Happy Cat Kaoani -->

Wednesday, October 3, 2012

Risau tu akan bertukar rindu..





Assalamualaikum...



aku resah sangat sekarang ni. almaklum la aku ni bukan pandai sangat tapi esemen banyak dah. yang nak site visit, yang nak interview, yang nak buat research dan yang kena baca journal banyak2. aku bukan seorang yang suka memabaca. lebih2 lagi dalam bahasa inggeris. you know me..hahaha..


aku suka baca ayat sastera je. bahasa lama dan cerita klasik. tapi kalau dah pergaduhan diraja tu aku bosan lak dengan nama mengarut. sampaikan masa aku tengok movie Merong Mahawangsa aku boleh tertidur dalam setengah jam dalam panggung! wakakaka.. sesuka hati aku je kan..hahaha. aku memang suka prosa klasik. suka sejarah. suka muzium suka antik tapi aku tak minat penceritaan Hikayat Merong Mahawangsa tu. entah la kenapa. mengada pulak otak ni nak boleh mencerna bagai..hahaha


bab2 nak baca journal ni aku mengaggau sikit. baca sikit tapi melalu main itu ini. biasalah kan. kalau internet laju 24hours depan mata haruslah tak boleh nak buat kerja. hahaha..


yang merisaukan aku ada satu esemen ni dia nak kita present apa yang kita buat dimasa lapang. which is macam hobi korang la. apa hobi korang dan persembahkan sorang2 dekat depan. masa present dalam 5 minit je sorang. kejap je. yelah, bukan apa just 5% dalam markah keseluruhan tapi aku macam dah surrender nak pikir apa as hobi aku yang boleh impresskan lecturer. walaupun benda ni nampak mudah tapi as i said macam menguji ketajamanan minda aku nak pikir apa aku nak buat as hobi aku. dah la lecturer cakap nak sesuatu yang akademik sikit. haihhhhhhh.. tensen aku!


ce korang cakap sikit apa nak dibuat untuk presentation ni. haihhh.. sumpah aku tak ada idea. dah tu no 10 present. matik la nak cakap apa. aku macam surrender je. nak cakap ngan lecturer aku tak ada bahan nak present. sungguh!!!


bila aku risau ke aku emosi aku akan tengok dan baca blog2 orang berkaitan kucing. yang ade blog dan mostly cerita pasal kucing tu la aku mula baca sampaikan macam tak boleh stop. aku akan baca setiap entry dari awal sampai abis sebab aku suka baca gelagat kucing. cara penceritaan diaorang dalam blog tu pun best. aku terhibur baca tu semua buat hati aku rasa heal je.hehehehe..


aku rindu sebenarnya dengan kucing2 aku. lama dah aku tak main diorang. nak balik macam tak sempat je. lagi pun macam penat balik selalu dengan keadaan kewangan agak tak mengizinkan.. hahaha





ni nama dia yanti. dia antara kucing yang lama aku bela. dari time aku sekolah menengah kot rasanya tingkatan 3 or 4 macam tu dia dah ada sampai sekarang. hehee..





ni masa ade suku kaum anak2 kucing tidur tapi jangka hayat mereka tak lama. kejap je then mati pulak. kenapa ntah aku pun tak tahu sebabnya..sobsss!





dua beranak makan bersama. nyummmm! hehehee..






haaaa.. ni dia yang dalam gambar first tadi. ada nak dah. dia ni banyak kali beranak tapi kebanyakan anaknya mati. yang sihat walafiat pun tak ramai. dan tak banyak jugak yang tahan lama.. sedihkan.. 

 
dalam group ni aku paling sayang budak dalam gambar bawah ni. manjanya, keletahnya.semua aku suka. nama dia puntal tengok muka pun melting kita jadinya. keletah dia macam orang. pandai menjeling. pandai mengacau orang. semua la. sayang sangat kat dia. 





tengok la muka dia tu. buat kita melting je dengan pose manda mengada2 dia tu. eisshhhh... geram aku hoi! aku suka gomol dia. peluk dia. cium dia. main2 ngan dia. sebab ni ni manja terlebih2. sebab dia tahu orang sayang kat dia. jadi dia berlagak la dengan adik beradik dia yang lain. hikhikhik





ni batch lain pulak. yang tadi semuanya dah mati. ye, mati dan hilang. tak balik2. ni bach lain. emaknya si hitam. ni anak2 dia. yang kelabu2 sikit tu makcik budak yang tengah pandang atas tu. hehee..tengah berusaha makan dalam botol. seluk jangan tak seluk! ehehehe...






dalam batch tu aku paling sayang yang ini. seba dia gebu sangat2. bulu dia lain dari adik beradik dia yang lain. kembang2. macam cantik. pastu lembut pulak. best je pegang. dia ni pun manja walaupun pernah sekali selamba dia kencing atas sofa baru mak aku. bebel2 mak aku tapi still sayang lagi. hehehe..





yang terbaru sekali dia ni. nama dia kecik. hahaa.. sah2 macam tak ada nama lain nak bubuh kan. hahaha.. sesuka hati aku je. tapi dengan masa yang menjadi kekangan aku sekarang aku sangattttttt rindukan budak ni. budak ni boleh buat main. tapi sangat ganas dan merbahaya. hahaha.. asyik la mencakar, menggigit. sakit okeyyy.. tapi aku still rindu budak ni walaupun buas. hehehee


huaaaa... makin cerita makin la aku rindu gila budak ni. rasa nak peluk2 je. aku kalau risau mula la rindu kucing2 busuk aku ni. hahaha..


thanks baca tau! =)




4 comments:

Ayie Abas said...

kat rumah ayie ada byk kucing..berbelas2 ekor...tapi yg lecehnya...berak dan kencing nya laa..merata2....ermmmm

lynndAmya said...

Okay, rase nk menjerit2 tgh mlm sbb nmpk byk gila pic kucing, hahaha sy pun tym study dulu, klw rse tension sgt dh, mesti turun bwh blok, merayau cari kucing, boleh hilang stree klw layan kucing kan..owh awk mint bace cerita kucing ye, pe kata awk singgah blog sy bace cerita sedih kucing sy, wuwu :

http://lynndamya.blogspot.com/2012/10/kucing-oren-dalam-kenangan.html

Nazz@Purple said...

ha..presentation nanti..cite ape yg dh cerita kt entry ni la..kan senang:)

Nour Eyza said...
This comment has been removed by the author.