Assalamualaikumm..
huaaaa... mengantuk rupanya tengah hari ni. rasa macam seronok pulak kalau nak tidur kan. pulak tu lepas mandi semua. badan sejuk. tidur adalah benda paling best bagi student dan budak2 baru abis belajar macam aku. konon masa belajar macam tak cukup tidur. padahal kerjanya tidur aje. hahaha
sunyi. sebab aku off tv. memekak sebab tak ada cerita apa2. tak syok. mata rasa betul2 nak membuta sahaja. kakak aku? entah nak tidur agaknya..
nak cerita apa hari ni? macam tak ada cerita. bosan. nak main game kena tunggu energy cukup baru boleh fedd kucing. main Cat Rescue dekat facebook. huarghhh.. menguap lagi. orang johor panggil menguap tu sanggap. menguap = sanggap. bukan sanggap tutttt.. ha! jangan pikir bukan2. hahaha
bosan2 macam ni moh la aku tunjukkan keindahan kampung halaman aku. tak cantik sangat tapi boleh la tahan. hihi
kawasan ni mendamaikan. dulu masa aku kecik aku selalu jalan2 dekat sini. relax dengan mak. suasanya tenang. ni masa aku jalan2 dengan kakak dan mak. air naik tinggi. maknanya air pasang. kalau air pasang air laut dengan tebing tu tak sampai sejengkal. sangat tinggi. kadang2 waktu angin kuat air naik sampai jalan.
macam ni la pemadangan kampung aku. cantik kan? ada banyak lagi gambar. ni sikit je baru tapi aku tak larat tunggu nak upload. internet slow. mengantok aku tunggu.. zzzzz.. ahahhaa
ok la. korang dah lunch? moh kita lunch!
salam.
babai!
No comments:
Post a Comment