Happy Cat Kaoani -->

Saturday, September 14, 2013

Tak ada Air







Assalamualaikum..



sihat? ewahh.. lama tak menulis. siang tadi aku baca blog sorang DOKTOR. dia ni pakar orthopedic. isteri dia pakar bius. perghh.. kerja memang la hebat bak hang. anak 3 orang. muda la jugak. around 30-an doktor ni. tapi still ada masa menulis blog. ada masa ceritakan pengalaman dia bersama pesakit yang dia jumpa. yang dia rasa nak share. memang la satu bulan tu tak lebih dari 10 entry dia buat tapi still dia tulis. mostly tulis pasal penyakit  la. cerita pasal simpton2 penyakit tu. apa yang perlu dilakukan kalau kena. bagus. aku jadi khayal baca. hehehe.. *konon dulu cecita doktor* kahkah. ketawa 6 harkat untuk kau. heehhee


aku ni masa banyak gila terluang. internet hidup segan mati tak mahu ni ada. tapi pemalasss nak update blog. adododododoi. sungguh la. rasa macam nak rakan je kehidupan seharian aku. pastu tepek kat blog. semestinya la tak best hidup aku ni. bangun tidur, tengok tv. lepas tu makan. tengok tv lagi. lepas tu tidur. itu memang membosankan. kalau kita jumpa ramai orang baru best. sebab ada banyakkkkk ragam. banyak ragam tu rasa nak tutttt je kan? hahaha.. 


apa motif sebenarnya aku menulis blog ni? aku rasa tak ada motif. owhhh..nak bagitau. rumah aku tak ada air. apesal ntah boleh tak ada pulak. pagi tu ada je amcam biasa. pastu tengah ari ok lagi dalam pukul 2 lebih macam tu tetiba tak ada air. dah la aku lupa bukak air luar untuk penuhkan tangki air dekat atas bilik air ni. aloooooo.. sudah la. nasib baik cukup aku mandi siang td. tapi malam ni kontang la. nak cuci muka pun tak dapek. hahaha. berminyak2 muka aku. adoi.. apehal ni? tak ada pulak orang bagi tahu kalau nak tutup air. cissss!





dah melengas muka aku ni. berminyak2. tapi nak cuci muka pun pakai air cedok. mane puas beb! nak air mengalir. hahaha.. sini dah la kampung. kalau kat kampung ni mana nak cekau air kalau tak ada. kot kalau kat bandar kalau dah terdesak sangat pi la mandi ke buang air kat tandas awam macam kat pam minyak ke shopping mall ke kan. ini? pam minyak memang ada tapi mana ada toilet. pam minyak pun kecik je. macam mana nak mandi? buang air? 


kampung aku ni memang la banyak lagi pokok2 buah. sebab banyak pokok buah la payah. semak. banyak binatang berkeliaran. banyak pokok, semak banyak haiwan tak diundang datang. bahaya wehh.. ada babi, ular tedung, musang, lipan.. macam2 binatang lagi la. huuu..


ada la perigi tapi air dah keruh sebab dah berzaman tak guna. parit ada jugak tapi semak. air agak banyak la jugak tapi tak bersih. tak boleh guna buat minum. takat buat cuci tangan boleh la kot. adoii.. payoh. dah malam2 ni memang bercinta la aku nak keluar. nak keluar bilik pun malas. tengok cinta jannah patu masuk bilik. malas dah tengok tv. haaaa.. pemalas dak? 


kerjanya dok main candy crush je. kahkahkah. ermm.. ermm.. kesian la kau ni. hidup sangat tak meluas. apa boleh buat dah malas sekarang. hahaa. ni aku tengah malas. kalau aku tengah rajin kang mau aku kerja je tak hingat dua. cewahhh.. tak ingat dunia kunun.. hikhik. padahal kerja je nak balik rumah. hujung minggu mesti nak balik. hahaha.. pentipu!


ok la. ini cerita semalam. cuma semalam internet vengong. slow gila. tak boleh publish. jadi publish hari ni. hari ni dah ada air. dah mandi puas2. hehehe.. babai sayang semua.. thank you baca entry merepek kita..


kita nak keluar jalan2. walaupun hujan kita nak jalan2 jugak.. huehuehue









No comments: