Happy Cat Kaoani -->

Saturday, October 26, 2013

Mengambil Slip Keputusan MUET






Assalamualaikum...



hari ni aku nak ajar macam mana nak ambil slip keputusan MUET yang kita tak ambil lagi. Majlis Peperiksaan Malaysia akan memberikan kita dengan dua cara, iaitu dengan kita datang sendiri ke Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) atau korang boleh request untuk diposkan ke rumah. Tapi ada cara-caranya la. bukan main terjah je. hihihi..


kat sini saya sertakan langkah2 dari MPM.


  1. Calon yang kehilangan slip keputusan MUET boleh memohon untuk mendapatkan Penyata Keputusan MUET yang sah daripada Majlis Peperiksaan Malaysia. Bayaran sebanyak RM20.00 (jika permohonan kali pertama) atau RM30.00 (jika permohonan kali kedua) atau RM50.00 (jika permohonan kali ketiga dan seterusnya) akan dikenakan
  2. Pemohon hendaklah melengkapkan Permohonan Mendapatkan Salinan Penyata Keputusan Peperiksaan STPM/Ujian MUET yang dapat diperoleh dan dicetak daripada portal Majlis Peperiksaan Malaysia.
  3. Penyata Keputusan MUET dapat diperoleh melalui cara yang berikut:
    1. Pos

      Bayaran perlu dibuat dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf atas nama Ketua Eksekutif Majlis Peperiksaan Malaysia berserta dengan salinan Kad Pengenalan. Permohonan juga perlu disertakan dengan sampul surat berukuran 23cm x 32.5cm yang beralamat sendiri dan bersetem RM2.00 berserta bar code Posdaftar dalam Negeri bernilai RM2.20.
      Penyata MUET akan diposkan kepada calon dalam tempoh sehari selepas permohonan diterima oleh Majlis Peperiksaan Malaysia. Permohonan yang tidak disertakan dengan perkara yang diminta pada perenggan di atas akan dianggap tidak lengkap.

    2. Datang sendiri ke Majils Peperiksaan Malaysia

      Bayaran boleh dibuat dalam bentuk wang tunai dan pemohon akan menerima Penyata MUET dalam tempoh setengah jam selepas permohonan diterima. Salinan Kad Pengenalan calon dan wakil perlu disediakan jika pemohon meminta wakil datang ke Majlis Peperiksaan Malaysia.
  4. Untuk mendapatkan borang Permohonan Mendapatkan Salinan Penyata Keputusan Peperiksaan STPM/Ujian MUET, sila klik di sini.






kita zoom in sikit okeh?









paham tak sebenarnya? aku memula baca pun tak paham tang bar code posdaftar tu. tapi lepas ni aku akan terangkan sebenarnya buat macam mana. so sekarang ni kita buat checklist apa yang perlu korang buat.


Checklist:
1. Borang permohonan mendapatkan salinan penyata keputusan peperiksaan STPM/MUET. yang dia suruh klik sini tu. korang boleh klik situ untuk download borang.
2. Salinan kad pengenalan
3. Sampul surat berukuran 23cm x 32.5cm A4 saiz. 
4. Sampul surat besar sikit dari A4 saiz.
5. Setem RM2.00
6. Bar code posdaftar dalam negeri RM2.20.
7. Setem untuk kita pos ke MPM (aku kena RM0.90)


Bila semua benda di atas dah sediakan bolehlah hantarkan ke MPM. 


Cara-cara: 
1. Sampul surat besar sikit dari A4 saiz tu tulis alamat MPM.
2. Sampul surat A4 saiz tu tulis nama sendiri dan alamat sendiri. Sediakan setem dan posdaftar.
3. Dalam sampul surat besar dari A4 saiz tu ada borang permohonan, salinan kad pengenalan, setem, sampul surat saiz A4.


Mesti korang tertanya2 apa dia posdaftar dan macam mana nak buat pos daftar kan? macam ni. aku kasi gambaran sikit bendanya. masa dekat pejabat pos tu aku tak sempat nak ambil gambar. terus je siapkan semuanya dan hantar.







lebih kurang macam ni. tapi gambar ni blur sangat. bendanya sekeping je RM2.20. meh sini aku copy paste dari laman web pos malaysia pasal pos daftar.


  1. Apakah perkhidmatan PosDaftar?
  2. Perkhidmatan PosDaftar adalah merupakan perkhidmatan penghantaran surat yang selamat dan berdaftar bagi dokumen penting dan dan berharga terus ke tangan penerima. Penghantaran item berupa paket-paket kecil yang kurang daripada 2kg juga boleh didaftarkan.
  3. Apakah kandungan berharga yang tidak boleh dihantar menggunakan sampul ini?
  4. Gantirugi tidak akan dibayar jika wang tunai, wang bank, cek pengembara, sijil-sijil saham dan sekuriti, batu permata dan logam berharga, lukisan dan ukiran bernilai diposkan.
  5. Apakah akibatnya jika pelanggan menghantar barang-barang larangan tersebut?
  6. Barangan tersebut akan ditahan sementara dan pelanggan akan dihubungi oleh pihak Pos Malaysia Berhad.
  7. Bagaimana menggunakannya?
  8. Kaedah penghantaran dengan cara menggunakan sampul surat biasa dan membeli label PosDaftar, lekatkan label pada sampul surat serta mengisikan maklumat seperti yang diperlukan. Selain itu dengan membeli sampul khas PosDaftar yang berharga RM2.50, hanya boleh digunakan bagi destinasi domestik sahaja. Berat maksimum untuk menikmati kemudahan ini adalah 20gm untuk sampul biasa manakala 50gm bagi sampul khas. Sekiranya pelanggan melebihi berat yang ditetapkan, pelanggan perlu menambah harga setem mengikut kadar berat item tersebut.
  9. Apakah ciri-ciri yang ada pada sampul khas PosDaftar yang telah siap ditampal label berbarkod yang dijual untuk kemudahan pelanggan tersebut?
  10. a. Kegunaan - Pengiriman domestik sahaja 
    b. Saiz sampul - 240 mm x 129 mm 
    c. Saiz label barkod - 85 mm x 90 mm
    d. Bilangan label ’die-cut’ - 5
    e. Harga - RM 2.50
    f. Berat isikandungan (tanpa bayaran setem tambahan) - 50 gram
  11. Dimanakah label dan sampul khas Posdaftar tersebut dijual?
  12. Label PosDaftar dan sampul khas PosDaftar (domestik sahaja) dijual di semua kaunter Pejabat Pos Besar, Pejabat Pos, Pejabat Pos Mini dan Wakil Pos setiap negeri.
  13. Apakah caj pendaftaran yang dikenakan untuk perkhidmatan PosDaftar ini?
  14. a. Destinasi domestik - RM2.20, termasuk bayaran pos bagi item yang tidak melebihi berat 20gm.
    b. Destinasi Antarabangsa - RM4.10, tidak termasuk bayaran pos.
  15. Apakah berat minimum dan maksimum untuk pengeposan perkhidmatan PosDaftar ini?
  16. a. Minimum : 20 gm
    b. Maksimum : 2 kg
  17. Apakah perkhidmatan tambahan yang disediakan bagi PosDaftar?
  18. a. Kad Pemberitahuan Penerimaan (AR) bagi kegunaan domestik dan internasional.
    Perlu ditampal pada item PosDaftar beserta setem (RM0.60 untuk domestik, RM1.50 untuk Singapura dan Brunei serta RM1.50 untuk luar negara) untuk bayaran perkhidmatan AR tersebut.
    b. Insurans
    Domestik :Kadar minimum untuk perkhidmatan insurans ini adalah RM100, Kadar maksimum untuk perkhidmatan insurans ini adalah RM3000. Internasional :Kadar minimum untuk perkhidmatan insurans ini adalah RM100, Kadar maksimum adalah mengikut negara tempat tuju.
  19. Apakah kelebihan PosDaftar?
  20. a. Perkhidmatan penghantaran yang selamat dan berdaftar.
    b. Penghantaran terus ke tangan penerima.
    c. Menggunakan label khas berbarkod.
    d. Mempunyai barkod untuk jejak dan kesan.
    e. Mempunyai resit mengepos dan akuan terimaan.
  21. Adakah status penghantaran PosDaftar ini boleh dijejak kesan sehingga serahan kepada penerima?
  22. Ya. Status penghantaran item PosDaftar boleh diketahui melalui:
    a. Talian Khidmat Pelanggan POSLINE di 1 300 300 300
    b. sistem Jejak & Kesan (Track & Trace) di laman web www.pos.com.my
  23. Adakah PosDaftar mempunyai bukti serahan (POD)?
  24. Ya.
  25. Berapa jenis label PosDaftar yang disediakan dan apakah ciri-ciri bagi setiap jenis label tersebut?
  26. Terdapat lima jenis label berbarkod yang akan ditampal pada setiap PosDaftar untuk tujuan pengimbasan dan pengesanan melalui sistem ’Track-On’. Label-label yang berbarkod yang digunakan dalam sistem ’Track-On’ mempunyai ciri-ciri berikut:
    TrackOn 1
    Dalam Negeri
    Track-On 2
    Ke Luar Negeri
    Track-On 3
    Dari Luar Negeri
    Harga RM 2.20
    Harga RM 4.10
    -
    Warna Merah
    Warna Biru
    Warna Pink
    Pengiriman domestik
    Pengiriman ke luar negeri
    Dari luar negeri untuk serahan dalam negeri
    13 digit alpha numeric
    (RD12345678XMY)
    Digit X adalah check digit.
    Digit 1-8 adalah nombor siri.
    13 digit alpha numeric
    (RR12345678XMY)
    Digit X adalah check digit.
    Digit 1-8 adalah nombor siri.
    13 digit alpha numeric
    (RF12345678XMY)
    Digit X adalah check digit.
    Digit 1-8 adalah nombor siri.
    5 label ‘die-cut’ yang mudah ditanggalkan.
    Die-cut A
    Resit serahan
    Die-cut B
    Rekod Penerimaan Kaunter
    Die-cut C
    Rekod Hantaran
    Die-cut D
    Rekod Serahan
    Die-cut E
    Simpanan digunakan mengikut keperluan
    4 label ‘die-cut’ yang mudah ditanggalkan.
    Die-cut A
    Resit serahan
    Die-cut B
    Rekod Penerimaan Kaunter
    Die-cut C
    Rekod Hantaran
    Die-cut D
    Simpanan digunakan mengikut keperluan
    3 label ‘die-cut’ yang mudah ditanggalkan.
    Die-cut A
    Resit serahan
    Die-cut B
    Rekod Hantaran
    Die-cut D
    Rekod Serahan
    Track-On 4
    Urusan Pos
    Track-On 5
    Dalam Negeri
    Track-On 6
    PDRM
    -
    Harga RM 1.60
    Harga Rm 1.60
    Warna Hijau
    Warna Merah
    Warna Coklat
    Urusan Pos Malaysia
    Pengiriman domestik bagi pelanggan yang mendapat keistimewaan pengecualian bayaran pos.
    Pengiriman domestik bagi pelanggan yang mendapat keistimewaan pengecualian bayaran pos.
    13 digit alpha numeric
    (RS12345678XMY)
    Digit X adalah check digit.
    Digit 1-8 adalah nombor siri.
    13 digit alpha numeric
    (RP12345678XMY)
    Digit X adalah check digit.
    Digit 1-8 adalah nombor siri.
    13 digit alpha numeric
    (RP12345678XMY)
    Digit X adalah check digit.
    Digit 1-8 adalah nombor siri.
    5 label ‘die-cut’ yang mudah ditanggalkan.
    Die-cut A
    Resit serahan
    Die-cut B
    Rekod Penerimaan Kaunter
    Die-cut C
    Rekod Hantaran
    Die-cut D
    Rekod Serahan
    Die-cut E
    Simpanan digunakan mengikut keperluan
    5 label ‘die-cut’ yang mudah ditanggalkan.
    Die-cut A
    Resit serahan
    Die-cut B
    Rekod Penerimaan Kaunter
    Die-cut C
    Rekod Hantaran
    Die-cut D
    Rekod Serahan
    Die-cut E
    Simpanan digunakan mengikut keperluan
    5 label ‘die-cut’ yang mudah ditanggalkan.
    Die-cut A
    Resit serahan
    Die-cut B
    Rekod Penerimaan Kaunter
    Die-cut C
    Rekod Hantaran
    Die-cut D
    Rekod Serahan
    Die-cut E
    Simpanan digunakan mengikut keperluan

  27. Apakah syarat-syarat pengeposan bagi perkhidmatan PosDaftar ini?
  28. a. sampulnya kemas serta kukuh dan tidak ada kesan sampulnya telah dibuka dan ditutup semula atau setemnya telah ditanggalkan. Barang pos seperti peket yang tidak ditutup dengan menggunakan bahan pelekat hendaklah diikat dengan tali secara kemas. Tali ikatan bagi kertas bercetak termasuk surat khabar yang diterima untuk didaftarkan mestilah boleh dibuka untuk diperiksa; mengikut peraturan bagi penerimaan dan penghantaran barang-barang melalui pos;
    b. nama dan alamat lengkap penerima hendaklah dicatatkan dengan terang dalam tulisan rumi. Bagi sampul surat bertingkap mestilah jelas kelihatan nama dan alamat penerima. Barang yang menggunakan nama ringkas penerima tidak boleh didaftarkan;
    c. nama dan alamat pengirim dicatatkan di bahagian belakang sampul atau pembalut.
    d. pengirim telah mengisi maklumat yang diperlukan pada label dan resit mengepos PosDaftar dan menampal label ’Track-On’ PosDaftar ini disebelah kiri alamat penerima;
    e. catatan akuan nilai isi kandungan di sampul tidak dibenarkan kecuali pada Label Ikrar Kastam (PosMel 23/CN22), jika diperlukan. Pengirim yang mencatatkan akuan nilai isi kandungan mestilah memberitahu bahawa barang berkenaan hanya boleh dihantar melalui perkhidmatan insurans dengan syarat ada perkhidmatan insurans di tempatuju;
    f. pengeposan tidak bertentangan dengan peraturan bagi hantaran melalui perkhidmatan pos;
    g. bayaran mencukupi bagi bayaran pos dan caj perkhidmatan PosDaftar.
  29. Sekiranya pelanggan ingin membeli sampul PosDaftar secara pukal (banyak), adakah diskaun atau rebet diberikan?
  30. Tidak.
  31. Jika penerima tiada di rumah, bagaimanakah serahan dilakukan?
  32. Kad Pemberitahuan akan ditinggalkan supaya penerima boleh menuntut di pejabat serahan yang berdekatan. Sekiranya penama tiada, wakil penama juga boleh menuntut item PosDaftar tersebut dengan membawa Kad Pengenalan / Pasport sebagai bukti pengenalan diri.
  33. Berapa lamakah tempoh pertanyaan atau tuntutan berkaitan serahan item PosDaftar ini boleh dibuat?
  34. Pertanyaan atau tuntutan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pengeposan dengan menggunakan borang rasmi dan hendaklah disertakan dengan Resit Pengeposan Kad AR bercap rasmi Pos Malaysia.
  35. Bagaimanakah sekiranya pertanyaan, aduan atau tuntutan item PosDaftar ini dikemukakan selepas 6 bulan?
  36. Pertanyaan, aduan atau tuntutan item PosDaftar ini dikemukakan selepas 6 bulan tidak akan dilayan. Sila rujuk label.
  37. Berapa lamakah tempoh simpanan item tersebut di pejabat serahan sebelum ianya dituntut oleh penerima?
  38. Tempoh simpanan item tersebut di pejabat serahan adalah 15 hari kalendar sebelum dikembalikan semula kepada pengirim.
  39. Dimanakah pertanyaan item PosDaftar ini boleh dibuat?
  40. Pertanyaan item Posdaftar boleh dibuat di semua kaunter pejabat pos atau menghubungi talian bantuan Pos Malaysia.
  41. Apakah talian bantuan yang boleh dihubungi?
  42. Anda boleh menghubungi:
    a. Pusat Khidmat Pelanggan di talian PosLine 1-300-300-300 dari 8:30 pagi hingga 9:00 malam setiap hari dari hari Isnin hingga Jumaat, Sabtu: 8:30 pagi hingga 5:00 petang (kecuali Sabtu pertama setiap bulan dan cuti umum).
    b. e-mel ke care@pos.com.my atau layari laman web www.pos.com.my.


haaaa... paham ke tidak. so korang boleh la buat benda ni sendiri dekat pejabat pos. tanya je pegawai2 dekat pejabat pos tu macam mana nak buat. InsyaAllah diaorang tolong.. hihi


lagi satu kalau nak betulkan apa2 nama nombor kad pengenalan, nama atau alamat boleh tulis sikit surat yang menyatakan kita nak betulkan apa2 kesalahan dan sertakan dengan salinan kat pengenalan. aku buat macam ni. lebih kurang la. 







boleh rujuk laman web MPM atau telefon dan emel kepada mereka untuk keterangan lanjut. jangan segan2 nak tanya kalau tak tahu ye. tanya saya pun boleh. hihi.. 



ok. bila dah siap semua hantar. jadi lepas tu tunggu je slip dari MPM. weheee...



ok. babai semua

14 comments:

nichuny said...

Dpt slip betul ke? Salinan ja?

Nour Eyza said...

slip betul tu macam mana eh? sy xtahu sbb xpnh ambik dlu. dapat sebesar kertas A4 warna agak kekuningan. tapi dpt salinan pun xpe sebab boleh je guna benda tu =D

Unknown said...

Salam. Cmne nak tau expired date ye? Sbb dlm slip pnyata xde tulis expired date mcm dlm sijil. :(

Nour Eyza said...

Faezah..
Berapakah tempoh sah laku keputusan MUET?

Tempoh sah laku keputusan MUET adalah seperti yang berikut:
(a) Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan sebelum tahun 2009, tempoh sah lakunya adalah sehingga 18 Julai 2013.
(b) Bagi keputusan MUET yang dikeluarkan mulai tahun 2009, tempoh sah lakunya ialah lima tahun, iaitu mulai tarikh keputusan ujian dikeluarkan.

saya paste dari sini http://www.mpm.edu.my/muet1

harap dapat membantu awk =D

Anonymous said...

Salam, nak tanya
1. Wang Pos tu macam mana? Letak dalam sampul yang besar sikit dari A4 tu ke?
2. Berapa lama baru sampai slip MUET ni?
Thank you..

Nour Eyza said...

anoymous.. mcm mne nk bgtau awk sy dh bls eh? harap awk blh emel sy bru senang sy nk jwb.

1. wang pos tu awk beli dekat pos. ckp je nk beli wang pos berapa RM. then ltk je dlm sampul surat yg besar sikit dri A4 tu.

2. lps kita pos tu bergantung kita pos pki pos apa. klu pos biasa slow sikit la. klu pos laju, laju la sikit kan. lagi satu bergantung kita pos hari apa. dia bls dlm 2,3 hari bekerja biasanya. klu awk perlu cpt better buat dlm 2minggu awl. klu awk jauh dri batu caves.

harap dpt membantu awk. kalau ada apa2 emel sy nur_izza89@yahoo.com. insyaAllah sy akan tolong awk. =D

Anonymous said...

nak tanya.. kalau saya letak wang tunai RM20 takpe kan? kena jugak *wajib* ke guna wang pos? lagi satu.. saya letak surat tu dekat peti warna merah : lain-lain tempat.. betul kan?

Anonymous said...

Salam nak tanya. Yang bar code postdaftar dalam negeri tu letak dekat dalam sampul yang beralamat sendiri ke ? Tq. Email kat saya ya di sehaisahak@gmail.com . Terima kasih sekali lagi

deylahalim said...

Tq awak. Sangat membantu....saya betul2 tak faham apa benda yang diorang tulis dekat arahan tu. O(≧∇≦)O

Anonymous said...

Aah nak letak kat mane?

Nour Eyza said...

letak dlam sampul surat besar yg kita nk pos tu. jangan tampal ye. nnt dia buat.

Unknown said...

Yg wang pos tu bayar atas nama ketua eksekutif mpm tu mcm mana?

Anonymous said...

Sy stil xfaham. Nak email xbwk lptp blk.. Guna hp je nie.. Bleh whatapp x? Urgent.

Nour Eyza said...

sesiapa yang urgent ni tau dengan lebih lanjut dan cepat sila whatsapp sy 0136870289. sy akan balas secepat mungkin. =D