Assalamulaikum..
selamat malam kawan2. hihi. semalam kan, eh bukan semalam, sabtu. aku dengan family aku pergi tengok rumah baru kami dekat Taman Bayu Damai dekat Punggai. rumah baru yang akan kami duduk lepas Petronas ambil tanah2 kami untuk cari gali minyak dan gas nanti. dan kampung aku adalah kampung utama yang digunakan untuk mengali minyak dan gas.
ewahhh.. selepas tersalah silap konon boleh tengok rumah minggu lepas, kami dapat juga akhirnya tengok rumah minggu ni. sebab dah hampir sebulan lepas undi nombor rumah tapi tak dapat tengok lokasi rumah kita yang mana. mana boleh. hahaha..
ok, sebenarnya aku tak tahu jugak hari sabtu boleh tengok rumah. tapi bila terpandangkan temlen wechat member kampung yang upload gambar rumah dia dekat sana baru aku macam ehhhhh.. boleh pergi tengok rumah la hari ni. huuuu..
maka laju2 ke rumah baru tu. nak tengok sekali ukur untuk langsir nanti. jadi inilah hasilnya.. huheehueee..
ini dia nombor rumah aku. haaaa.. lawa tak? pastinya belakang rumah aku rumah orang kampung Langkah Baik. tu nama kampung tau bukan nama langkah kau baik ke hape. nombor rumah aku PTD 6100. ahhh.. sebelum masuk ritu berenti la dekat polis bantuan yang berjaga tu. aku terus la tanya dengan baik2.
Aku : Bang, boleh pergi tengok rumah??
Polis bantuan : sambil betulkan seluar dia.. " Assalamualaikum.. belum pernah tengok lagi ke? PTD berapa? "
Aku : errrr.. waalaikumsalam.. belum pernah tengok.. PTD 6100. * cissss.. dengan muka berlagak tu la dia beri salam. perli la tu. mana la aku tau kau tu Islam ke bukan. buatnya bukan Islam tapi muka macam Islam macam mana? kan buat malu. tapi sekarang ni pun aku rasa malu jugak la.. *
Polis bantuan : boleh tengok masuklah. tu myvi tu lepas, awak boleh lepas la tu. masuk dekat kawasan banyak2 lori hantu dan JCB tu eh.
aku pun panjanggggg leher jengah. manaaa??? sebab aku nampak lori hantu dan JCB tuh! hahahaa..
ni bahagian depan rumah. pintu sliding tapi rumah ni belum. dah cat tapi belum betul2 lagi. lepas tu banyak sampah sarap lagi. hahaha..
tepi rumah warna merah. aummmm.. aummm.. sebenarnya ade maksud warna merah ni. rumah warna merah ni rumah RM 105, 000. rumah paling besar dalam kelompok rumah2 dikawasan taman ni selain banglo. banglo tu sah2 la besar sebab namanya banglo kannn.. hihi..
harga rumah ni di tentukan oleh penilai dan disokong oleh peguam yang kita lantik untuk mewakili kita dalam urusan penilaian dan jual beli tanah dan segala infrastruktur diatas tanah kita. apa2 la binaan di atas rumah kita tu. tak kesah. asalkan binaan. walaupun hanya reban burung puyuh, kolam ikan, rumah lama yang hampir nak roboh, garaj, stor luar yang terpisah dengan rumah semuanya diambil kira.
lepas selesai urusan kami akan diberi peluang memilih rumah yang bersesusaian dengan harga rumah yang kami dapat dan wang yang ada. macam ni. kalau lepas kira total semua rumah kita hanyak layak dapat rumah yang kedua RM 85 000 tapi lepas tu kita nak tambah duit dengan upgrade rumah kita ke rumah RM105 000 ni pun bolehhhh... tak ada masalah. tapi perlu la berurusan.
tepi pintu sliding tu ada pintu kayu. macam rumah biasala. rumah bandar. ade dua. selalunya hari2 pakai pintu kayu je keluar masuk. kalau ade occasion je baru bukak pintu sliding kan? hahaha.. macam tu la gamaknya. tapi bila tengok lama2 aku tak suka specis tingkap macam ni. dengan tak ada tinted, panjang ke bawah macam ni. memang bukan taste aku sungguh. tak minat pun ada.
kawasan dalam rumah. ruang tamu dengan ruang makan sekali. ye. tak suka juga. tak ada pemisah. susah la kalau orang datang. nak menyorok mana? nak jemur baju dekat mana? situ la jugak yang aku gunakannnn..hahaha.. aku ni suka rumah ada sekat2. jangan nak lantas dari pintu depan terus ke dapur! tak suka! hahaha..
aku dapat rasakan ketidakbestan rumah ni. tingkap panjang terang benderangggg.. amboi kau jahhh.. orang rumah sebelah cukur misai pun kau boleh nampak selai2 misai dia kot! hahaha
ini dapur. dapur ada satu singki je. ada table top mozek tapi belum siap mozek ni. lantai dapur je mozek. lantai depan tak mozek pun. tak best. malas pakai tikar getah lagi. bosan dengan tikar getah yang gelembung2 dan banyak semut dan berair. kalau pakai mozek senang nak mop, sapu, dan tak ada semut menyorok bawah tikar getah! hihihi
bilik 1. sekali dengan bilik air. bilik paling depan. paling lantas dan paling tak best. pintu mengadap ruang tamu besar. buka2 pintu je waaaaa.. pintu bilik air terus kau nampak. huhu. tak bagus.
bilik 2. bilik aku. kecik sikit. tak ada bilik air. bilik air tengah2 antara bilik 2 dan 3.
bilik 3. bilik 4 lupa nak snap gambar tapi sama je. kemungkinan besar bilik tu digunakan sebagai stor. sebab tak ada stor. haaaa..
ada kerosakan sikit dekat syiling. kena mengadu nih.
bumbung yang bocor tu.
tadaaaaaa. inilah gambar depan rumah tu. haaaa.. tak lawa ke lawa? sebelah kiri kawasan lebih kecik dari kanan. tapi tak tahulah macam mana nak letak kereta. dan yang pasti kereta tak ada garaj. kesian diaaa. basah panas. huuuu..
anti lepas dah siap bersihkan semua aku update lagi ye. tata sayang semuaaaaa.. hihi..
babai!
4 comments:
best tu dpt rumah baru... kalo kat bandar rumah mcm ni da kira bunglow hah...
Maaf. Tp saya rasa awak ni banyak songeh. Nak itu ini. Tak suka itu tak suka ini. Rm105k je pun. Lagak mcm 1mil. Design rumah ni sgt berbaloi dgn harga. Jgn nak mengada2 sangat
ku cit:: tak best sangat pun pindah rumah baru sebab rumah lama tergadai dan hilang lenyap kampung halaman. huuu :'(
Anonymous:: kenapa tak berani tunjukkn muka? asal nak komen negatif je pakai nama anony. be brave dear..hihi. saya banyak songeh? haha. awk tahu ke hal rumah ni sbnrnya? apa yg org kg alami? mmg rumah rm105 sebab subsidi. pasal subsidi la kami pertikaikan knp mcm ni. sebab subsidi hampir separuh, mana pergi semua tu? mmg kami orang kampung tapi kami bukan bodoh. tadah je semua apa yg diberi. haha. xpe2, saya anggap awak ni sangat positif dan tak byk songeh. awk paling boleh terima semua org kata n buat kat awk. hhihi =D
Post a Comment