Happy Cat Kaoani -->

Thursday, December 20, 2012

Kenduri di Singapore!






Assalamualaikum..



apa khabar semua.. sihat tak? amboi, dah lama pulak rasanya aku tak post apa dekat sini. macam tak ada apa cerita. padahal banyak gila cerita yang aku nak cerita. hehehehee..


ni cerita berapa minggu punya. aku pun lupa. haritu aku sekeluarga dan keluarga pakcik aku pergi jemputan kahwin sedara aku dekat Singapore. waaaa.. seronoknya sebab dapat jalan2. aku sanggup balik kampung hari jumaat tu sebab nak pergi jugak Singapore tu walaupun aku bizi minggu tu. 


hari khamis tu kami semua sekelas ke PWTC sebab ada conference Islamik Tourism. anjuran fakulti kami dan dihandle oleh seluruh lecturer dan master student. best wehhh.. mesti banyak gila kerja. sebab deal dengan hotelier Turkey dan delegates dari Turkey dan Korea. sangat bermanfaat tapi tu la.. kami ni kalau pergi ada je.. hehehee.. 


dan, pergi sana tak bergambar adalah tidak sah dan tidak memenuhi syarat kami sebagai pelajar yang gilakan  camera dan tak pernah lupa bergambar nih! hehehee..




pepagi buta dah terpacak depan bas persiaran yang bawak kami. gigih sangat pukul 6.30 dah sampai UiTM. waaaa.. ni masih remang baru nak pukul 7 ni sebab tu gambar macam tak berapa terang. sori la uols, camera hp cikai mikai sakai ni. i pakai hp murah jekkk.. tak terang, tak ada flash! huaaaaa...






nah lagi seketul gambar sebagai bukti aku dah sampai dekat sana. bukti yang aku dah sampai PWTC setelah hidup selama 22 tahun.. kenapa bukan 23? sebab masa aku pergi ni hari khamis. birthday aku hari sabtuuuu.. so belum 23 lah ye anak2 sekalian.. weols muda lagi okeh! hehehee...


jumaat tu laju2 aku balik kampung. sabtu tu laju2 jugak ke JB sebab nak saing pergi dengan wak aku dekat JB tu. naik Avanza je kami bertujuh dan ada driver bawak kami kesana. waaaa.. driver bayar okeh. dia india. bawak teksi dengan bawak orang dari Singapore ke JB dan vise versa la. tapi bayar dalam dollar Singapore la. kalau tak pun double kan duit Malaysia tu. sebab kita dah bawak dia pergi Singapore kan.. 





tadaaaa.. weols kat rumah pakcik weols tau. saja je posing macam orang jakun depan rumah, padahal ada pagar je pun. sibuk nak camwore sana sini. bosan sangat dengan aku ni kan? hahahaa





ni seketol dalam Avanza yang pakcik aku sewa ni. sempit sikit la sebab aku dengan kakak aku bukan kecik. mak aku je kempis. aku ngan akak aku kembung! haahahhaa.. sempit wehhh! saket rusuk kanan aku..hehehee.. tapi we have happt time together okeh! 





ni dia aku dengan akak aku mencapak seketoi dua. malasdah buat caption ni. hahaha..







wehuuuu.. cop imegresen pada tarikh bufday kitaaaa... weeee! sukanyaaa.. balik hari je uols. ala, attend kenduri kawen je kan. sekejap je. bukan perlu nak tidur lama2.. hahhahaa..


dah la aku penat la cerita. aku kalau lama2 bosan dah taip entry ni. aku dah tak ada cerita nak cakap.. heeehe..


ok la. babai! =D




No comments: