Happy Cat Kaoani -->

Sunday, April 7, 2013

Kenduri di hari Jumaat






Assalamualaikum...



hari jumaat hari tu kami 7 sekawan serumah ni telah mengadakan bacaan yasin dan doa selamat. memang dah niat nak buat yasinan tu sejak sem lepas lagi. nak bagi kawan2 makan. sebab ramai dah buat yasinan dekat rumah masing2 tapi kami tak buat lagi. baik kami buat sem ni. kalau tak takkan ada lagi la.


jadi inilah kemeriahannya! 

























nampak tak kemeriahannya? haaa.. semua semangat makan2 dekat rumah kami. menu kami haritu adalah bihun sup, soto dan mee goreng. semuanya licin. sup tu belum habis majlis dah habis dulu dah. tak cukup. jadi macam err... kami laju2 masak lagi. sebab nak bagi orang sikit.


yang penting semuanya habis dan licin. lagi suka aku orang makan banyak dari tak makan dan tak ade orang datang. lagi aku risau kalau tak ada orang datang. waaa.. 


penat yang amat sangat tak boleh cakap la. dari hari khamis sebelum tu beli2 barang sana sini. lepas tu malam buat mise en place. esoknya pulak. pagi2 bangun je celik2 mata dah mengemas barang aku yang banyak ni. barang aku ni letak dekat luar bilik. berselerak dekat ruang tamu. memang la kena kemas. baru la luas dan lapang kawasan ruang tamu tu. tapi bilik kawan aku jadi stor la aku letak segala barang aku dalam bilik diaorang. kesian. tapi nak buat macam mana kan.


habis je majlis petang tu kami laju2 kemas barang2 yang kami pinjam kat kawan ni. dia nak balik dah so laju2 kemas itu ini. bungkuskan balik dan bawakkan makanan untuk dia sikit tanda terima kasih. hehehe.. kalau tak payah la nak buat kenduri tak ada barang2 macam tray makanan dan semuanya. susah ok.


dan semuanya berjalan lancar. kawan2 suka makanan yang kami masak. kawan2 aku yang masak sup dan mee goreng. goreng keropok dan popadom. semua dok semangat makan papadom kami. dan keropok. ade kongkang tulang. suka aku tengok korang makan. maafakan kami kalau ada kekurangan dimana2. kalau terlebih tu terima kasih. terima kasih kerana datang dan terima kasih kerana sudi bacakan yasin di rumah kami. 


niat dah terlaksana. alhamdulillah..




No comments: