Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, November 18, 2014

Hi- Tea Sekolah Kakak, Tapi Aku Menyibuk







Assalamualaikum...




rindu kita kan? ala, cakap je la. mulai hari ni kita nak banyak2 updates blog. biar penuh sendat panat blog kita ni dengan segala updates yang bernas dan bermanfaat untuk diri kita akan datang. kahkah! kelakar la wei. macam blog darjah dua je. panggil kita2. kuikui




for sure tak ada yang rindu aku kan? haruslah aku kan blogger picisan. hanya warrior di keyboard lappy sendiri. di khalayak ramai haruslah pendiam bagaikan puteri saadong yang hanya berkata2 kala perlu. puiii.. sumpah bukan. hahaha



mood sewal dan gila kembali. hati berbunga2 sedang mekar walaupun didalam musim hujan yang dingin dan angin yang kian hilang. gitewwww..




halah.. sebenarnya nak cerita pasal aku pergi hi-tea sekolah akak. untuk cikgu2 tapi boleh bawak family la. hakak paksa aku pergi sebab buat dekat hotel tempat praktikal aku dulu. Hotel Puteri Pacific. hikssss... jadi boleh berbual dengan kenalan dan kawan2. 




makan? haruslah cepat kenyang. perut kitewww kan perut semut. makan sikit kenyang. makanan pun bukan la sedap sangat harus la macam makan ala kadar sahaja. jahatnya hakuuuu.. tapi paling aku suka adalah aiskrim green tea yang memang sedap dan luar biasa.



jarang kot aiskrim perisa green tea. jadi aku dengan akak sebat makan benda tu je la. makanan lain macam biasa je. not tooo sedap. hala kadar sajo. jahat iols. dulu aku praktikal aku makan free hotel tanggung untuk staff jadi makan apa pun sanggup. sardin ke apa ke layan je la. free kan. masa tu pulak tak ada elaun. haruslah sental apa sahaja yang mampu uols. sedih mak. hahhaa..




aku pakai blouse dengan kain je masa tu. tudung munge2. hiksss.. tu yang hati berbunga-bunga tu.









Butterfly Shawl Vintage. bunga2 yang indah seindah hatiku yang lara. kahkahkah. puisi tak jadi. tak asah bakat lagi. lama dah tinggal. berkarat dah bakat berpuisi bagaikan juara tuh. hahha



muka kita terbaru. haha. macam la muka aku berubah2 kan? kahkah. okeh. makin tembam kan? makin somel? ala, kita tahu, kita makin somel. jangan la nafikan. hahahaha.. puiii.. 




lepas makan masa nak balik terus pergi Business Centre dekat lobby hotel. tempat aku bergosip dulu. jumpa kawan lama. aku dok berbual dengan dia dekat setangah jam jugak la. hakak aku dok kat kusyen isi markah nilam budak. keroje tak siap2 dia tu. lantak la. aku nak berbual jugak. tak kire! hahaha..



cerita pasal si itu, si ini. si ini dah kawen, si itu dan berenti keje tempat lain pulak. si ini masih keje. si itu meninggal. si ini dah makin slim. si itu dan makin temok. si ini dan pakai tudung. hahahah. banyak sangat kawan aku nak update pada aku. siap suruh aku masuk opis lagi. haha. aku tak mau la. kacau je orang kerja. entah orang ingat aku lagi ke tidak. tak tahulah. 




last jumpa abang2 bellman. ketua bellman tu aku kenal tapi dia lupa2 aku. aku rasa dalam departmen front office, aku cuma nak masuk bahagian bellman. sebab situ zero stress. semua ceria, happy, tolakansur, baik2, dan ramah2. senang hati je kerja bahagian bellman walaupun kerja kau 8 jam berdiri. sungguh aku rela. sebab aku sukaaaaaaa dengan keadaan enviroment diorang. tak perlu record, tak ada marah2, tak ada stress2. semua syok je. senyum. kalau ada masalah ada je orang tolong cover sebab semuanya baik hati kan? hihi. semua bellman lelaki tu masalahnya. hahha. sampai aku cakap.


"tak ada kerja kosong ke bang?" 
" saya nak jadi bellman la. hhahaha"




gelak2. dalam hati serius. hahahaha. 





cum ada la duda2 yang suka kacau kau. dulu masa aku praktikal diorang siap kunci aku dalam bilik luggage sebab nak ajak aku sarapan. sarapan karipap, mee goreng, nasi lemak, jemput2 pisang, teh ais. hahaha. aku ni malu sebab aku sorang je perempuan. siap nak suapkan lagi. iols takut la. ramai duda dan laki orang. desprate sangat kalau aku layan tuh. hahhaha!



puas hati dapat berbual sekejap. sampai diorang suh aku drop resume pada HR mana tahu ada kerja kosong. nanti boleh kerja sini lagi. aku dah pikir lapanbelaskali dah ni. nak kerja hotel ke dop. kalau au nak kerja pun aku nak bahagian admin je. kerja pejabat yang kerja tak ada shift. office hour. kerana aku sangat tak minat kerja shift. kihkih




kalau takat nak mencuba nasib apa salahnya aku drop resume. sekali sekala. rasanya kalau ada rezeki insyaAllah dapat. dulu dekat New York Hotel pun dapat jadi front office asst. tapi aku tolak. haha. gaji kerja hotel ni kecik sebenarnya. macam FO asst cuma RM1200. belum campur point la. kalau dapat banyak point. dapat la tambah2. RM1200 basic, kerja dekat JB, dengan sewa rumah, bill, makan minum, minyak, parking. tinggal berapa je untuk aku guna? hahahahaha! demad tinggi woi. nak anak raja pleaseeeee...




gila la nak anak raja. rajagopal pun belum tentu nak kat aku. kahkakah!!!




wokey. jangan nak melalut lagi. sila diam dan tidur. 




nite bebeh!





 

2 comments:

nini said...

berkenan a ngan tudung...hihi

Nour Eyza said...

hihi.. kita pun xsangka tudung ni lawa. kuikui =D