Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, December 9, 2014

Hari Jadi?









Assalamualaikumm..





lamanya tak menulis. kekok rasanya jari jemari ini. gitewwww.. haaa.. sebelum terlupa dan dilupakan. iols nak bagi tahu, semalam bday iols. jadi tak ada apa berlaku. semua macam biasa. malam makan megi dengan air kosong. tragisnya hidup kau nyah! kahkahkah!




hahaha. alkesahnya semalamnya baru pergi Iskarnival dekat Nusajaya. jadi malas nak ke JB lagi dan lagi. hari ni rest je. esok tak tahulah. esok kena keluar gamaknya. haha. ade orang nak belanja makan. tapi tak tahu dekat mana. aku kena request. haha. TGI Fridays buleh? kahkah. mampuslah. mintak macam2. kuikui



hujung2 tahun macam banyak sangat kenduri kawen. sana sini semua nak kawen. bagus tau sebenarnya kawen cuti sekolah ni. banyak manfaatnya. selain semua orang dapat datang, bebudak pun tak sekolah. banyak bagusnya. haha. ramai2 boleh pergi kenduri. boleh sama2 rewang. kan seronok. antara keseronokkan kanak2 kot. haha



ala, nak cerita apa lagi ni? nak cerita apa? apa? haha. sangat tak membantu tau korang ni. tanya tak nak jawab. hahah.



aku rindu kawan2 aku dekat u. rindu nak lepak. rindu nak sembang2 dengan diaorang. rindu nak menepek dekat kedai mamak sampai pukul 4 pagi. rindu nk breakfast kfc kul 8 pagi. macam nak tercabut mata masa tu. malam balik rumah pukul 1 pagi. tapi kenapalah masa study dulu masa yang palingggggggg best aku rasa? haha. zaman tu kita besar. zaman tu kita dewasa. zaman tu kenal kawan. zaman tu semua rasa kena berdikari. kena berbaik dengan kawan. sebab kita ada kawan je masa tu. mak bapak jauh la biasanya. 




ramai dah kawan2 aku kawen. jangan tanya aku bila. hahaha. tak dapek den nak menjawabnya. ahhaa.





relax2. baru cecah 25. iols muda lagi okeh. kanak2 lagi. haha. dalam hati tabah je. haha..





esok kalau iols berjalan iols cerita okeh. babai sayang2 semua.






nah seketul gambar.












babai!






1 comment:

Najib Ariyan said...

Salam kenal dan salam singgah...

SELAMAT TAHUN BARU 2015

semoga tahun mendatang akan menjanjikan kebahagiaan untuk semua... aminnnn