Happy Cat Kaoani -->

Sunday, December 11, 2011

Malam yang Indah..





Assalamualaikum semua! Selamat Pagi!


hari ni hari ahad, korang ada plan nak pergi mana2?? mesti yang ada keluarga nak bawak keluarga  pergi jalan2 ataupun beriadah. nak2 cuti sekolah kan? memang anak2 akan terkebil2 bila tengok mak ayah cuti. memang santak la segala shooping mall, segala wet world, pantai, tempat2 pelancongan lain. kalau tak tempat pelancongan pun semestinya Tesco, Jusco, TGV, GSC, MBO, OU, Giant dan IKEA penuh dengan manusia yang bawak anak2 dan keluarga berjalan. 


kalau dekat area KL dan Selangor merasa la jalan jem hari ahad ni walau apa waktu sekali pun. buktinya, hari tu, hari rabu, kami ke KL nak ke Perpustakaan Negara Malaysia. jem pukul 11 lebih pagi. balik dalam pukul 3 petang pun jem bagai. apekah?? korang tak kerja ke???


semalam malam, aku keluar la sebab nak print notes dan betulkan kasut. sekali cari makan malam. otw aku nak melintas jalan je aku nampak banyak gila kereta masuk i-city. aku dengar bunyi wisel. ceh! siap ada RELA bagai jaga tepi jalan. kalau tak kompem accident dan sesak kalau tak dijaga.


aku dah pelik2 dah. lepas aku print notes, betulkan kasut dan makan. then, kawan2 aku ajak jalan2 ke i-city. tengok bulan gerhana katanya. aku pun menapak pergi i-city. perghhhhhhh!! gila santak banyak kereta keluar masuk. tiket parking dah tak boleh pakai mesin automatik. kena pakai pekerja jaga mesin in out tu.. gila ah!! kaya i-city!!!


mane tak kaya, sebuah kete rm 10. bas lagi. pejalan kaki je free. lepas tu kalau kau nak main dalam tu dia ada kad. biasanya satu permainan rm2. kad token tu ade rm10. dapatlah kau main 5 benda. tu mainan games dan tikam2. kalau kau naik atas lagi. kau nak main buaian, kuda bagai ape ntah lagi kau bayar lain. kau ambik gambar dengan pokok dan binatang je free...


kau haus? lapar? ada kedai makan. ada KFC. ada jugak setakat jual2 aiskrim, air botol, jagung rebus, dan waffel. tapi mahal gila ok. tempat pelancongan katakan. air botol rm3 sebotol. orang dah haus, nak tak nak kena jugak beli. aku siap sound bangla jual tu, dia kata sewa sini mahal. tak untung pun kalau jual mahal. haha.. tempat pelancongan sangat....


tengah2 aku sedap2 minum air 100plus dengan kawan2 aku. yang kawan aku sorang ni makan aiskrim. kami duduk la kat tepi2 pejalan kaki tu. then kawan aku tetibe cakap.


" eh, tu bukan fizo omar??"
aku pun dongak la.
aku nampak fizo dan keluarga dia tengah jalan menuju kami.
"haah la, dia la tu" 
aku tak sebut nama sebab fizo dah dekat sangat dah.


kawan aku terus gelabah. nak ambik gambar dengan fizo katanya. aku cakap makan la habiskan dulu. nanti kita cakap aiskrim masih kat tangan ni tapi dah gelabah semacam sebab nak abik gabar dengan fizo. kat dia nak ambik gambar.


habis makan aiskrim kami usha je. ikut je dia lalu mane. then dia pusing aku terus approach



"bang, nak ambik gambar" aku selamba gila kentang cakap kat dia. dekat pulak tu kedudukan aku dengan dia.

" eh bolehhhhhh" alahai, lembut gila dia kata boleh tu.haha


then aku snap2 la dengan fizo. kawan aku pun sama. sibuk jugak. masa tu semua orang tengok kami. baru orang perasan ada Fizo Omar dekat situ. tadi orang tak perasan pun. yelah, ramai gila orang kan. mane nak perasan ada artis ke hape. kami je si jakun2 lebih ni dah nampak Fizo Omar dulu. lepas kami2 ambik gambar kemain ramai la ambik gambar. hahaha


aku siap berbasa basi


"sori la bang, ganggu je abang nak jalan2" ramah2 mesra la.
"tak peeee" kata dia lembut je. haahahahaha


habis ambik gambar aku tanya.

" mak abang ke tu?"
"haah.."
"oooo.. sori ye ganggu abang..terima kasih! "
muka berseri2 sebab dah dapat bergambar...



waaaaaa.. seronoknya. sebelum tu dapat tengok gerhana bulan kat i-city. heybat lak tempat malam2 ni kan nak tengok bulan.. aku suka je la dapat tengok gerhana, dapat tengok keadaan ramai gila kat i-city dan dapat bergambar dengan Fizo Omar.




kualiti gambar kurang baik sebab kamera hp cikai je. tak ada flash dan keadaan i-city yang agak gelap. ini pun kira tempat terang lah ni. aku rasa muka Fizo je aku nampak. muka orang lain aku tak nampak..


Fizo datang dengan mak, adik2 dan anak sedara dia. mak dia baru sampai sini dari Mekah pagi semalam. tu dia cuti dan bawak pergi jalan2. sekali jumpa dengan manusia jakun macam aku terus la kena kacau. -.-'


sori mak cik. tu la makcik, sape suruh beranak anak lelaki hensem2 sangat. kan dah kena share dengan orang awam. hahahahha.. bang sana ang sini..hahhaa


aku jarang jumpa dan ambik gambar dengan artis jadi sekali sekala best jugak. kalau dah biasa tu dah tak best dahhhhhh..hehhehee






bai! nak sarapan. tapi kawan2 aku tak bangun lagi. huh!




6 comments:

Sham . said...

Hahahhaa..sengal la kau ni iza !! hensem doa fizo tuh.....grrr

Pen Biru said...

balik tu..malamnya tido lena tak?heheh

♥Leily|Ummi Alya Husna♥ said...

ahhh.. jelesnyer..
my encem guy!!!!
psstttt, die mmg encem kan kat luo pun..
fizo, fizo.. blerla kite leh berdating.. heheheh

Nour Eyza said...
This comment has been removed by the author.
Liyana Upandi said...

bestnya,,,,ko dpt jmpa fizo....

Nour Eyza said...

mimah :: hahaha.. aku kena sengal? ceh!

pen biru :: lena je..hahaa


ummi:: hahaha.. mmg hensem dan lembut sgt... =)


yana:: best jugak la.. aku tak jangka pun..hehehe