Happy Cat Kaoani -->

Friday, November 23, 2012

Kelebihan Surah Al Kahfi






Assalamualaikum..




mula2 sekali nak ucap selamat pagi. selamat hari jumaat yang penuh berkat. Alhamdulillah kerana diberikan peluang untuk menghirup udara segar ini di pagi jumaat yang amat indah ini. semoga jumaat kali ini diberikan keberkatan yang tak berbelah bahagi oleh Pencipta.. =)


first of all, ewahhhh.. cakap BI bagai.. gegegee... mari kita membaca surah al kahfi. korang tahu tak fadhilat membaca surah ni pada hari jumaat? sangat besar oke.. semua ni Allah bagi free je dekat kita. tinggal kita je sama ada membuatnya atau tidak. Allah dan bentangkan seribu kesenangan dan seribu cara untuk kita mendapat redhonya.. cuma kita je yang masih malas atau tidak mengetahui kelebihan setiap perkara dan setiap hari.. 


kat sini aku sertakan alunan surah al kahfi supaya korang boleh dengar walau tak hafal pun. hehee.. senang kan sekarang, teknologi dihujung jari..







ni aku nak kongsikan pulak fadhilat surah al kahfi dan fadhilat hari jumaat.. hehehee.. semuanya kita boleh ambil tahu. cuma di hujung jari kan. ramai sangat dah orang post benda2 ni. sampaikan kita tengok je tanpa kita baca. maksud "baca" adalah dengan membaca dengan mata hati. jarang sekali kan? sekadar baca. sekadar nampak dan tak amalkan. apa kata hari ni kita mulakan dengan membaca dan mengamalkannya?











Alhamdulillah.. sudah? bagus kalau sudah baca surah al kahfi. tak pun sambil baca entry ni sampai habis boleh on play youtube surah al kahfi tu. kalau kita tak hafal pun, mendengarnya pun sudah cukup baik. sememangnya kita tidak hafal kan? surah al kahfi tu panjang sangat. tak pe2. mula sikit2. lama2 terbiasalah.. 



tadi aku mesej mak aku, lalu mak aku cakap yang ada seorang orang kampung aku meninggal dunia. beliau orang kuat kampung. dan sudah lama berkhidmat dengan kampung. sangat peramah dan baik orangnya. aku agak terkejut mendengar berita itu, sebab aku tengok beliau baik2 sahaja, tapi mak aku kata beliau menghidap saket jantung. dah lama penyakitnya itu. 


hanya iringan doa yang mampu aku titipkan. selamat pulang kepangkuan penciptamu..  Innalillah..








wassalam...




No comments: