Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, April 9, 2013

Selasa yang spoil







Assalamualaikum..



hai2 kawan semua. tengah buat apa? aku tengah semangat nak buat kerja tapi mata mengantok. bagaimanakah? adakah perlu tidur dahulu baru bangun balik buat kerja. adakah perlu buat kerja dan bersengkang mata demi menyiapkan kerja? adakah??


tak tahu nak buat mana dulu. nak tidur dulu atau nak buat kerja terus. tensen pikir. ececeh.. mengade sangat tau itu pun nak tensen. pirahhh...


hari ni biasa je. tak ada yang menarik dalam hidup aku. hidup yang dijalani macam biasa. cuma yang aku bengang sikit hal masa aku nak solat zuhur dekat surau UiTM masa tengahari tadi. biasalah surau tu kalau zuhur memang penuh gila almaklumlah ramai sangat umat manusia yang bernama perempuan dekat UiTM ni. korang sendiri tahu kan banyak mana nisbahnya dengan lelaki. surau lelaki lenggang je. surau wanita mak oi, nak solat pun penuh sangat. kena la pilih2 tempat yang sesuai dan berusaha dapatkan telekung. 


sebab aku berusaha dapatkan tempat dan telekung tu la kaki aku terpijak kerongsang sape ntah letak elok 3 butir atas sejadah yang ada corak2. kau dapat beza tak corak dengan kerongsang besar2 jari tu dekat atas sejadah letak ade 3 ketul macam tu? dapat beza? dengan spek kau letak sebelah kerongsang elok atas sejadah. memang kasi orang pijak ke hape? dah finally aku tak perasan terpijak. 


aku tak pasti aku pijak kerongsang dia atau pijak spek dia. tapi aku tak peduli. lantak kau la. yang aku peduli kaki aku dah berdarah2 meleleh. aku mula2 relax je. aku tahu saket tapi aku malas nak ambik kisah. dh terpijak mestilah saket kan. jadi aku pretend macam biasa. tak ada apalah.. sekali aku tengok.... ha kauuu.. berdarah2 kaki aku. aku kesat dengan tisu pastu pergi ambik air sembahyang. solat macam biasa. malas nak ambik tahu siapa yang punya spek tu. patah ke tak pun aku tak ambik peduli. lantakkkkk..


kenapalah bijak sangat pergi letak kerongsang yang kenit2 tapi atas sejadah tu buat apa? bijaknya la hai kau ni. kenapalah benda macam tu pun kau tak boleh pikir? benda senang. letak atas tu nanti orang pijak. kerongsang aku rosak, kaki orang pun rosak jugak. tak boleh pikir ke? masuk universiti pun tak bijak lagi?? adoiii...


yang best sekarang kaki aku saket dan pedih. sekian..



terima kasih awak yang bijak..






No comments: