Happy Cat Kaoani -->

Sunday, July 29, 2018

Dunia Baru Yang Sementara






Assalamualaikum


dalam 4 bulan sebelum ni aku kerja jadi cikgu gantu sekolah menengah dekat kampung aku
lebih tepat lagi sekolah lama aku guys.
aku tak adalah la seronok sangat tapi serius mengimbau masa sekolah dulu.
aku pun dulu sekolah dekat sekolah ni dari tingkatan 1 sampai 5.
tingkatan 6 je aku sekolah dekat sekolah jauhnya dalam 1 jam dari rumah dan duduk asrama.
mujur duduk asrama tak lama 18 hari je kalau tak boleh sawan aku.


okeh berbalik cerita jadi cikgu ganti sekolah ni.
kakak aku pun kerja kat sekolah lama kami ni.
dia yang suruh aku apply jadi cikgu kalau aku minat sebab aku tak dapat kerja lagi.
jadi aku cubalah nasib kalau ada rezeki untuk jadi cikgu ganti sekolah sendiri.
sebab memang tak susah pun nak jadi cikgu ganti, janji ada keperluan dari sekolah, maka adalah kerjanya.
kerja aku senang je relief kelas dan jaga murid jangan nakal or bising. 
tak perlu mengajar buat setakat ni. almaklum la aku pun bukan ada ijazah perguruan. aku ijazah biasa je.


lepas dapat jadi cikgu macam biasa la pergi kerja memula dengan akak je.
makan pun dengan akak.
dia ajar la macam mana apa semua.
al maklum aku baru kan, tak sama la keadaan masa aku sekolah 10 tahun lepas.
cuma aku tahu la bangunan mana apa semua sebab bangunan tak berubah pun, cuma bilik tertentu je berubah.


aku start jadi cikgu dari bulan 3 haritu sampai bulan 6.
cuti raya seminggu dua then sambung semula sebab ada cikgu bersalin.
sambung ni 2 bulan je pun sebab cikgu yang kali ni bersalin cuti 2 bulan je.
sampai hari raya haji je ni tapi okelah.
boleh jugak mengisi akaun bank aku.
kehkeh


jujurnya masa memula aku kerja masa bulan 4 macam tu aku rasa tak suka sangat2 dengan profession guru ni.
aku tak suka nak berada kat sekolah lama aku.
aku tak suka berada di memori lama aku.
aku rasa bosan.
aku rasa lemas dan sesak.
dan lebih tepatnya aku rasa tak berkembangnya otak aku
aku rasa aku sentiasa di takuk lama dan kawasan paling selesa aku pernah ada.
aku jadi benci, menyampah dan meluat sekejap.
jujurnya aku tak suka sekolah.
cuma belum masanya berhenti la.


aku rasa macam tu sebab aku keadaan sekolah tu makin buruk dan teruk.
sekolah tu lama sangat dah dari tahun 1960 tu yang jadi macam tu
kau tahulah macam mana keadaan dia kalau dah lama sangat kan.
macam tandas yang tak best, pejalan kaki yang dah pecah kena hujan.
kalau hujan ada certain tempat tu berair macam banjir dan banyak lagi kawasan yang tak best dalam sekolah tu.
kantin pulak makanan  dia sama je hari2.


masa aku buat praktikal semua best2 tempatnya jadi aku seronok.
masa diploma aku praktikal dekat pejabat pelancongan negeri. 
memang la tak gah pun tapi at least kawasan tu seronok juga la. 
ada meja sendiri, ada tempat nak lepak makan, makanan pun sedap kalau boring jugak kau keluar la makan dekat kedai luar.
tang toilet pun ok, bersih dan terjaga.
surau pun ok je selesa ada tempat wuduk dalam surau.
sama2 boleh solat gilir2 walaupun telekung tak provide tapi lebih selesa pakai telekung sendiri kan.
jadi aku tak kisah bab nak kena bawak telekung sendiri tu.


praktikal degree pulak aku dapat kat hotel.
tak boleh pertikaikan lagi la hotel kan. hotel tu pulak sebelah convention centre. 
makanan sedap, toilet helok kemain nak2 toilet staff front office, tempat bilik salin pun besar, kantin dia ok je makanan malah sedap sampaikan aku tak perlu nak pikir nak makan apa kat luar sebab ok je aku makan sedap hari2 sampai boleh tapau kalau shift malam tu.
so aku sangat senang dengan keadaan yang bersih, kilat, wangi sentiasa tu.


lepas tu kerja hotel lagi tapi hotel kali ni kecik sikit dan facilities dekat hotel ni boleh di katakan agak tak best.
walaupun aku tak kerja hotel lain tapi pada aku ni agak tak best untuk taraf hotel.
aku bukan mintak red carpet pun tapi yelah keadaan dia tak menyenangkan hati hati.
toilet dia jauh, tak terurus, surau pun tak ada tempat wuduk untuk wanita, kantin jauh dan perlu tempuh hujan ye anak2 kalau nak pergi kantin makan, ke surau dan toilet.
ye anak2 pergi surau perlu berkasut penuh kalau kau kerja bahagian front office dan berbaju hotel.
kau ambik wuduk dengan kasut tumit dan stoking penuh dekat toilet lepas tu baru pergi surau ye anak2 dengan perlu bertudung penuh semula sebab lalu depan kantin ramai pekerja lelaki.


toilet pulak satu je sesuai guna, satu lagi tak sesuai sangat sebab tak ada flush, air menitik and so on. singki dalam toilet ada tapi cermin kena tanggal letak kat toilet guest.
surau kecik tak apa tak ada masalah pun ok la surau kan. 
kantin pun ok je makanan pun ok sebab aku orang kampung tak kesah pun makan ikan goreng 2 ekor tapi ikannya jenis ikan pelata yang kecik 2 jari dan boleh ambik2 ekor je. 
makanan tak ada masalah pun. 
cuma facilites untuk staff macam toilet n surau jauh tu susah sikit buat aku tawar hati. 
buat aku tak boleh solat dengan tenang kat sana. beberapa kali aku solat then aku tak boleh solat sangat sebab waktu makan bukan pukul 1-2 pun.
waktu makan dalam pukul 11-1 je.


jadi aku bertahan kerja dalam 2 hingga 3 minggu je pun.
sebab tak boleh solat tu aku jadi libang libu sikit hati ni.
faciities dia pun tak menambat hati aku. ada juga sesetengah pekerja yang memandang aku sinis.
ye sangat sinis. sampai aku tak selesa.
ada pekerja lama pun tegur aku macam aku ni macai je kats itu. yela, aku baru.
dan yang paling aku tak berkenan dengan enviroment kat situ pekerja lain dept punya mentaliti sangatttttt negatif. 
nampak aku jalan pun sindir2 aku cakap aku gemok, anak 3 orang macam akak tengah mengandung la apa la.
ye, aku tahu aku tak kurus, aku gemok. aku tak lawa. tahu la. 
tapi masalahnya kau pun bukan iras zul ariffin, shahrul ridwan atau sekurangnya adi putra pun.
tapi mengutuk aku ya rabbi, depan2 kau. tak de selindung langsung. kalau belakang2 aku tak kesah sangat aku ok je. bukan jenis melenting pun tapi kalau depan aku kutuk baik punya aku tak melawan cakap pun dah kira bagus dah. aku jawap elok2 depan dia pun dah besar rahmat dah. 


bertitik tolak dari itu memang aku dah tak senang kerja so aku berenti je.
dengan tak ada uniform sebab tak ada size.
sampai manager resort tu pun ingat aku praktikal student bukan pekerja sebenar. 
sebab aku pakai kain hitam and kemeja putih. 
masa aku prkatikal kat hotel JB tu student praktikal tu pun pakai baju pekerja sebab baju uniform tu ada banyak sangat boleh pilih saiz apa nak. tak elok boleh jahit sikit. 
semua ada, mesin jahit ada, tukang jahit baju semua.


banyak sangat aku membebel ni macam sejenis luahan hati yang entah diperam berapa tahun dah ni.


jadi masa masuk balik kat sini sebagai guru pula aku rasa sama tapi lain.
sama sebagai warga sekolah ni tapi dalam masa yang sama di perlakukan dengan hormatnya sebagai guru.
dulu masa sekolah au ni jenis manusia yang sangat pasif. boleh dihitung berapa kali je aku ke pentas untuk buat persembahan tu.
kalau untuk ambil hadiah tu adalah jugak tapi tak selalu.
kali ni aku di greet oleh student yang dah berbeza cara dan kehidupan.
aku rasa lain.


dah terbiasa dengan kawasan hotel yang bersih dan kemas.
segalanya selesa dan staffnya baik2 masa degree dulu aku jadi pampered.
sungguh seronok bekerja di sana walaupun hanya praktikal.
di layan sama seperti pekerja biasa dan semuanya baik2.
tipulah tak ada puak2 kan dalam company, of course ada tapi aku tak kisah yang penting yang berkait dengan aku semua baik2.


yang aku pelik la, orang yang tak di sukai orang macam ada certain perangai dia or gaya dia yang seksi tu yang baik dengan aku.
masa praktikal diploma gitu dan masa praktikal degree pun gitu.
masalahnya aku tak ada masalah pun berkawan dengan diaorang tu. relax je malah rapat pun.
tapi orang pandang serong. sampai orang boleh tanya, macam mana aku yang pendiam, tak lawa, tak seksi ni boleh kawan dengan diorg?
aku sendiri tak ada jawapannya. sebab diaorang approach aku dengan baik dan aku ikhlas kawan dengan diaorang tanpa balasan pun.
tak jadi masalah pun.


now dekat sekolah ni ade sorang murid ni tingkatan 3. dia suka duduk sebelah aku kalau aku masuk kelas dia. aku masuk biasanya relief je dan aku tak mengajar jadi semua orang akan main, relax dan semabang je sesama sendiri.
asalkan jangan merayap, atau sampai ada perkara yang tak di ingini berlaku.


budak ni dulunya berlagak, muka bongkak, sombong, kadang biadap dengan cikgu, kena buang asrama, kena tangkap dngan bermacam hal.
tapi bila sama berbual dengan dia aku dapati dia sebenar nak belajar cuma jenis suka explore dengan perkara baru yang dia teringin nak tahu.
dia ada cakap dia risau pt3 sebab periksa besar. nak masuk asrama semula form 5 nanti sebab nak SPM.
dia ada jugak cakap nak sambung belajar vokasional bahagian baik pulih motosikal sebab suka moto.
aku sokong cakap bagus, ajak sembang pasal kakak2 dia masuk belajar mana semua. dia tahu mana kakak dia masuk belajar.
aku cakap belajar kat kolej ke institute pun boleh buat awak pandai baiki motosikal. kalau semua nak jadi kerjaya bagus siapa nak betulkan motosikal. ye dak?
aku tahu dia tak suka baca buku tapi dia bukan tak pandai sangat. dia ok2 juga, cuma nakal tu je.


sampai semalam kawan dia tanya yang boring tak kat kelas tak belajar tak apa semua.
dia boleh jawab
"aku boring jugak tapi ada cikgu aku tak boring la"

dalam hati aku pelik juga kenapa dia cakap macam ni padahal aku tak buat apa2 pun dekat dia.
elok je aku layan dia macam orang lain.
pada aku dia ok, tak annoying dan tak suka memaksa.
tak memberontak pun sebenarnya kalau kita approach elok2.
entahlah. janji di tak buat hal dalam kelas aku cukup.


banyak sangat aku menulis ni.
melepaskan gian ke macam mana  ni? haha





sekolah aku.
dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 dekat sini.
lepas tu mencuba nasib pun dekat sini.
sekolah ni dulu sekolah mak dengan abah aku juga.
semua sekolah sini.
anak orang sini semuanya.






serba sedikit sekolah aku
bukan tak nak tunjuk banyak cuma malas nak edit. kahkah
dah tak berapa cun sangat contidition sekolah ni sebab dah lama kan.


aku dah tahu dah kenapa aku lemas, bosan dan menyampah dengan sekolah sendiri.
sebabnya aku tak ada kerja nak dibuat masa tu jadi aku bosan sangat
asyik mengadap muka budak sekolah je
dah tu masuk relief pun tak ada buat apa, aku pandang budak, budak pandang aku.
nak sediakan bahan pun dah bermodal kan sedangkan aku belum mampu bermodal.
jadi aku tak sediakan apa2 jadi aku tengok je bebudak ni.


naik raya aku sambung balik kerja dan banyak kerja sampingan yang aku buat.
macam tolong kakak aku buat itu ini.
so konon macam banyak sangat kerja aku.
kikiki
padahal tak banyak mana pun.


lepas raya ni aku masuk kelas rasa ok je
tak ade la rasa tak semangat ke apa
semangat tu biasa je la
semangat sebab dapat gaji je
selebihnya biasa je
hahahahha


next year sekolah ni akan berpindah
hujung tahun ni banyak la kerja nak buat
nak pindah barang satu hal
nak pindah file dengan dokumen satu hal
banyak kot file baru kena wujudkan atas nama baru


sekolah baru lawa
benda baharu kan
perabot pun baru
suasana baru
tapi yela, orang dan pengurusan lama la.
kita doa je yang terbaik.






No comments: