Happy Cat Kaoani -->

Tuesday, June 5, 2012

Pagi yang panas





Assalamualaikum..


apa khabar semua? lamanya saya tak buat entry dekat sini. menulis dan menaip disini. yelah, hari khamis aku balik rumah dah tu mana ada internet dekat rumah. jadi dekat rumah menatap tv je la kerjanya. internet memang out. ade broadband pun slow dapat tangkap. almaklum la kampung kan.. isk isk..


hari ni sangat2 panas. tak dapat tidur lama. padahal semalam tidur lambat. mengantuk jugak ni tapi tak boleh buat apa. kena bangun jugak. badan super melekit dah. bangun2 aku terus mandi. bajet dah pukul 8 sekali aku tengok jam baru pukul 7.40. haihh.. awalnya aku bangun. sebab panas la ni. 


bangun2 terus basuh baju bagai. baju malam tadi pun dah basah dek peluh aku. aku basuh sekali. ishhhh.. kenapalah puncak alam ni panas? nak hujan ke? hujanlah ya Allah.. tak sanggup nak merasa panas ni..


apa yang aku merepek pagi2 ni pun aku tak tahulah. dah aku nak membebel dekat blog ni pepagi. nak buat bagaimanalah kan? hikhik


k la. nak buat esemen. bai!



=)



No comments: