Happy Cat Kaoani -->

Sunday, May 11, 2014

Buah Mulut Orang Kampung





Assalamualaikum..



phewww.. dimulakan semalam dengan keluhan penat dan panas. haha. seharian menolong wak aku pindah rumah. walaupun sebenarnya aku hanya angkat benda2 kecik je sebab tak mampu angkat almari besar dan berat2 tu tapi penatnya bukan main. panas pulak tu. rasa macam nak mandi patratusduabelaskali. kahkahkah. *over uolsss*


padahal wak aku tak bawak semua benda dalam rumah tau. ade 5 almari, satu set meja makan, peti ais, mesin basuh, katil dengan barang2 lain je. tak ada benda sangat. sofa satu set tak bawak. bawak satu je. jadi tak banyak sangat. dapur lama tak bawak, dah rosak. dan ada lagi benda kecik2 cuma angkut dengan kereta je. jadi tak de la susah sangat.


aku dok pikir kalau rumah aku nak pindah ni  macam mana la agaknya. bukan sebab apa, banyak jugak barang rumah aku ni. tapi sebenarnya aku nak bawak banyak pakai kereta je. gerobok2, sofa, mesin basuh, peti ais, meja2, kerusi2, katil2, dan barang2 yang berat naik lori la. setakat baju, barang2 kecik naik kereta je muat. tak muat pun buat la banyak trip. tak adalah susah sangat.


aku tengah pikir2 nak buat apa lagi dengan barang2 dalam rumah ni. nak DIY ke nak angkut je barang lama sama macam dulu atau sebagainya. entah. cerita banyak pun tak guna. ni tengah tengok cerita Tolong Rumahku dekat TV3. perghhh.. best betul!! rasa macam nak jemput AG nak datang buat rumah aku. buat la apa2 yang patut. buat bilik aku je pun tak apa. janji aku puas! hahahaha. *selfish..kahkah*




inilah gugusan duka kami. yang kami rasa semua ni hanya mimpi  tapi mulai kami menggenggam gugusan kunci ini akhirnya mimpi2 buruk menjadi nyata. mimpi yang sedih menjadi realiti. mungkin inilah takdir kami. tapi mengapa harus kami??


memberontak. jiwa hanya mampu berdesir. mampu bersuara tapi mulut tak terluah. Allahh...



kisah rumah. rindah. rumah rosak. pemaju tak betulkan. itu ini. jadi buah mulut orang kampung kalau jumpa kat mana2 pun. tepi jalan pun akan tanya benda tu jugak. topik hangat.


aku tak tahu lagi pindah bila. tak plan lagi. cuma plan slow2 akan pindah sebelum puasa mungkin. atau entah. mungkin sampai kena halau. halau yang betul2 halau. tapi kalau Petronas nak buat dia cuma tolak pokok, korek2 tanah ujikaji itu ini dengan jentera apa semua dah buat kita tak selesa duduk di tanah sendiri kan?


ok la. nanti kalau rumah dah siap pindah. aku update lagi. ewah. macam la lawa sangat kan. haha


babai!





1 comment:

ME illusionist said...

Moga dipermudahkan segala urusan dan dapat berpindah sepertimana yang dirancangkan :)