Happy Cat Kaoani -->

Friday, June 21, 2013

Redo presentation. Last class.






Assalamualaikum..



semalam adalah last kelas kami. last kelas untuk the whole semester! wuhuuuuuu.. bangga sekejap jadi budak degree yang dah abis kelas. lalu tepi budak2 asasi sambil bermonolog dalaman. 


" hai adikk.. ada kelas ke?  akak dah HABIS kelas untuk degree! lepas ni tinggal final exam je... "


kahkahkah. kurang hajar sangatlah nampak nya kakak yang sorang ni. tapi nak buat macam mana. rasa riak masa tu sangat tinggi. lepas tu jalan kaki pun berbual ala2 orang ambik master dengan Phd je gamaknya. cerita pasal encik itu, cerita pasal dokter ini. dan yang tak best cerita pasal IS a.k.a Thesis kami untuk pelajar semester akhir. budak U lain thesis akhir panggil apa? PSM? UiTM degree panggil Independent Study. lain ken?? wahaahhaa..


lepas balik kelas aku dengan kawan2 pergi Shah Alam. bukan berjimba ok, pergi jumpa advisor untuk IS kami tu. yang takutnya present 24hb Jun ni. hari isnin. sekarang dah hari apa? jumaat okeh! takutnya bukan main. aku risau tapi jangan la tunjuk sangat kan. buat relax je tapi takunya masyaAllah. bukan main lagi. muka je macam tak ada perasaan tapi dalam hati Allah sahaja yang tahu.




 



ni semua gambar2 kami sebelum habis belajar. macam gambar. macam2 ragam. paling tak boleh blah semalam la nak habis kelas kan. ramai nak ambil gambar dengan lecturer yang sporting yang pakai baju kurung warna hijau tu jadi berebut2. lect tu sangat baik. dah la tu ambik gambar dengan kami budak2 perempuan semua peluk2. sangat la sporting dan relax. baik. hehee..


dia layankan je semua student dia. siap suruh add kat fb pulak. jangan lupa dia kata dia. hahaha.. nampak tak, selalu student yang kata jangan lupakan kami tapi ni lecturer yang cakap macam tu. memang rare. lepas kelas kami pun berbondong2 la add miss dekat facebook. Lecturer aku miss lagi okeh. walaupun dah masuk 3 series. tapi dia tak nampak 3series. pelajaran sampai Master. badan cantik. comel. sweet. sporting. ada seketul kereta HONDA. gagagaga.. best okeh ada HONDA dalam usia muda dengan hasil titik peluh sendiri. bukan sangat. memang sangattttttt tak senang. 


dengan hari rabu haritu ada REDO presentation. takutnya tak boleh cakap la. kau tahu la DATIN kan. expectation dia pelik2. jangan dia komen pasal content pulak sudahla. hari tu kami kena REDO pasal gambar je. dia tak puas hati dengan gambar kami yang berdiri je. dia nak gambar masa berinterview. selasa sebelum tu kami kena pergi Hotel Bluewave semula untuk ambik gambar yang lebih proper. terpaksa sewa kereta semula dan pergi semula. ambik gambar dan tanya sikit2. banyak sangat keluar duit akhir2 ni. nak kena sewa kereta. nak ambik masa pergi sana. bukan main lagi. siap ponteng2 kelas demi presentation DATIN. hahaha..


tapi hari rabu yang paling seronoknya lepas present je DATIN komen sikit itu ini. then datin cakap dia bagi A untuk semua presentation REDO kami hari tu. ya Allahh.. sukanya dalam hati aku. tak sia2 buat REDO presentation. dia tak komplen apa2 pasal part aku. dia kata semua improve presentation. lepas tu dia komen2 terus kata this is A presentation! wohooooo.. yang group sebelum ni yang dah lepas presentation tak tahu la dapat A ke bukan. huuu...


banyaknya nak cerita kan? aku ni akhir2 ni suka kompile kan cerita. senang. aku bukan tulis blog hari2. sebab tu la compile kan je. hidup aku ni bukan banyak sangat cerita nak cakap. just sikit2 je. betapa boringnya la hidup kau ni izaaaa...hahahaa






gambar gegar dari phone sape tah. bantai je. hahaha



bai!!



No comments: