Happy Cat Kaoani -->

Saturday, May 17, 2014

Hari-hari pun hari ibu






Assalamualaikumm..



apa khabar kawan2 semua? cewahh.. kawan2 tu tak tahan. macamlah ramai sangat kengkawan hakak dalam blog picisan hakak ni. follower pun ciput je. hakak ni mana pandai sosial. jadi sebab tu hakak ni tak ada kawan sangat. *flip tudung*


kita rasa macam dah lama sangat tak menulis sampaikan dah tak ada mood pulak nak menulis. menulis dalam kotak pikiran nak mengamuk tu je hari2. haha. itu harus ada setiap hari untuk marah2 kontraktor dan orang2 yang menyusahkan kepala hotak hakak kau ni. hakak bukak emosi datang bulan  kalau datang matahari pun hakak emosi tau. tapi biasalah kita kan kena lembut2 sikit lepas tu tegas2 jangan bagi orang pijak kepala kita. hahaha. *cekak pinggang*


jadi semenjak dua menjak ni hakak agak bizi menguruskan rumah baru hakak yang tak menyenangkan hati tu. ada je benda yang tak kena dimata tau diorang ni. jangan kata kita tak kerja maknanya kita goyang2 kaki je dekat rumah tau. kita pun ada kerja. setiap orang ada masalah dan kerja masing2. jadi jangan ada mulut2 sumbang kata hakak ni tak kerja tak study duduk goyang2 kaki dekat rumah. korang tak tahu hokey hakak goyang kaki ke hoyang punggung dekat rumah ni? maaflah, kasar ke hakak cakap tu? akak cuma cakap yang benar. kadang2 hakak goyang punggung jugak. korang pun kat opis sambil2 curi2 baca blog orang tu boleh jugak goyang2 punggung. *huehueheue.. silang kaki*


hal rumah tu kita tinggalkan sebentar. cewah. macam ayat pembaca berita kan? tayah nk formal sangat la. kuikui. berbalik kepada lama sangat tak menulis marilah kita bercerita kisah diri sendiri. dah kata pun blog peribadi haruslah cerita pasal diri sendiri kan? alalala. awak yang kat sana kalau nak kita cerita pasal awak pun boleh, meh sini meh. *tepuk2 seat sebelah*


ok sebelum 11 Mei hari ibu kan? ala, klise la buat ucapan hari ibu kat FB.padahal mak2 kita bukan ada pesbuk pun. kahkah. ni pulak aku nak cerita kat blog. mak aku pun tak ada blog. tapi biasalah manusia tetap akan cerita kan. dah kata blog haku haruslah cerita pasal kehidupan aku. hikhikhik.


mak jelaslah seorang manusia yang sangat kuat, cekal, cekap, rajin, baik hati, pemurah, dan penyabar. haruslah kita anak2 ada je yang buatkan mak marah, geram, sedih dan terharu. 


sangat jelas pengorbanan mak yang sanggup balik kerja tengahari dalam jarak 20 minit naik motor semata-mata nak susukan kami, nak ambik kami sekolah dan hantar balik rumah. jelas sangat pengorbanan mak sanggup berenti kerja sebab nak hantar kami adik beradik pergi sekolah sebab dekat rumah dulu banyak monyet selalu sangat kena kejar masa naik basikal pegi balik sekolah. jelas sangat dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5 mak antar ambik pergi sekolah. pergi tuisyen hujung minggu. hantar bekal. abis sekolah hantar pergi ambik dekat u. naik motor ambik dengan beg roda besar. 


excident motor banyak kali dengan mak. sebab orang langgar. sebab monyet kejar. sebab jalan licin. excident motor tu biasa bagi mak. sebab mak kerja dari muda memang merempit naik motor. mak dah biasa naik motor. pecut 80km/j. boleh beat budak2 muda. 


banyak sangat pengorbanan mak. tak boleh balas satu2. sangat banyak. dalam setiap doanya. dalam setiap pikirannya semua untuk kita anak2 mak. bohonglah kalau kita kata kita nak balas segala jasa mak. tipu sangat. sebab tak akan boleh. jasa dan pengorbanan mak masa mengandungkan kita je pun kita tak akan dapat balas. jujur cakap. *kesat air mata*


semua orang ada kisah dengan mak diorangkan. tuliskan. jelaskan pada mak yang korang sangat sayangkan mak. sangat. sebab kalau korang tak mampu tulis atau ungkap, suatu hari nanti kita akan terlepas waktu berharga tu. mak cepat gembira dengan ucapan kasih kita kepadanya. tak payah cakap. buat je apa dia suruh dan dia senang hati cukup. cukup buat mak senyum dan senang hati. kesenangan hati mak adalah syurga bagi kita anak2 perempuan yang belum berkahwin dan anak2 lelaki. sampai bila2. 


sebab itu aku tak kerja lagi. aku tolong mak uruskan hal2 rumah baru. banyak sangat benda kena uruskan. dengan keadaan mak yang semakin tua. haruslah aku yang kena tolong bawak mak kemana2 sahaja. padahal dah cakap dekat banyak post dah. saje. nak mention banyak kali. jangan ingat dapat rumah pampasan ni senang hati tau. lagiiiiii saket hati adalah. semakin ramai orang kampung saket2 tak tidur pikirkan hal rumah ni. sungguh. tak pernah tipu dengan keadaan yang menyakitkan hati sekarang ni.


haritu sebenarnya aku dah dapat kerja dekat travel agent. travel agent yang baru nak dibuka di JB. lokasi terbaik. sebaris EC College. dekat dengan Mawar, Dewan Spastik, SETAR, Thistle Hotel, dan Dataran Bandaraya JB. cukup baik untuk aku yang dah biasa dekat situ. position sebagai staff travel agent yang baru nak bukak dekat JB. pejabat kosong lagi. jadi kalau aku setuju memang akulah pekerja pertama. sesi interview bermula. 


aku datang interview dengan mak. mak ada duduk dekat sofa belakang dan aku interview bukan dalam bilik. dekat ruang legar ofis. jadi mak aku boleh dengar setiap bijik butir penemuduga tu dan apa jawapan aku. tapi aku sangat2 kecewa dan jiwa aku pulak terduga dengan penemuduga ni. dia seorang wanita berumur 30-an dalam pikiran aku. belum berkahwin dan perwatakan tegas dan sangat simple. pakaian dia sungguh tak macam branch manager. dia dari KL dan ditugaskan jaga branch kat JB. 


temuduga dalam BI. jujurnya aku tak bagus sangat dalam BI plus kita akan mula berdebar jadi haruslah BI tonggang terbalik. harus okey. haha. jadi jawap2 la soalan beliau. lepas satu2. kenalkan diri dan dia bagi soalan pasal tourism. jujur lagi. aku ni tak buat apa2 persedian langsung masa interview. cuma pergi atas dasar ada kawan bagi nombor telefon aku pada penemuduga. sebab diorang nak fresh grad UiTM. tepat la kononnya aku pergi temuduga sana kan. sekali dia bagi ujian. 


1- buat itinerary KUL- LGK (Langkawi). 4 Days 3 Nights. 2 Adult 2 Children. siap kena buat depart and arrrived. hotel. tempat menarik yang dikunjungi dalam 3 hari dan balik semula ke KL. matik. lupa dah!!!! *menjerit dalam hati* padahal dulu masa diploma tu makanan tau. selalu buat tapi biasalah. dah lama jadi lupa dan tak tahu apa jarak tempat menarik kat sana. dia kata tak apa. buat je. agak2. tak betul sangat pun tak apa. ok. lepas buat dia check. ok kata dia. boleh buat walaupun dah lupa.


2- dia suruh aku cari hotel 5star berdekatan Fiera Milano, Italy. ok. aku langsung tak pernah lagi naik kapal terbang lepas tu kena pulak cari 5star hotel around Fiera Milano? sangat la macam erkkk.. *cekik leher sendiri* jadi dia bagi aku PC dia dan dia nak aku cari apa nama hotel berdekatan tempat tu. ITALY tuuu.. tak tahu sungguh. nangiss!! >.<"  aku dapat nama hotel tu dan jarak dia ke Fiera Milano. rupanya Fiera Milano tu macam tempat convention. kalau kat Malaysia PWTC la. 


dia dah setuju nak ambik aku kerja tapi! dengan beberapa syarat yang aku mesti patuhi. 

1- tak boleh datang lewat. dengan apa cara sekalipun mesti datang sebelum pukul 8.30. ok. aku tak kesah. itu wajiblah. 
2- kalau nak cuti mesti beri alasan kukuh. jangan suka2 cuti. 
3- kalau dapat task kena jadi tour leader pergi mana2 sorang2 TAK BOLEH REFUSE. mesti kena pergi walau macam mana pun. tak boleh beri alasan apa pun dan tak nak dengar alasan tak boleh pergi sana sorang, MAK TAK KASI. tak boleh. walaupun kita seorang yang akan uruskan 30pax group pergi overseas. TAK BOLEH BERI ALASAN APA PUN
4- tak nak dengar alasan yang MAK SAKET JADI KENA CUTI. tak boleh langsung. dia kata dia pun ada mak. tapi akak dia jaga. jadi jangan jadikan alasan mak saket atau apa2 pasal mak ayah untuk cuti sesuka hati. sebab kerja memang banyak dan bertindih2. tak akan ada sesiapa akan cover kerja orang lain.


bila aku dengar ayat dia aku TERKEDU. sungguh aku terkejut. kau ada mak, dan kalau mak kau tetiba saket kau tak tengok langsung ke? MAK TU TAK AKAN ADA GANTINYA. 


macam mana dia boleh pikir macam tu eh? ALLAH.. terkejut aku dengar. walaupun muka aku lagak biasa je tapi dalam hati je aku bercakap. 


dia cakap dengan aku pasal mak tu dalam BI dan suara yang kuat. for sure mak aku yang dekat belakang tu dengar dengan jelas je apa yang dia cakap. mak aku pun paham BI. walaupun mak orang kampung. walaupun mak tak sekolah tinggi. tapi mak belajar aliran Inggeris dulu. jadi mak paham. mak dengar setiap butir bicara penemuduga tu. dia sengaja rasanya nak cakap kuat2 biar mak dengar dan cakap dalam BI biar mak tak paham rasanya. muka penemuduga sangat tak beriak. mendatar. macam mesin jangka hayat yang tegak je. tanpa nyawa itulah mukanya. maknanya dia memang tiada 'JIWA' dan 'NYAWA'. sebab NYAWA dan JIWA kau adalah MAK. tak mungkin ada yang lain.  



dia kata dia akan bagi jawapan dalam beberapa hari sebab nak balik KL dan beritahu bos dia tentang aku. aku angguk dan senyum. tapi dalam hati aku dah bulatkan tekad, walaupun aku dapat kerja ni aku akan TOLAK. sebab kerja yang tak pentingkan MAK tak akan dapat restu walau kita kerja keras macam mana pun. mak dengar dan mak paham apa yang penemuduga cakap. mak cuma kata, "pikir la masak2, kalau ija nak ija terima la." ayat mak buat aku rasa tersinggung. 


tak mungkin aku pilih kerja macam tu. tak mungkin. rezeki aku terletak pada RESTU mak dan REDHA Allah. tak ada keduanya maknanya rezeki kita KOSONG tanpa berkat. 


walau macam mana pun aku akan utamakan mak.katalah aku ni anak mak ke apa. tak kesah langsung. janji aku dapat tolong mak dulu sebelum aku dapat jodoh. sebelum aku tutup mata. kebarangkalian aku dapat jodoh tu tak tahu bila tapi aku yakin walau macam mana pun kita tetap akan ada keluarga sendiri. tapi sebelum tu selagi aku mampu aku akan tolong mak, bahagiakan mak, dan senangkan hati mak. 


aku tak ada harta, tak mampu bagi duit berkepuk. tak mampu nak bagi apa2. cuma senangkan hati mak. cuma bahagiakan mak. *kesat air mata*



jadi sebab tu aku masih ada dekat sini. teman mak. tolong mak. aku bahagia dapat tolong mak. jujur nih! hihi. bahagia la sebab mak top upkan hp, mak bayar internet, mak belikan baju. kihkihkih. anakmu belum kerja. nanti dah kerja kita pulak bantu mak kan. hihi


jasa mak. pengorbanan mak. takkan pernah aku lupa. setakat kerja aku tak kesah tak kerja situ. mungkin ada hikmahnya. aku bagi la sesiapa yang tak ada tanggungjawab jaga mak untuk kerja tu. rezeki kita Allah dah bahagi2kan kan. jadi jangan tamak. 





satu je la gambar mak kita dengan kita. terlalu ekslusive untuk tayangan umum. hahaha. 



MAK, KAULAH RATU HATIKU.


ungkapan yang mudah tapi sangat bermakna. 


SELAMAT HARI IBU UNTUK SEMUA IBU2 YANG BERADA DI SELURUH DUNIA. 


hari2 pun hari ibu kan? hiksss 



babai!




1 comment:

nurerna hazwani said...

sob3...nangis...

InsyaAllah..rezeki ada mana2 je.
yg penting bykkn berdoa.