. aku ni memang pemalas nak study awal2 plus aku memang tak reti akaun ni. so memang slow bin lambat je la aku nak study. orang lain dah study laju2. aku akan study laju2 hari ni. harap dapat la catch up eh. risau jugak ni. aku nak dapatkan result yang baik. huuuu...






risau memang risau tapi masih mengadap internet dan laptop je. biasalah ni. kalau tak ada laptop tubosan pulak aku. jangankan nak study nak buat apa2 pun tak menjadi kalau tak ada internet ni. aku bajet nanti aklau aku dah kerja dengan akak aku duduk serumah aku nak masukkan internet dalam rumah. senang nak main laptop. tak ade la kena bukak hp je. mengharapkan internet BB aku yang slow tuh. hahaha


sadis kan? kalau ada internet boleh tengok cerita macam2 dekat internet. so tak bosan sangat. hehehe..


korang dah sarapan? aku belum lagi. minum air je tadi. bukan makan apa pun. kira oke la. kenyang jugak.
nak buat sarapan memang la aku malas.


ok la. selamat pagi dan selmat tidur. hehehee



=D




Tuesday, January 1, 2013

Happy New Year =D






Assalamualaikum semuaa..


weee... esok merupakan tahun baru bagi kalender masihi. ramai sangat orang dok agong2kan tahun baru masihi ni. sedangkan ramai orang lupa tahun baru hijrah tu. ish2. aku? aku memang tak pernah sambut new year pun. paling2 pun aku dengar orang main bunga api atau pun tengok dekat tv je. tapi biasanya dekat rumah tak sempat pun nak dengar countdown pun aku dah membuta. malas aku nak menyambut hari baru tahun baru ni semua. sama je. hahaha..


tahun ni aku sambut new year dekat Puncak Alam pulak. tempat baru dan bakal habiskan degree aku dekat sini. habiskan sisa2 hidup sebagai student dekat puncak alam tanah terbiar ni. walaupun terbiar pasa aku ok je. sebab aku duduk kampung. cuma aku emosi pasal kenderaan awam la. biasalah. kawasan macam ni kenderaan memang payah sikit. so tu yang aku emosi luar dalam tuh. kahkah. luar dalam, tak boleh blah ayat! hahaha


ni nak masuk tahun baru 2013. maka dengan ini bertambahlah umur aku. umur je bertambah. kecomelan juga bertambah. hiksss.. perasan sungguh. *lawak hambar* foineeee...


tahun ni masuk umur aku 24. OMG! dah 24 dah kau? hahahaha.. belum abis belajar? poor you iza. kahkahkah.. kesian aku kan.. umur 24 belum habis study lagi. orang lain umur 24 dah haus tayar kereta kesana kemari naik kereta sendiri. aku? aku ada apa? laptop cabuk yang mati2 ni. hp dua ketul. seketul dah biol. seketul tak ada charger. ade la tu je. so? sedihh!!! paham tak sedih? hahahaa...


by the way! 4haribulan ni aku first paper. sem ni paper final exam aku ade 4 ketul je. 4 ketul pun. ranap jugak rasanya. tu belum macam kawan2 aku yang ada 10paper bagai. menangis tak berlagu kalau aku. tak cukup tangan. bukan takat tangan je tak cukup. semua benda tak cukup kalau aku. hahaha


buat beberapa hari ni memang aku tak aktif berblog. rasa macam sangat tak ada cerita nak tulis. lagi pun aku  balik rumah cuti study week. so memang tak ada internet la kat rumah. melopong je tengok tv hari2 setiap masa dan detik. nak baca novel aku malas pulak. kenapa ntah aku tak berminat dengan novel sekarang. ish2..











blerghhhh... malas sungguh nak letak caption. rasa diriku amat kosong! kahakahkah...kosong hangguk mu!



k la yep. Happy New Year and selamat menjalankan azam baru 2013!




=)