Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, April 2, 2013

Lepas beban minggu ni..






Assalamualaikum,,..



malam ni gua relax je walaupun sepatutnya gua kena buat IS dengan kawan gua tapi gua kena menangkan perasaan malas gua dulu. kalau tak memang la gua buat sambil lewa gila. tapi ikut kronologi gua tak pernah pun buat kerja dengan sepenuh perasaan. gua tahu, gua pemalas. gua terima lu orang nak kata gua macam2. tacing pulak tetiba minah ni. 


berakhir hari isnin maka gua rasa bebas sepanjang minggu ini. kalau tak gua rasa macam ada benda yang menghambat gua kesana kemari dengan penuh rasa seksa. lu orang tahu tak, gua ade present siang tadi? tak tahu kan? ni la gua nak citer sama lu orang. al kisahnya gua present pagi semalam. pastu gua buat dengan  bersungguh2. gua hapal skrip macam gua nak pidato. dengan harapan gua dengan group gua tak kena redo. 


tapi malang selalu tak berbau. lepas ni gua nak letak bau kat dia kasi wangi. gua nak letak bau donut Big Apple biar bau je rasa lapar dan sedap baru syok kan? haha. gua buat lawak ni. ketawa la sikit. -___-'


ok, gua sambung, malangnya kumpulan dua kena jugak redo sebab tak buat certain benda dan bila dia tanya gua, gua jadi blur dan gagap nak cakap. terus dia kata redo. gua tak sempat cakap pun dia dah cantas. otak gua tak dapat nakmencerna apa dia tanya masa tu. tetiba dia tunjuk kat gua kena jawab. gua macam apa dia tanya ni?? ohmai.. gua rasa macam nak pinjam rifel komando 21 kat sungai udang nun pastu tembak kepala gua sendiri. tensenya macam tu sekali gua rasa. lu orang tak tahu kan?


gua dengan muda redo kena la buat semula. gua paham dia nak yang terbaik. gua tahu dia ajar benda yang betul. yang akan bentuk kita jadi graduan berkualiti. tapi masalahnya budak2 tak tahan. jadi macam orang gila nak present. semua ketar, gigil, takut semua ada. kalau dulu gigil sebab kena berdiri depan kelas, depan kawan2. tapi ni gigil dengan lect je sebenarnya. cuak takut apa yang kita cakap semua salah. semua dia nak kondem. huaaaa.. tensen dowhhh...


minggu depan kena buat presentation semula. pastu gua nak hapal semua benda. gua dah tensen kena point tapi gua blur2. malu la gua macam tu. nampak sangat gua bodoh. walaupun hakikatnya memang ade la sikit kebodohan di mana2. hahahaa.. ahhh.. tengok, gua dah semakin biol. 


balik tu rasa mengantok yang amat. lepas tu sekarang ni gua rasa lenguh kaki. tak selesa sungguh. gua rasa macam nak tidur lagi. patutnya gua kena buat kerja malam ni tapi gua malas. macam biasa la gua akan menangkan perasaan malas tu dari lain2 hal. gua ni suka sangat buat kerja last minit pastu gelabah. lu orang pun sama kan? kan??


ok la. gua dah ngantok ni. lu orang tak ngantok lagi ke? hebat la mata leh tahan lama2. gua ni mata second hand. cacat pulak tu. memang la teruk macam ni. gua rasa gua nak tidur la. selamat malam brader2. jangan poyo sangat ok? hehe



gua chow dulu beb!



tatatititutu!




No comments: