Happy Cat Kaoani -->

Saturday, March 10, 2012

Semoga kau tenang di sana sayang..





Assalamualaikum..


semalam semalam saya ada cerita pasal anak kucing saya nama hitam yang saket kan? dah 3 hari tak makan dan minum sikit2 je. pulak tu panas gila badan dia. aku suruh dia minum pun dia tak mau kadang2. kesin sangat.


dah la tak nak makan 3 hari. minum pun sikit2 je mana boleh jadi macam tu. makan nasik memang tak nak. bagi makan jajan dia sikit je makan tak sampai 5 biji dia makan. sian sangat. tahi mata dia, dia tak mampu buang, tak mampu bersihkan badan. tahi mata pun dah keras, mata berair. panas badan kan. bulu2 habis kotor, berhabuk dan berdebu.


aku yang tolong lapkan tahi mata, buangkan habuk. semua la. aku tak sampai hati tengok anak kucing aku yang paling manja, yang paling suka gesel2 dengan aku. panjat2 badan nak cium muka sekali saket teruk macam tu. aku memang sedih sangat. hitam lah paling selalu aku panggil. sebab dia cepat datang kalau kita panggil.


malam semalam pukul 10lebih mak aku kata hitam dah terbaring lesuh dekat beranda rumah aku. mak aku kata panggil2 pun dia tak bergerak maknanya dia memang dah tak ada. sebab sebelum ni dia lincah sangat. hepi je. sebab dia jantan jadi dia selalu akan berlawan dengan mana2 jantan lain yang datang nak membereng pada betina2 anggun rumah aku ni. 


tapi umurnya tak panjang. Allah lebih sayangkan dia. 






lepas tu masa hari khamis mak aku mesej yang sekor lagi anak kucing aku mati dekat rumah. anak kucing paling gebu dan aku sayang. mak aku pun sayang dia. rindu dengan keletah manja dan mengada2 dia tu. dia sangat manja dan bulu dia best. panjang dan lembut. dia pun gemuk. suka sangat sakat orang. dengan mata dia yang bulat tu geram je kita tengok dia.




tengok la nakal dia tu buat aku sayang sangat. dah la bulu dia best. lembut je gebu2. ish!! tapi sekarang dia dah tak ada dah. dah mati. berturut2 anak kucing aku mati tau. sedih aku. dah la yang mati tu yang paling aku sayang.


yang aku kurang sayang tu pulak yang hidup sampai sekarang. ish2..



ok. la. nak sambung tengok pic diorang. wuwuwuwu T_____T




No comments: