Happy Cat Kaoani -->

Sunday, November 15, 2015

Hobi Baru: Berkebun! (Lah sangat)








Assalamualaikum...




rutin seharian aku memanglah membosankan. maka, tak de la update blog hari2. memandangkan aku juga bukanlah blogger terkenal, malas sangat macam mana nak terkenal ye dak? kuikui. 



kehidupan yang mudah tanpa kerja sekarang ni.



memilih? haruslah, kalau tak macam mana nak hidup tapi aku bukan jenis yang terlalu memilih. cara senang kita mesti la suka kan.



jadi sekarang hidup dengan dunia masakkan, pokok dan kucing. tu je. dekat fb aku pun gambar pokok, makanan dengan kucing. tu je la gamaknya. group lain tak masuk, kang kalau banyak group masuk sampaikan tak nampak news feed orang lain, nampak update group fb je.



dulu satu masa gila instagram. setiap waktu insta, apa barang pun tengok kat insta. suka sangat aih sebab senang bebenor, sekali lama2 bosan. masuk group masak and pokok kat fb dah melekat tengok fb je hari2. kahkah. lalang sungguh manusia seperti aku ini. 



semangat tanam pokok berkobar-kobar tapi apakan daya, tangan serupa bara, panas agaknya, tanam apa pun tak menjadi sangat. sedih iols. niat dah banyak, expectation kemain tinggi sekali benih baru hidup beberapa hari dah mati. aduyaiiiiiyerrrr...



ni nak tunjuk pokok yang ada dekat rumah aku. sesaja aku tanam. lain2 ada bawak dari rumah lama lagi, zaman2 nenek aku tanam. 




ini pokok rozel. rasanya ramai dah tahu kan? buah boleh buat jus dan jem. pokok ni kemain siap beli dekat Institut Pertanian Ayer Hitam masa pergi ekspo haritu. pastu wak aku kata, beli ke pokok ni? kat rumah wak banyak, ambik je la. haha.


tak apalah dah beli kan. haha. tapi bila buah banyak bukan buat makan pun. tengok je sukaaaa buah banyak.





pokok ni namanya tak tahu, macam kemboja pasir. selalu kalau tepi pantai tanah pasir banyak, bunga putih, pink, merah. ambik dekat rumah wak aku jugak. dia pun ambik kat pantai katanya. hihi.





pokok bunga balung ayam aku panggil. pokok ni hidup sendiri. yang aku semai2 kecik je naikkan dalam 2 inci berbunga. yang aku tak semai naik kemain tinggi sekaki lebih. berbunga besar lawa.




pokok bunga siantan kecik warna merah. tapi dalam gambar ni dah tak rupa merah sebab masa aku ambik gambar pukul 6 lebih, dah nak gelap. jadi pencahayaan tak lawaaa. kekekeke. bunga ni biasalah, banyak kat rumah, sekolah semua kan? hisap jarum2 dia lepas hujan.banyak maduuuu.. weee..


ada juga siantan jenis besar n warna pink tapi masa ni tak berbunga jadi tak ambik gambar.





limau kasturi baru nak berbuah, pokok limau orang siap buat kenduri aku punya pokok limau siap mati sebelum ni. tak tahu kenapa. tengah berbuah tetiba mati. penyakit ke apa pun tak tahulah. jadi ni beli baru, pokok baru. beli dekat Ayer Hitam juga rasanya. hihi





pokok bunga satay katanya. kalau bunga dia penuh nampak macam satay atau lavender. hahaha. tapi ni dah kering jadi bunga kurang la. 





bunga kertas yang tak meriah, hahaha. tabah je la uols. bunga kertas pun macam botak2 tak penuh bunga dengan daun. sedih sangat aihhh..





bunga pokok ati-ati. pokok  ni kecik je. sejak aku letak baja roti kemain naik lagi bunganya. siap ade lebah lagi datang hisap madu. awwww




rose jepun orang panggil. aku memula panggil pokok bunga pukul 9, sebab kembang pukul 9 cenggitu masa matahari naik. tapi bila kat group panggil rose jepun aku pun ngikot lerrr. haha




pokok bunga helicornia. kahkahkah. abaikan ejaan yang salah. malas google cari ejaan betul. tengok? dasar pemalas yang nyata aihhh. haha




bendi. cepat tua. dua inci dah tua. apekah? haha. daun jadi kuning2 tua tak tahu sebab apa. abaikan je la sebab dan bosan nak makan je petik yang 2inci tua. cissss.. geram betol.





bunga bawang or bunga lily. tak tahu mana betul. pokoknya bawah ada macam bawang kemudian bunga macam lily. ke memang lily? haha. pokok ni zaman nenek aku punya, dia tanam banyak sangat berbunga. bila banyak bunga cantik jugak. 





pokok jagung tanam semua biji dalam pasu, tumbuhnya 1 batang je. mak yang tanam, tetiba tengok ehhh! dah berbunga la, Alhamdulillah.. saja cuba2 tanam jagung dalam pasu tengok2 berbunga. berapa lama tunggu nak jadi buah ye? *jangan malas sangat, google sendiri pleaseee.. haha!*





bunga apa pun tak tahu, macam bunga loceng tapi warna maroon. haha. beli dekat pasar tani rasanya. bunga ni kalau banyak lawa. tapi dia meninggi baru berbunga cari matahari. hihi



sekian sahaja pokok yang berbunga. yang tak berbunga malas upload, nampak daun2 je tak best pulak untuk tontonan umum. kuikui. sebenanya tak suka bunga tapi bila semua hijau tak ada bunga mak pulak tak suka, boring katanya. makan marilah berbunga, sebab semua mak beli aku jaga je. hikhikhik




puas dah tatap bunga dalam gambar. moh la tengok bunga luar rumah. apa dah jadi kan bunga2 tu. semalam hujan. nampak tanah basah ni bagus cabut rumput. tanah tengah lembut. kalau tak nak cabut mau terduduk sebab tanah kering akar rumput panjang ke dalam tanah. haha.



cabut rumput manual je pakai tangan. malas bermesin sebab tanah sekangkang kera je pun. 





tata kesayangan!  jumpa lagi.









No comments: