Happy Cat Kaoani -->

Monday, April 8, 2013

G.I.Joe dan The Host Review





Assalamualaikum...


hari tu aku pergi tengok G. I. Joe. semuanya tak plan langsung. selasa lepas, abis kelas pagi kami balik sebab tak ada kelas petang. balik macam biasa. relax. tetiba petang2 ade kawan ajak keluar. nak shopping dan tengok wayang katanya. entah la. aku pun ikot je la. runpanya nak tengok wayang dulu baru la shopping. tapi tak sempat shopping. pergi tengok wayang je habis dah maghrib. lepas solat bagai kami balik je la. makan pun dekat puncak alam.






masa aku datang nak tengok wayang ni ade wayang 3D yang paling dekat waktunya dengan kami. jadi ambik la 3D. inilah 1st time tengok 3D ok. sebelum ni tak pernah. dah letak dalam kepala otak mind set ni kata 3D mahal. tapi nasib baik bawak kad matrik. padahal aku pakai kad matrik masa diploma bukan degree. tapi mana dia tengok kan. so, lepas je la.


ceritanya best tapi aku tak paham sangat sebab tak tengok G.I.Joe 1 so aku tak paham. ni siapa. ni apa. kenapa dia jahat. kenapa dia baik. hahahaha.. dok bising2 tanya kawan mana satu jahat dan baik. hahaha..


tapi overall best la. tak mengecewakan. aku teruja sebab aku The Rock sebenarnya. suka ok tengok the rock tuh. hehehe..



lepas tu ni ade orang belanja tengok wayang lain. cerita The Host. ermmm.. nak kata tak best macam best, nak kata best, tak adalah best sangat. tapi ceritanya ok. sesuai dengan otak aku ni. boleh la aku cerna cerita ni. aku tak suka cerita yang tak boleh aku cerna. tak paham aku rasa benda2 yang luar otak aku ni. heheh..






kalau tengok poster ni mesti tak paham. cerita pasal apa benda ni. kan? tak dapat tangkap langsung. aku pun mula2 macam cerita apakah ini. tapi masa tu aku tak tahu nak tengok cerita apa. kebanyakkan cerita aku dah tengok dan sesuai dengan waktu kami datang. tengok aje lah apa2 pun. mula2 memang tak paham tapi dah lama2 paham dah. teruja aku tengok dengan kepandaian teknologinya. 


ok2. sem ni sangat banyak tengok wayang. balas dendam sungguh dari sem lepas yang tak ada seketul pun tengok wayang. kesian gua. sem ni baru minggu 6 dah tengok 4 wayang. hehehee..matik la menghabiskan duit dengan wayang je. tapi tak pe la. sem ni la sem akhir kami tengok wayang sama2 dengan kawan2 dan kawan2 rumah. kalau tak, mana ada nak keluar2 ni. 


sem ni la nak lepak2. lepas ni dah kerja tak ada maknanya nak lepak2 sesama. memang payah sangat2 la kan. aku tahu sangat. dengan duduk jauh2 macam ni tak berkesempatan langsung. 


jadi nikmati waktu sekarang ni dengan senikmat-nikmatnya.. sobsss..



babai..





1 comment:

nadia said...

bestnyaaaa
nadia tak tengok lagi gi joee T______T