Happy Cat Kaoani -->

Sunday, July 29, 2018

Persepsi Orang Tua vs Persepsi Orang Muda





Assalamualaikum..



aku terpanggil nak cerita pasal persepsi/pandangan orang muda dan orang tua
sebab aku ada dengar cerita yang sedar aku kerjanya on call
budak perempuan baru habis belajar dan kerja on call
position semua aku tak pasti pulak
yang pastinya bukan doktor la


aku tak kesah bab kerja apa
semua kerja yang halal dah kira bagus 
yang aku dengar budak perempuan ni kerja kat pejabat kot tapi selalu travel
means travel tu untuk ganti bos masuk meeting, untuk itu ini atas urusan kerja


kadang2 on call tu waktu tak kena gaya
pukul 2 pagi call suruh pergi airport ganti bos 
tengah pergi shopping anak beranak kena balik sebab dia on call
tengah sedap tidur kena bangun
tengah attend kenduri kawen sedara mara kena balik cepat
kau tahu la kenduri rumah sedara opkos la lama nak berbual apa semua ni
ni kena balik cepat2 sebab budak tu nak kerja.


benda macam ni mak ayah atau orang tua tak suka biasanya
nak2 benda yang tak tetap ni
orang tua ni suka kerja waktu tetap dan ada cuti tetap
macam pergi kerja pukul 8 balik pukul 5. ada cuti hari sabtu ahad atau jumaat sabtu.
tapi mesti tetap.
tak boleh tak tetap macam ni orang tua tak suka.


nak di jadikan cerita budak ni suka kerja dia
sebab dia dapat travel naik flight seminggu banyak kali
dia suka travel duduk hotel mana2 atas dasar kerja tu
rasa syok seronok la macam pergi holiday tapi konon kena kerja
tapi aku percaya lebih kepada seronok je 
sebab dia ganti bos bukan dia bos
wakil sahaja rasanya 


budak tu muda, jiwa muda, darah muda
dulu study pun mak ayah dia tak bagi jauh2 sebab mahal belanja
belajar dalam 1 negeri je travel naik bas dalam 2 jam je dari tempat study dengan rumah
dia tak keluar pun dari negeri sendiri
tak nampak dan tak bebas


jadi bila kerja dapat travel sana sini macam ni opkos la dia suka sangat
walaupun gaji tak besar mana tapi kau dapat berjalan naik flight duduk hotel ganti bos meeting sana sini mestilah budak tu menggila suka tak nak tinggal kerja dia
sampaikan nak cuti pun payah
sebab kerja lebih pada on call
jadi susah cuti


jujurnya aku pun suka lifestyle macam ni
travel sana sini
cuba banyak perkara baru buat kau pandai dan berpengelaman
lagi2 aku kos tourism dan perhotelan jadi aku suka la bidang2 ni
tapi malangnya memang mak ayah orang tua tak suka kerja macam ni
dia risau keselamatan kita 
kau pikir la kalau kau kena travel ke aiport malam2 sorang mak ayah gerenti risau
tu belum lagi dekat tempat orang
lagi mak ayah risau
sebab kau tu PEREMPUAN
sedangkan lelaki mak ayah bising kalau kerja on call sebab tak ada masa untuk keluarga
siang macam malam
malam macam siang tak ada beza
hidup tak bercampur dengan sedara mara sebab sibuk on call, tak boleh nak bersosial dengan family, sedara mara, orang kampung, jiran semua payah sangat
sebab kau on call


kalau kerja dokter tu tak boleh cakap la
memang gaya tugas dia macam tu
belakang kira


dulu aku pergi iv kat travel agent job scope tu kena bawak tour pergi oversea 
bawak sendiri, kita as a tour leader dan tour agent.
semua urus sendiri walau apa terjadi pada customer kau.
kalau pergi luar negara yang barat pastu susah berbahasa inggeris payah juga la
end up travel agent tu tak ambik aku pun
sebab aku pergi iv dengan mak
masa iv tu mak boleh dengar dia tanya soalan pada aku
then dia aku tekankan pada masa u kerja nanti tak boleh duduk dengan mak la, tak boleh dengar cakap mak la, and so on semua tak boleh.
masa dia cerita tu macam semua benda pasal keluarga kau kena ketepikan
aku depan dia haah kan aje la dah dia  tu kalau tak kang dia mengamuk pulak
kalau korang nak tahu yang iv aku tu perempuan tak kahwin umur dah lanjut dan dia tak pedulikan family dengan mak dia sampai mak dia meninggal dekat rumh kakak dia baru dia balik tengok.
lepas tu dia nak aku buat macam tu jugak dekat mak aku?
memang tak la aku macam ni, walaupun aku tak manja sangat sebagai anak bongsu tapi aku tak ada  niat langsung nak buat macam tu kat mak aku.
kerja apa sampai kau tak pedulikan orang tua? keberkatan kerja kau tu letak kat mana??


aku suka travel, aku suka kerja yang buat aku bebas, happy dan senang nak melancong tiap masa.
aku suka kenal ramai orang, aku suka uruskan event tapi tak adalah aku pikir sampai tak hiraukan keluarga aku.
tak pedulikan sedara mara sakit, kahwin, lahir, meninggal, kenduri apa semua aku tak peduli. mana boleh dowh. 
kau hidup kena bersosial dalam keluarga, dalam masyarakat, dalam taman kejiranan tempat duduk kau.
kau bukan make friends dengan orang yang kau kerja je. BUKAN.


itu sebenarnya mak ayah tak suka kerja on call tu
kalau kerja macam tu sedikit sebanyak kau kan tak pedulikan orang lain
sikit sebanyak kau akan jadi macam kera sumbang, hidup dengan kerja kau je.
kau mekar dalam kerja tapi kau tak pedulikan keluarga.
sebab orang tua ni suka kalau bercampur dengan sedara mara, suka pergi kenduri kahwin, suka pegi tengok orang sakit, ada baby lahir semua tu.
mak ayah suka kerja yang seimbang.
hari kerja kau kerja. time hujung minggu jumaat sabtu atau sabtu ahad kau pergi la kenduri kahwin, pergi shopping, pergi ziarah keluarga apa semua.
ada masa dengan kerja dan keluarga secara rapi bukan unplanned punya cuti.
orang tua tak suka biasanya benda mendadak dan suprise ni.
macam kita kang tetiba ada cuti free sikit time tu terus booked flight lepak sehari dua kat Lngkawi la, kat Sabah la tanpa plan. kan? kan? 


mak ayah ada banyak benda nak pikir.
dia punya pokok bunga lama tinggal tak berjirus, dia punya binatang tak kira la ayam itik lembu kambing atau kucing dia tinggal dia risau tak makan. 
belum lagi risau tinggal rumah lama.
belum lagi rupanya mak dah ada plan nak pergi yasin rumah makcik itu minggu ni, akikah cucu si anu pulak malamnya. siang esoknya ada majlis meraikan haji hajjah nak ke Mekah. 
itu hidup orang tua. kau tak boleh sangkal
kau tua nanti kau akan macam tu, benda tu la yang gembirakan hati kau.
majlis macam tu la buat kau bercampur dengan orang kampung/taman. 


nasihat aku kalau kerja seimbangkanlah
dengan kerja dan dengan keluarga kau
dengan mak ayah kita, mak ayah mertua, dengan anak, suami, dengan adik beradik kita, dengan adik beradik ipar.
time raya kau kena beraya konvoi ikutlah family pergi rumah sedara.
time kerja kau kena tinggal mak ayah semua kau tinggal kejap dengan niat nak kerja.
bahagi masa la jangan la campur aduk semua.
tak syok jugak dowh orang raya makan rendang kau kat tempat kerja makan biskut dengan air kosong.


 demi nak kejar harta dunia sangat jangan lupakan akhirat kita juga.





No comments: