Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, July 31, 2019

Selepas 21 Tahun | TRIP TO LANGKAWI







Assalamualaikum..


cuti sekolah raya haji tahun lepas sempat la jugak aku berjalan sekejap
melarikan diri dari kesibukan dunia
gituh ayat..
mengada sangat kan


alah, sampai la juga ke Langkawi selepas 21 tahun tak jejakkan kaki ke Langkawi
masa aku pergi dulu tahun 1998
masa tu aku 9 tahun
sekarang dah 2018 dan aku dah berumur 30 tahun
perghh,.tua dah beb!




masa nak pergi ni dah rancang lama dah
bukan lama sangat la sebulan dua sebelum je
kalau lama sangat takut tak jadi pulak


disebabkan malas drive dan malas duduk lama dalam bas dan train makanya aku pilih naik flight
aku ni bawak orang tua dah tu kakak aku pun bukan sihat sangat kan
jadinya naik flight paling cepat dan relax
drive sampai Senai Airport parking kereta kat sana
bayar parking dan naik flight!


ini kali ke-2 park kat airport dan tinggal ke tempat lain
selama beberapa hari




* incase korang nak tahu rate parking by days kat Senai Airport*


DAY ONE

1 # DATARAN HELANG

lepas tu naik flight ke Langkawi dalam 2 jam semua settle sampai Langkawi dalam pukul 3 petang.
motel dah tempah dan kereta sewa dah tempah.
sampai airport Langkawi sibuk cari toilet sampai tak nampak staff kereta sewa datang pick up kat arrivals siap tulis nama syarikat.
Sebenarnya aku tak aware pun nama syarikat diaorang. tak bagus betul tour planner ni. ish ish
mana la aku tahu dia nak tunggu kat arrivals, aku ingatkan dia tunggu dekat kereta je. hahaha
lagi satu tulis nama syarikat kereta dia bukan nama aku mestilah aku buat dek je kan.
rupanya dia dah tunggu kita kat arrivals kemain lagi aku ingatkan tunggu kat pick up point luar airport.
airport Langkawi pulak masa tu tengah renovate jadi banyak bahagian dia tutup dan tak boleh guna.
keadaan agak berselerak sikit la kan.
laluan keluar masuk pun sempit dan tak sesuai untuk semua pengguna.


asalnya aku tempah kereta Proton Saga Auto.
konon biar sama dengan kereta aku pakai sekarang senang aku drive dah biasa la.
sekali bila jumpa orang kereta sewa tu dia kata kereta saga tu tak dapat nak bagi sebab orang yang sewa sebelum ni  nak extend.
makanya dia bagi aku kereta lain. diganti dengan Mitsibushi Attrage pulak.
seram aku tengok kereta bila dia tunjuk.
basically aku tak pernah bawak Mitshibushi pun jadi macam takut pulak. haha


Penyewa kereta : saga tu penyewa sebelum ni nak extend kak, jadi saya bagi yang lain. kita bagi akak attrage.
Aku                   : haaaa...?? habis berapa pulak sewa kereta ni? ( dalam hati dah cuak, berapa pulak harga sewa kereta attrage ni. aku sewa saga je deposit pun RM50 je)
Penyewa kereta : jangan risau kak, sewa sama je macam saga. sebab kita yang tak boleh sediakan saga untuk akak jadi kita ganti attrage tapi harga sama.


barulah aku lega bila dia cakap macam tu.
kaedahnya macam ganti bilik hotel juga la kalau bilik tu over booked, kalau ada masalah pada bilik, kalau ada kesilapan masa booking atau kesilapan pekerja hotel yang uruskan booking tu.
kita akan offer customer dengan barang yang lebih baik namun harga yang sama bagi customer puas hati.
tapi kereta attrage tu tak sedap pun bawak.
tayar macam pelik.
macam aligment lari je. haha
tapi lantak la selagi boleh guna.




inilah kereta sewa tu. memang macam ni je la jenis kereta sewa kat sini.
ramai bawak kereta macam ni.
jadi sebagai tourist kita mestilah ambik gambar dengan semua benda termasuk kereta sewa.
kahkah

sampai je dah pukul 3 petang. lepas tu terus pergi hotel check in hotel pukul 4 petang.
lepas tu pergi tempat yang tak perlu masuk bertiket.
jadi aku pergi la Dataran Lang Langkawi sebelah Jeti Kuah tu.
manusia masa tu masyaAllah ramai sungguh 3 kali aku pusing kawasan parking tu cari parking.
tunggu orang keluar, tunggu orang masuk dah pukul berapa.
dapat la round2 Dataran Lang kejap beli keychain lepas tu pergi Jeti Kuah pulak





ramai orang masa ni ambil gambar mana dan je dengan angin kuat.
akhirnya dapat jugak aku jejakkan kaki ke sini.
dulu masa kau umur 9 tahun tu aku tak turun dari bas pun untuk ambik gambar dekat Dataran Lang ni sebab masa tu pukul 1 tengahri panas sangat. aku pulak demam masa tu jadi orang tak kasi aku turun.
mak abah dengan akak aku je turun. aku duduk dalam bas tengok orang ambil gambar.
masa tu keliling  Dataran Lang ni kosong je.
lapang sampai bas boleh parking dekat sangat dengan ekor helang tu. aku boleh tengok orang turun bas dan posing bawah helang tu.
sekarang jangan harap la boleh parking dekat.
dari jalan raya besar pun dah tak nampak helang tu sebab banyak binaan, parking dan pokok.


lepas balik Dataran Helang tu aku pergi makan pulak.
sebabnya belum makan tengahari
pagi tu makan nasi jagung mak aku masa untuk raya haji.
masak nasi jagung, ayam masak merah, dengan acar darat.
untuk di bagi pada sedara mara yang akan bagi makanan raya.
dah macam itu tradisi kehidupan kami bagi lauk raya masa pagi raya. jadi inilah nak pulak
pulangnya.


makan dekat kedai makan tepi jalan menghala ke Dataran Helang bertentangan dengan Petronas.
aku tak kesah bab makan sebenarnya. janji makan.
trip berjalan aku ni hanya berjalan tengok tempat menarik tanpa memikirkan makanan mana best dan sebagainya. mostlay berjalan macam tu.
jadinya jumpa mana kedai makan aku ok je.


last sekali balik bilik dan tidur sebab semua kepenatan
malam sebelum tu memasak dan pagi tu laju2 nak pergi airport
perjalanan dari rumah ke airport dalam 2 jam or 2jam setangah.
kalau kau tekan minyak 140km/j sepanjang highway tu dapat 1jam je sampai airport
tapi janganlah woi, balik tu aku check saman kot2 melekat saman kan. nasib baik tak ada saman. fuhhh


DAY TWO

2 # UNDERWATER WORLD LANGKAWI

hari kedua ni mula la penjelajahan kami
pagi2 tu sesiap pergi sarapan dekat kedai on the way nak ke tempat pertama
first mission nak pergi Underwater World Langkawi (UWL).

UWL terletak di pantai Chenang.
dulu pun dah pergi Underwater World tapi sekarang ni nak tengok lagi apa perubahan dah berlaku,
memang la tempat tu pertama sekali semakin buruk kan.
masa aku pergi 1998 tu tempat tu baru siap. sekarang dah 20 tahun memang la banyak benda dah buruk, karat, bocor semua. biasalah kan.
yang penting akuarium tak bocor!
tu bahaya...hehehe

kedai makan tu agak besar sebab nampak ada tulis kalau pelanggan naik bas kena bayar dulu kat kaunter
tapi kalau datang makan satu kereta je tak perlu la. pekedai akan datang tengok makanan apa yang kita ambil lepas tu bagi kertas bil.
ada nasi lemak tapi sambalnya aku tak jumpa.
aku bukak satu periuk ni nampak la macam sambal nasi lemak tapi tak pasti sebab warna oren pekat tak macam sambal.
nampak macam lada blender belum tumis.
pekat kosong tak de nampak minyak atau serpihan lada.
pekat likat halus sungguh.

jadi aku tanya la akak pekedai tu sambal nasi lemak mana? dalam periuk tu ke? sebab dia hidang dengan periuk tu.
dia cakap sambal dalam periuk tu.
aku dengan penuh ragu2 ambil la sambal tu dan kemudian duduk.
sebelum makan aku cium dulu bau smabal tu. tak macam sambal nasi lemak pun.
ragu tu masih ada lagi.
last2 aku rasa sambal tu tak masam, tak masin, tak pedas.
rasa macam lada tapi macam tak bertumis.
aku doa je banyak2 supaya tak sakit perut. kita dalam perjalanan ni doa je banyak2 semoga tak apa2 sebab kalau sakit perut susah kan. tergendala segala agenda kita.
makan je habiskan nasi lemak lepas tu terus ke Under Water World Langkawi.

Alhamdulillah.. tak sakit perut pun.
perjalanan ke Under Water World pun lancar walaupun dalam perjalanan tu hujan tapi tak berapa lebat.
sampai je kat sana masih renyai tapi dah tak kuat pun.
sampai2 je aku pelikkkkk kau.
yelah, lama sangat tak datang jadi bila datang sekarang dah lain kemain bentuknya.
rupa masih sama tapi kawasan depan dia dah sempit. dulu luas kau. boleh ambil gambar orang dan nama underwater tu penuh bangunan boleh nampak.
sekarang dah tak boleh dah. wuuuuu...



tu gambar tiket masuk Underwater World sekarang means tahun 2018. untuk tahun ni tak check lagi kalau ada pertambahan harga tiket.
aku tak beli tiket guna voucher atau apa2 medium yang boleh dapat tiket murah.
aku just walk in je jadi harga tiket walk in untuk dewasa adalah RM36.00 dan untuk warga emas RM29.00.
warga emas tu kalau tak silap aku 60 tahun ke atas.
tapi kalau beli tiket online harga RM33.00 untuk dewasa dan tak ada cerita untuk senior citizen.
untuk kanak-kanak je murah sikit RM23.00 untuk kanak-kanak berumur 3-12 tahun. 12 tahun ke atas semua harga dewasa.




gambar bawah ni tiket untuk warga emas. RM29.00 je. untk dapatkan harga ni kita perlu bagi IC kita pada penjual tiket dia akan sahkan kita warga negara dan umur sekali.
jadi sesiap dia tahu kita warganegara dan umur berapa untuk pembelian tiket.


lepas tu masuk je di sambut dengan flamingo warna pink macam dalam gambar kita selalu tengok tu.
flamingo tu stay je kat satu tempat. tak bergerak sampaikan ingat patung. hahah
ada ayam-ayam apa juga kat kawasan tu.




belah kanan ada akuarium ikan. ikan apatak pasti. akuarium melengkung.




lepas tu ada la juga haiwan2 macam kura2 apa tah.
monyet kecik yang di kawasan dia.
tapi yang paling menerujakan adalah PENGUIN!
sekarang underwaterworld ada penguin tau. banyak ekor. kemain dia menyelam depan kita.
geram tengok.
kawasan penguin ni besar juga, dan akuarium sampai bawah jadi kita boleh nampak la penguin menyelam tu.





kalau untung dia tengah berenang kita dapat snap gambar macam ni.
sebenarnya dia berenang laju jadi gambar cepat blur.
dah la tak berlamu sangat kawasan tu. jadi shrapness hp pun kurang la.

sebelum tu ada anjing laut juga.
akuarium dia sama macam penguin tapi aku susah nak ambil gambar.
sebab dia pun berenang laju sangat tak sempat nak snap dan gambar jadi blur.
hp aku pulak cap ayam memang la tak sharp.
hahaha. sedih.



anggap je la nampak anjng laut tu.
ish2.
sabar je la.




lepas penguin ada dokumentari pasal paus, siput dan macam lagi haiwan laut.
masuk lagi nampak king crab macam ni. besar, dan ada 3 ke 4 ekor macam tu.
sungguh la besar. 
aku terbayang kalau dimasak kemain besar puas kau.
tapi sedap ke isi dia? hahahaha

masuk-masuk lagi aku tak sabar nak ke bahagian akuarium yang ada atas kepala tu
yang nampak semua atas tepi semua ikan tu. haha
dulu masa aku ke sini masa umur 9 tahun masa tu aku demam
sentiasa pakai baju sejuk sebab kat bas sejuk
turun bas pun mak aku tak bukakkan baju sejuk
aku aku pakai baju sejuk kemana je aku pegi


aku ingat lagi dalam ni masa nak ambil gambar dia kata NO FLASH.
tapi zaman dulu kalau no flash tepat gelap tu maknanya kau tangkap gambar apa aje lah weh?
sebab dulu pakai kamera lama ada filem, dan flash kuat.
kalau cuaca terang tak flash tak apalah kan?
so, sema orang guna flash dan alhamdulillah ikan tak mengamuk dan masuk wujud sampai sekarang
aku ambil gambar dekat atas bahagian cermian tu ada kawasan macam cermin dan boleh brdiri sebab budak kecik dan rendah jadi kena  la naik atas tu.
ramai budak yang diambil gmabr naik atas tu.
aku ambil gambar dengan ikan kerapu. besar sangat.
masa tu aku takut jadi aku peluk abah aku haha.
so sekarang aku ambil lagi. cuma aku dah besar.




sampai akhir keluar UWL tu ada kedai coklat. 
kedai untuk souvenior UWL sendiri dah erubah banyak jual barang dari China which istak macam aku pergi 20 tahun dulu yang jual baju, keychain dan macam2 merchandise dari UWL.
macam baju, cap, mug, keychain, fridge magnet dan macam-macam lagi la kan.




ini ikan jerung. kalau dalam bahasa nelayan ikan yu.
sebab aku cucu nelayan aku panggil ikan yu.
ikan yu boleh di makan ye. enak dibuat kari makan bersama mee lidi. fuh..
terbayang gitu.


ini ikan yu pasir atau orang nelayan panggil yu 'bodoh'
sebab apa oang panggil yu 'bodoh'?
sebab ikan yu ni hanya dia dasar laut dan tidak ganas.
biasanya dia duduk di kawasan yang tak terlalu dalam dan bersama kelompoknya.
ikan yu ini mudah ditangkat sebab tak ganas dan melawan.
sama macam tangkap ikan biasa.




ok dah last2 tu ada la akuarium kecik-kecik ada bela hidupan laut kecil macam kuda laut ni
sangat cantik warna kuning dan bergayutan di pokok kecik.
boleh ralit dengan tengok kuda laut ni aje.





dari jauh tahap ni je mampu aku ambil gambar
depan ni parking kereta. dan berbayar ye.
berapa ringgit aku tak ingat.


3# MAKAM MAHSURI


tempat ketiga aku pergi adalah makan mahsuri
kawasan dia jauh kedalam makan mahsuri ni
sampai aku rasa macam jauh sangat nak pergi ke dalam kawasan kampung macam tu
masa tu aku drive kereta, akak aku tengok maps
aku macam tak percaya kat kakak aku tngok maps
rasa macam jauh sangat
ke sebab maps guna jalan jauh tak tahulah







ini adalah salah silah Mahsuri sampai ke Wan Aishah yang sekarang ni warisnya.
cantik Wan Aishah ni
manis je orangnya





dan inilah makam mahsurinya
lain sangat 21 tahun dahulu
dulu sekelilingnya lapang macam kubur biasa
sekarang sekeliling kawasan kuburnya dan di buat binan batu dan laluannya semakin lain
haaa.. ada sebabnya tu.
kalau dulu kurang ramai pengunjung sekarang banyak yang datang dan melakukan pelbgai perkara yang tak boleh dilakukan
bukan semua orang tahu adab dan adat Melayu
malah orang Melayu juga ada yang tak tahu adab mengunjungi kubur
jadi pihak pentadbiran Mahsuri buat jadi macam ni







ini pulak rumah Mahsuri
yang telah dibaiki dan dibina semula
sebab yelah, benda dah lama
rumah ni macam rumah kayu lama
cuma sedikit rendah tapi tiang kakinya tinggi
makcik yang sedang menyapu tu memang cleaner kawasan ni
mungkin orang kampung sekitar dan bekerja untuk Makam Mahsuri
biasanya begitulah





selain daripada rumah Mahsuri, ada juga 2 rumah lain yang terdapat dalam kawasan Makam Mahsuri ni
aku dah tak ingat ini rumah apa dan siapa duduk tapi rumah ni masih elok dijaga macam rumah kayu sebenar masa dahulu





entah kenapa aku bediri tegak je blakang telaga tu
dah macam wakil rakyat nak merasmikan telaga je. hahaha
telaga tu masih boleh di timba tu tmba kuning tu ada sila la timba sendiri
tapi kalau tak reti timba dia dah sediakan air telaga siap timba kat sebelah dan dah dibotolkan pun
tinggal gun dan minum je
macam yang orang tahu, air telaga ni rasa payau dan sejuk
penuh mineral dan galian sebab dia segar dari dalam tanah dan terus ditimba
aku masa kecik ada juga perigi dekat rumah
satu dalam rumah satu luar rumah
dalam rumah untuk kegunaan bilik air dan dapur. memang perig tu diantara perigi dan dapur
bawah bahagian gelung perigi tu di simen jadi dinding dan atas tu rumah kayu
penutup di kedua belah bahagian tu adalah kayu juga
jadi kalau musim kemarau tu air perigi ada dan perigi dalam rumah
senang digunakan untuk memasak di dapur dan digunakan untuk mandi atau mencuci di bilik air
genius kan orang dedulu?
sayangnya aku tak ambil gambar dulu kat rumah tu
rumah lama kayu tu pun dah lama roboh sebab dah kena makan anai2 dan dah buruk sangat




pemandangan belakang perigi Mahsuri ini
ada sawah padi dan gunung yang aku tak tahu gunung apa
tapi pemandangan ini sangat mendamaikan dan menenangkan






rumah paling besar dalam ni adalah rumah penghulu
biasanya kalau orang dulu penghulu tu lebih berduit dan lebih berada sikit orangnya
biasanya dia dari kalangan atau keturunan orang kampung yang ternam atau berada
jadi rumahnya agak besar dan tinggi
tngok banyak ukiran dekat depan rumah penghulu ni kan.
ukiran tu biasanya tukang rumah buat sendiri
ketinggian tiang dan kualiti kay juga main peranan
masa aku datang ni ramai orang naik atas rumah tapi aku ta naik
rasa macam nak tegok dalam rumah tapi malas bersesak dengan orang lain dalam rumah 
jadi aku ambil gambar luar rumah je


4 # GALERIA PERDANA


Trp holiday aku ni trip orang tua dan trip orang suka sejarah macam aku
jadi haruslah la pergi galeria perdana
dulu pernah pergi galeria perdana ni
jadi kali ni nak pergi juga la kononnya
sampai je sana aku macam pelik sebab sunyi sangat
tak ada pengunjung pun parking je banyak
yelah, benda dah lama kan
kalau dulu benda baru masih semangat la orang nak pergi
tahun 1998 kan masa Sukan Komenwel kan
masa tu Malaysia popular sangat dengan trademark orang utan tu







trip Langkawi ni aku kurang ambil gambar sebab aku yang drive pergi sana sini
selalunya kakak aku yang drive aku yang tengok maps 
tapi masa tu akak aku pening jadi dia suruh aku drive
tiket dah beli sebulan dulu lepas tu seminggu sebelum tu akak aku pening gila kepala dia
tak datang sekolah seminggu
lepas tu cermin belakang kereta dia pecah pulak jadi semakin la tak pergi sekolah




 yang aku suka pasal Galeria Perdana ni adalah rekaan bumbung dan lantainya
bumbungnya seperti rekaan masjid lebih tepat rekaan kubah
gambar atas tu bumbung/siling bangunan ini. cantik kan?
gambar bawah tu pulak lantainya yang carpet
cantik sangat design dia kan?
carpetnya lembut tebal tapi nampak bersih
memang la benda diselenggara tapi agak kagum disitu




kebetulan aku sampai tak berapa lama ada sekumpulan pelancong dari China datang juga dan buat lawatan tanpa juru bahasa
pelancongnya pula warga separuh umur dan tak pandai berbahasa Inggeris apatah lagi Bahasa Melayu
jadi ada satu beca ke kereta kuda macam tu cantik sangat siap ukiran dan warna warni
dah ditulis 'DO NOT SIT' tapi aihhhh.. dia duduk juga. adui..sabar je la.
lepas tu pelancong ni cakap kuat2 pulak tu. waduh..





koleksi kereta pemberian orang kepada Tun Mahathir atau kereta keluaran pertama dan Tun dapat hadiah atas perasmian atau juga cenderahati sebagai perasmi, Perdana Menteri atau sebagai wakil negara
gituh..yang best kita tengok kereta terpamer ni elok je canrik bersih
kereta aku jangan cakap la teruk gila berhabuk semua


esoknya  hari terakhir di Langkawi kononnya sebelum fly petang tu balik Johor nak ke cable car 
sampai cable car pukul 10.15  pagi dah tak ada parking guyssss...nangis!
kena parking tepi2 jalan
tepi jalan kawasannya tak rata, licin bru lepas hujan, selut dan kecik dari tepi jalan ke longkang tu
takut pulak aku
lepas tu nak kena beratur untuk tunggu turn untuk naik cable car
aku tak pasti sempat ke tak nak duduk lama2 kat situ memandangkan tiket aku tengahari pukul 2 macam tu
kena pulang kereta sewa lagi
takutlah tak sempat
parking pun tak ada jadi kita tak turun pun
sedih kan dah sampai tak turun pun






jadi terus ke airport
tunggu orang kereta sewa datang ambil kereta dan pulang kereta
aku terisi minyak banyak mas datang, sebab tak biasa dengan kereta ada ECO ni
ereta ECO ni pakai minyak sikit je tapi slow kalau nak naik bukit ke apa
mungkin kereta tu dah lama atau dah berat. hahahha
aku tak paki kereta ECO minyak memang banyak la
aku tu pulak lenjan sampai 130 kat highway mana la tak cepat habis minyak


tapi pakcik aku pakai kereta ECO
aku selalu bawak kereta dia tapi tak reti kalau dah tekan ECO tu
jadi slow sikit kereta kalau pakai ECO
lambat pick up haha.
dah tu sepupu aku ajar la macam mana nak off ECO tu jadi pakai macam biasa je
masa dia ajar tu aku ingat lepas tu dah lupa. haha.
esok2 kang aku tanya lagi.





balik dari Langkawi terus balik rumah
kereta kan aku park kat airport Senai tadi
lepas bayar parking terus la aku balik
sampai kawasan dekat rumah semua cari makanan
ni aku makan nasi goreng cili padi kat satu kedai ni
sekali sampai cili padi dia banyak gila
rasa sedap tapi pedas wei
betul menggila cili padi dia
sampai abah aku rasa dia cakap pedas ni takut sakit perut
tapi aku makan je la dah order kan
tawakal selawat banyak2 supaya tak sakit perut
Alhamdulillah balik rumah sihat tak sakit perut pun


maka berakhirlah misi ke Langkawi tahun lepas
tapi tak sempat ke cable car so next time ke Langkawi mesti ke cable car, kilang minyak gamat.
tu yang tak dapat pergi
pantai2 ni aku tak perlu sangat nak tengok sebab pantai kat kg aku ni pun setahun tak sekali aku tengok

TIPS:

COKLAT : Beli dekat Underwaterworld tu kawasan jualan coklat dia sebab kat situ lebih murah. Murah dari beli kat Mall Haji Ismail Group dan paling mahal kat Jeti Kuah.

HOTEL/RESORT : Pilih kawasan yang ada kedai makan lagi senang nak cari makan. kalau hotel murah sangat kadang sekitarnya tak ada tempat makan. survey dulu sebelum booked. 

CABLE CAR : Datang seawal mungkin. Tempat ni bukak pukul 10 jadi datang sebelum pukul 10 untuk mudah dapat parking dan tak jemmed dengan bas. lagi-lagi kalau waktu cuti.

KERETA SEWA : Sewa kereta yang dah biasa pakai. Kalau kereta tu ECO sila jangan isi inyak banyak sangat. Langkawi tu bukan besar mana pun. hahaha. 

LUGGAGE : Kalau pergi bawak hand luggage je aku nasihatkan balik tu beli la luggage atas satu nama. sebab balik tu banyak beli coklat dan segala mak nenek nak bawak balik. tu belum inyak gamat, tuala, tshirt, keychain apa segala lagi. hahaha. kalau nak jimat tak nak pun tak apa tapi tak boleh beli banyak la. dapat beli sikit je macam aku. menyesal juga. kihkih

TICKET FLIGHT : Aku tempah dalam 1 bulan awal. kereta pun sama. tapi tak bermakna dapat murah. pandai2 la survey. aku cadangkan korang rajin bukak web flight kalau nak tiket murah. masa aku booked tak murah sangat sebab aku terbang dari Johor ke Langkawi terus. Tak nak transit jadi tiket mahal sikit. kalau dari KL lebih murah biasanya.


sekian serba sedikit cerita aku ke Langkawi walaupun dah setahun. 


Terima kasih baca!








No comments: