Assalamualaikum semua..
apa khabar? sihat? saya sihat2 sahaja. walaupun dah lama tak update saya takde la duduk diam2 je dekat rumah. harus la jalan2 dihujung sem ni untuk menimba pengalaman yang tak berbelah bagi. hahahaa...
harus la hujung2 sem ni berjalan release tensen waktu exam ni kan. waktu2 exam ni aku dah 2 kali tengok wayang. biasalah. student kan bila keluar mesti tengok wayang. suka bebenor. tapi kena pilih cerita yang best2 je tengok kat wayang tu. taleh cerita melayu yang tak berbaloi tengok dekat wayang. membazir! cerita melayu tengok thru online je. tayah bazir duit tengok kat wayang. lain la cerita orang putih pecang panggung.
macam The Avengers, Battleship, The Amazing Spiderman dan Brave. berbaloi weh bayar untuk tengok wayang. sebab best kot tengok dekat wayang. hehehee..
semalam aku pergi berjalan2 dengan kawan rumah lama aku pergi jalan2. lepak2 tapi biasalah tak boleh lama sebab kami keluar lepas habis dia present praktikal dia. petang dah. nak dekat malam. lepas tu pergi kemain jauh2 benor. sampai Sunway Piramid pergi semata2 rupanya nak tengok wayang. dah bazir masa dalam perjalanan je. dah la jem sebab petang orang balik kerja. haihhh.. kesian kawan saya tu drive jauh2. dari Pantai Dalam ke UiTM Shah Alam, pastu ke Puncak Alam, pastu ke Sunway, pastu hantar balik ke Puncak Alam. haihh.. jauh tu.. sian dia. tapi dia drifter okkkk..
15min sebelum ni dia kol tanya mana nak ambik. kami cakap la direction nak pergi rumah dekat Puncak Alam. 15-20min kemudian dah kol balik. weiii.. aku dah sampai kat bawah rumah korang ni.. hahahhaa.. gila laju kau bawak kereta Dayahhhh oiii.. sekejap gila dah sampai. ingat Shah Alam - Puncak Alam ni dekat2 ke??? ahhahahaa...
pastu jalan2 pergi la tengok wayang. cerita BRAVE. ingatkan kartun2 biasa penuh fantasi je tapi rupanya sangat la besttttt... >.<
aku tak pernah pikir kartun ni tak mampu buat aku berfikir, tak mampu buat aku menangis dan tak mampu buat kita emosi tapi dala BRAVE ni semua ade okehhh.. suka pulak aku.. ehhehee..
cerita pasal puteri yang suka memanah dan kasar. tak suka perkahwinan. dan memberontak saat dia disuruh berkahwin. dan segalanya bermula saat dia mahu dikahwinkan. macam2 benda jadi yang sangat menguji jiwa kita yang melihat ni. lepas tu pada pengakhirannya dia akan buat kita menangis.. =(
kalau orang sayangkan mak tengok la cerita ni. kalau tengah rindukan mak jangan tengok cerita ni. menyentuh perasaan dowhhh! =)
hehehe.. apa lagi? pergi la tengok. best tau. hehehe..
=D
1 comment:
belum tengok, entah bla ada kesempatan tgok Brave ni XD
Post a Comment