Happy Cat Kaoani -->

Monday, November 16, 2015

Buah Abui







Assalamualaikum..



selamat hari isnin dan selamat memulakan kerja. siapa dah kerja semalam pun selamat berkerja. siapa belum bekerja tu diam2 sudah. kahkah (akulah tu) 



harini tak tahu nak share apa tapi bila terpandangakn buah abui ni rasa nak share pasal buah abui ni. aku tak tahu apa nama buah ni di tempat lain. aku jumpa pun dekat Desaru Fruit Fram dan dipanggil BUAH ABUI oleh owner ladang. jadi ikutkan aje panggilannya. 


sebelum ni dalam setahun lepas aku ada beli buah abui ni. rasanya sedap dan manis. isinya macam jelly. makan pun kena guna sudu. lepas potong kena letak dalam peti baru sedap dan elakkan buah lebam. 


tapi baru-baru ni aku pergi dan beli buah abui ni rasanya sama cuma ada biji dekat dalam dan lain sikit la buahnya. ada biji besar bentuk macam biji ciku versi gemok. biji ciku nipis2 je, ni tebal dan gemok bijinya. besar. haaaaa.. terus rasa tertipu sebab lain dari beli dulu. yang dulu memang sedap lembut manis berjelly macam makan jelly kelapa giteww.





dekat kawasan aku buah abui ni bentuknya buat. seakan buah sentul kot. haha. entah. warna kekuningan dan kulitnya tebal.


isinya putih seperti agar2 transparent tanpa warna dan rasa manis buah. kulitnya tebal dan bergetah. cepat lebam bila kita potong. jadi lepas potong kena makan terus pakai sudu.







ini rupa buah abui yang dah di potong. bijinya berada ditengah dan berwarna hitam perang macam ciku. tapi besar. jadi macam kacau la bila nak makan kena keluarkan dulu biji baru boleh makan. hihi.


pada aku rasanya masih sama tapi ada biji dekat tengah besar2 dan banyak biasanya dalam 3-5 biji yang ada dalam setiap buah. bergantung pada saiz buah la.


tapi buah ni tahan, tak simpan dalam peti ais pun tahan berminggu baru busuk. tapi sayang yang tunggu busuk sebab dah abis dimakan. hihi.


pokoknya katanya besar macam buah pisang kaki. aku pun tak pernah tengok sendiri pokoknya sebab masa beli, dah siap display dan wrap cantik2 depan ladang. mana nak tahu kan. haha.


nanti ade next info aku bagitahu ye.




tata!





1 comment:

Ahlam Miera Shafie said...

macam pisang kaki.. tapi macam bukan.. hehehe xprnah jumpa lg nih buah ni...