Happy Cat Kaoani -->

Thursday, February 2, 2012

Pikir punya Pikir




Assalaualaikum..


selamat tengahari semua kawan2. mesti ada dah makan tengahari kan? saya belum makan tengahari lagi. ermm.. biasalah makan tengahari lambat2 sikit. dalam pukul 2 ke 3 ke macam tu. waktu2 cerita sinetron Puteri yang tertukar tuu.. hehehehe


mak aku sebenarnya yang suka sinetron2 macam tu. yelah, waktu macam tu waktu untuk berehat bagi suri rumah kan. jadi harus lah mak rehat2 tengok tv masa tu. ada pulak pelakon Atalarik Shah yang hensem ganteng gila macam tu. lagi la aku teruja nak tengok. dah tua pun still hensem je Atalarik Shah tu. perghhh... dulu aku selalu tengok masa sekolah menengah time tingakatan 1 ke 2  macam tu. cerita apa ntah.. sebab masa tu aku ada masa antara sekolah agama dan sekolah menengah...hehehe


sekarang ni aku terfikir macam mana hidup di Puncak Alam. aku dah satu sem belajar dia sana. aku tahu kepanasan, kepayahan, kepenatan di sana. kalau ada kenderaan sendiri adalah paling senang. senang nak bergerak kesana kemari sebab tempat disana jauh2. paham sangat dengan keadaan tu. 


sem depan aku duduk dengan housemate baru. hopefully semuanya ok. aku belajar hidup dengan korang pulak. kalau aku boleh hidup sebelum ni tak mustahil aku boleh hidup dengan housemate baru. kita semua ni di tempat orang jadi pandai2 lah jaga diri dan kelakuan. 


tempat baru ni sedia maklum la. tingkat 3, tempat makan agak jauh, tempat lepak tak ada. ada sebijik McD, sebijik Econsave dan kedai2 makan kecik2 je. setakat nak makan aku tak risau sangat. aku boleh masak ala kadar. kalau ada apa2 hal nak buat kerja ni. macam nak photostate ke, nak print ke, nak buat apa2 sal esemen la. kena tunggu siang. tak pun kena buat awal. issshh.. dah la memang suka buat kerja last minit punya orang...


terfikir jugak nak beli printer, senang nak print esemen sikit2 tok group sendiri dan kawan2. kawan2 leh la bagi barang seposen dua. buat penjana ink. kalau beli pun nak buat printer tu siap2 supaya murah dan tahan lama inknya..ermm..


tapi macam nak beli toaster. toaster tak mahal sangat. tapi macam payah je nanti nak bawak balik, kalau nak habis degree nanti. aku degree tinggal setahun je lagi. ntah la. aku pun tak tahu.. nak beli ke tak nak. kalau nak pikir memang sampai ke sudah tak akan habis kan? nantilah tengok keadaan kewangan naik sem nanti. weeeeee~


banyaknya aku membebel hari ni. huahahaha.. bosan korang membacanya kan! heheee



bai!



No comments: